Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Muamalah,

Perbankan Islam tidak meniru konvensional, hadam dulu penjelasan ini

by Nurulfatiha MuahFebruary 25, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Perbankan Islam
SUBURKAN ekonomi ummah. Apabila Islam datang, amalan sedia ada berkaitan kontrak muamalat tidak dihapuskan jika ia ada manfaat kepada manusia.

Oleh DR SHAMSIAH MOHAMAD

BARU-BARU ini timbul lagi pertikaian tentang perbankan Islam yang merupakan salah satu komponen dalam kewangan Islam. Mereka mendakwa, perbankan Islam sama sahaja dengan perbankan konvensional. Malah, ada juga yang menyatakan kewangan Islam sepatutnya menerima pakai kontrak perkongsian dalam semua produk yang ditawarkan kerana kontrak tersebut yang lebih menepati roh sebenar kewangan Islam.

Sejujurnya, saya mengatakan bahawa saya sama sekali tidak menafikan masih ada ruang-ruang yang perlu dibuat penambahbaikan terhadap kewangan Islam di Malaysia. Namun, apabila perbankan Islam masih lagi dipertikaikan dari segi keselariannya dengan Syariah, saya terpanggil untuk memberikan jawapan balas terhadap apa yang dipertikaikan.

Ada yang mendakwa bahawa tiada perbezaan antara perbankan Islam dan perbankan konvensional kerana perbankan Islam hanya meniru sahaja apa yang dilakukan oleh perbankan konvensional.

IKLAN

Saya ingin menyatakan bahawa Islam tidak pernah mewajibkan seorang Muslim mesti berbeza 100 peratus dengan bukan Muslim sebagaimana juga institusi Islam mesti berbeza 100 peratus dengan institusi konvensional.

Dalam buku bertajuk Taghayyur al-Ahkam fi al-Syari’ah al-Islamiyyah karangan Dr Ismail Kukasal, ada dinyatakan bahawa kontrak-kontrak muamalat seperti jual beli, sewaan (ijarah), gadaian (rahn), pinjaman wang (qard), sehinggalah musyarakah dan mudarabah sekalipun, kesemuanya sudah diamal semenjak zaman Arab Jahiliah lagi iaitu sebelum kedatangan Islam.

Apabila Islam datang, amalan sedia ada berkaitan kontrak muamalat tersebut tidak dihapuskan jika ia ada manfaatnya kepada manusia. Namun, apa yang dilakukan hanyalah membuat penambahbaikan dengan membuang unsur-unsur yang tidak selari dengan syariah. Sekiranya Islam mesti berbeza dengan yang bukan Islam, sudah tentu sekali Rasulullah SAW telah menolak kesemua amalan tersebut.

Perbankan Islam

INDUSTRI kewangan Islam sangat bergantung kepada penasihat syariah atau Jawatankuasa Penasihat
Syariah dalam memastikan produk dan perkhidmatan yang diberikan mematuhi syariah.

Justeru, dalam konteks perbankan Islam, seandainya ia mesti berbeza sepenuhnya dengan perbankan konvensional, ini bermakna kita tidak melihat kepada sejarah dan tidak memahami pendekatan Rasulullah SAW dalam menerima dan menolak amalan-amalan sedia ada pada zaman sebelum kedatangan Islam.

IKLAN

Baca juga Ini Kaedah Pelaksanaan Tadbir Urus Syariah Dalam Institusi Kewangan Islam Yang Ramai Tidak Tahu

Amat wajar kita memahami bahawa Islam tidak mengajar umatnya untuk menafikan semua amalan yang berasal daripada bukan Muslim. Selagi mana amalan tersebut membawa manfaat kepada manusia, ia diterima pakai setelah dibuat penambahbaikan jika ada keperluan seperti membuang unsur-unsur yang bertentangan dengan syariah.

Selain daripada dakwaan di atas, dinyatakan juga bahawa perbankan Islam sepatutnya membangunkan produknya berdasarkan kontrak perkongsian (equity based products). Soalan saya, jika semuanya mesti berasaskan kontrak perkongsian semata-mata, di mana dinamiknya muamalat Islam jika itu sahaja pilihan yang ada?

Bila kita perhatikan dalam Surah an-Nisa’, ayat 29, dinyatakan bahawa kaedah yang dibenarkan untuk memiliki harta orang lain adalah melalui perniagaan (tijarah) yang berasaskan persetujuan bersama (taradhi).

IKLAN

Begitu juga di tempat lain, ALLAH membezakan riba dengan untung ALLAH dengan menyebut perkataan jual beli (bay’). Ini menunjukkan bahawa kontrak perkongsian seperti musyarakah atau mudarabah itu bukanlah merupakan tonggak utama dalam kewangan Islam.

Jika kita membuat pemerhatian, tidak ada ayat al-Quran atau hadis yang menyatakan kaedah bermuamalat secara terperinci, tetapi kesemuanya dalam bentuk kaedah umum sahaja. Kenapa begitu? Ini kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI bahawa dalam aspek muamalah ini, keperluan manusia adalah pelbagai dan ia sentiasa berubah dari masa ke semasa dan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Justeru, adalah wajar penentuan kontrak perlu disesuaikan dengan produk dan juga kehendak pihak yang berkontrak. Wallahua’lam.

***Dr Shamsiah Mohamad berpengalaman sebagai Penyelidik Isu-Isu Kewangan Islam dan Syariah

Foto: 123rf

IKLAN
Perbankan Islamperbankan konvensionalsinarislamplus
Previous

Polemik larangan berhijab di Karnataka terus memuncak

February 23, 2022
Next

Ada sebab mengapa Surah at-Taubah tiada lafaz bismillah

February 25, 2022

Related posts

Jual beli
Muamalah,

Bolehkah jual beli bersyarat? Hadamkan dulu penjelasan ini

by Nurulfatiha MuahNovember 4, 2022
Ijab qabul
Muamalah,

Ijab qabul penentu kesahihan transaksi yang dibuat, jangan abaikan aspek ini ketika bermuamalat

by Nurulfatiha MuahApril 15, 2022
landmarks of modern city
Muamalah, Uncategorized,

Fahami konsep pelaburan atau perniagaan berasaskan perkongsian untung rugi

by Muhd Azman Mohd NawiFebruary 12, 2022
Sewaan harta
Muamalah,

Pemindahan Liabiliti Dalam Konteks Sewaan Harta Menurut Islam

by Nurulfatiha MuahJanuary 28, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.