Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Panduan,

Contohi sikap Nabi Yusuf santuni adik-beradik

by Nurulfatiha MuahApril 1, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Perkukuh silaturahim adik-beradik dengan faraid
MENJAGA dan menyuburkan hubungan adik-beradik sangat ditekankan dalam Islam.

Oleh FOUZIAH AMIR

HUBUNGAN adik-beradik sering dikaitkan dengan ungkapan ‘air dicincang takkan putus‘. Namun sepanjang tempoh berjauhan hati, ia boleh menjadi barah dan merosakkan hubungan kekeluargaan. Justeru, bagaimanakah caranya kita ingin mencontohi Nabi Yusuf AS dalam menyantuni adik-beradik?

Sejarah Nabi Yusuf mengingatkan kita mengenai sikap adik-beradik yang penuh dengki sehingga baginda dicampakkan ke telaga. Namun, peristiwa pahit tersebut tidak pernah diungkit, malah baginda berlapang dada serta mendoakan keampunan ALLAH SWT untuk mereka.

Musyrif Pondok Sungai Durian, Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkongsi ilmu pada program Taklimat Pagi Edisi Khas Minda Pejuang: “Surah Yusuf : Kisah Yusuf Berlapang Dada Dengan AbangAbangnya“, pada Februari lalu.

DR ABDUL BASIT

IKLAN

Program tersebut disertai oleh warga kerja Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, penggerak Rumah Ngaji di seluruh negara, Quran Corner dan Sahabah Al-Quran di platform Zoom.

ALLAH SWT berfirman: “Kami menceritakan kepadamu (Muhammad) kisah yang paling baik dengan mewahyukan al-Quran ini kepadamu, dan sesungguhnya engkau sebelum itu termasuk orang yang tidak mengetahui.“ (Surah Yusuf, ayat 3)

Beliau berkata, kisah Nabi Yusuf merupakan antara kisah terbaik untuk memberi pengajaran kepada muslimin yang mencari pedoman daripada al-Quran berkaitan hubungan kekeluargaan.

“Baginda seorang yang berjiwa besar dan menjadi contoh terbaik dalam menyantuni adik-beradik. Baginda tidak mengungkit kejadian yang dicampak ke dalam telaga oleh mereka, sehingga terpisah daripada kasih sayang ayahnya.

“Nabi Yusuf memilih kata-kata yang baik sewaktu berkomunikasi dengan saudara-saudaranya. Bahkan menganggap insiden malang itu akibat hasutan syaitan dan mereka berada di dalam keadaan jahil.

Baca juga Titipkan Doa Buat Adik Beradik Kita, Ini Sebabnya

IKLAN

“Untuk memperbaiki perhubungan, kita perlu elakkan daripada mengungkit sesuatu peristiwa pahit. Ia ibarat menyiram luka dengan cuka. Ini akan mengeruhkan lagi perhubungan adik-beradik kerana rasa dendam. Kemuncak kemaafan adalah melupakan kesalahan dan peristiwa yang lepas,“ tambah beliau.

Santuni adik-beradik

PELIHARALAH hubungan silaturahim sesama adik-beradik dan ambil tahu tentang keperluan mereka.

Abdul Basit berkata, ayat 100 dan 101 dalam Surah Yusuf memberi pengajaran mengenai Nabi Yusuf sebagai pemimpin berkuasa tetapi tidak sombong. Selepas berada dalam kedudukan yang baik, baginda menjemput seluruh keluarganya ke ibu kota Mesir yang aman.

IKLAN

“Mimpi Nabi Yusuf AS tentang 11 bintang, matahari dan bulan bersujud itu benar. Sujud tanda hormat kepada baginda sebagai hamba ALLAH yang memiliki kekuasaan dan keimanan yang agung.

“Sejak kecil sehingga dewasa, baginda diuji oleh ALLAH SWT. Di sebalik ujian tersebut, ALLAH SWT mengangkat darjatnya dari perut telaga ke istana.“

Baca juga Pahala besar menanti jaga adik-beradik yang OKU, jangan biarkan mereka hidup dalam penganiayaan…

“Selepas dikeluarkan dari telaga, baginda dijual sebagai hamba kepada seorang bangsawan. Akibat fitnah, disumbat pula ke penjara sebelum dilantik menjadi menteri kewangan kerana berjaya mentafsir mimpi raja.“

Foto: 123rf & Freepik

IKLAN
jangan mengungkitSantuni adik-beradiksinarislamplustakwim sinarislamplus
Previous

Teladani sahabat nabi latih anak rajin puasa

April 1, 2022
Next

Usah gunakan kata nista semata-mata untuk dapatkan hak faraid

April 1, 2022

Related posts

Panduan,

Jangan panik, kalut, 10 perkara perlu buat apabila ahli keluarga meninggal dunia

by AzliyanaJuly 7, 2022
Gaya Hidup, Gaya Hidup, Panduan,

Sunnah kibas tilam sebelum tidur. Ini sebabnya

by Sarrah MohsinMay 12, 2022
Gaya Hidup, Panduan,

Empat tips kekalkan semangat beribadah selepas Ramadan

by Sarrah MohsinMay 11, 2022
Latih anak puasa
Panduan,

Teladani sahabat nabi latih anak rajin puasa

by Nurulfatiha MuahApril 1, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.