Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Muamalah,

Pemindahan Liabiliti Dalam Konteks Sewaan Harta Menurut Islam

by Nurul Fatiha MuahJanuary 28, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Sewaan harta
PEMBERI sewa mesti mendapatkan perlindungan takaful bagi tujuan mengurangkan risiko khusus yang berkaitan dengan kerugian aset yang disewa.

Oleh DR SHAMSIAH MOHAMAD

DALAM tulisan sebelum ini, saya ada menyebutkan bahawa berdasarkan para S 16.1, Dokumen Polisi Ijarah yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia, pemberi sewa hendaklah menanggung segala hak dan liabiliti yang terhasil daripada pemilikan aset yang disewa. Penyewa pula hendaklah menanggung segala hak dan liabiliti yang terhasil daripada penggunaan aset yang disewa.

Baca juga Ketahui Hak Dan Liabiliti Kita Dalam Akad Sewaan  

Apa yang dikatakan sebagai hak dan liabiliti yang terhasil daripada pemilikan aset adalah contohnya kerosakan yang berlaku pada barang sewaan yang bukan berpunca daripada kecuaian penyewa atau yang disengajakan olehnya. Termasuk juga dalam konteks ini jika kerosakan itu berpunca daripada bencana alam misalnya atau apa-apa bencana lain yang termasuk dalam kategori force majeure.

IKLAN

Sebagai langkah untuk mengurus risiko kerosakan tersebut, dalam para S 16.7, Dokumen Polisi Ijarah, dinyatakan bahawa pemberi sewa mesti mendapatkan perlindungan takaful bagi tujuan mengurangkan risiko khusus yang berkaitan dengan kerugian, kerosakan atau kemerosotan aset yang disewa.

Para S 16.7 secara jelas menyatakan kos takaful adalah di bawah tanggungan pemberi sewa iaitu pihak bank dalam konteks kewangan Islam. Ia pada asalnya bukanlah ditanggung oleh pihak pelanggan bank.

Dalam praktis semasa di Malaysia, apabila pembiayaan itu berdasarkan ijarah atau nama komersialnya AITAB, yang akan melanggan takaful bagi melindungi aset sewaan dan menanggung kosnya adalah pelanggan bank itu sendiri. Ini kerana dalam Dokumen Polisi Ijarah berkenaan, para G 16.10 menyebut: “Walau apapun perenggan 16.8 dan 16.9, dan tertakluk kepada terma kontrak ijarah, pihak yang berkontrak boleh bersetuju bersama tentang siapa yang akan menanggung kos penyelenggaraan dan perlindungan takaful bagi aset yang dipajak.

Sewaan harta

FAHAMI hak dan liabiliti yang terhasil daripada pemilikan aset terutama apabila melibatkan kerosakan disebabkan bencana alam dan lain-lain. -Gambar hiasan

IKLAN

Para ini secara jelas memberi laluan kepada pihak yang berkontrak untuk membuat persetujuan bersama (mutual agreement) untuk memindahkan liabiliti asal kepada pihak satu lagi. Dalam konteks takaful, ia asalnya ditanggung oleh bank sebagai pemberi sewa. Berdasarkan para G 16.10, liabiliti tersebut boleh dipindahkan kepada pelanggan asalkan ada persetujuan bersama.

Boleh dikatakan praktis di Malaysia, para pelanggan bank yang akan menanggung segala kos yang berkaitan takaful. Semua ini dinyatakan dalam perjanjian sewaan yang ditandatangan oleh kedua-dua pihak iaitu pihak bank dan pelanggan.

Oleh itu, mereka yang mengambil pembiayaan kenderaan yang menggunakan akad ijarah, perlu memahami betul-betul kontrak yang ditandatangan oleh mereka. Malah saya berpandangan, pihak bank sendiri hendaklah menjelaskan secara lisan berkenaan para berkaitan supaya tidak timbul salah faham dalam kalangan para pelanggan. Ketelusan ini amatlah perlu agar kontrak yang ditandatangan itu benar-benar lahir dari persetujuan bersama (taradhi).

IKLAN

Mungkin timbul persoalan dalam minda kita tentang isu pemindahan liabiliti ini. Adakah ia selari dengan ajaran Islam? Bagi menjawab persoalan ini, saya ingin menyebut tentang ayat al-Quran yang menjadi kaedah umum dalam bermuamalat iaitu ayat 29, Surah al-Nisa’ yang mensyaratkan persetujuan bersama (taradhi) dalam menghalalkan pengambilan hak orang lain melalui transaksi jual beli.

Selain itu terdapat sebuah Hadis Riwayat Abu Daud yang maksudnya: “Sulh, hukumnya adalah harus di antara orang Islam melainkan menjadi haram jika ianya mengharamkan apa yang dihalalkan dan menghalalkan apa yang diharamkan. Dan Rasulullah SAW bersabda: Dan sebenarnya orang Islam itu terikat dengan janjinya.”

Oleh itu, dalam konteks akad ijarah, pihak yang berkontrak boleh untuk membuat persetujuan pemindahan liabiliti asalkan ia dibuat secara suka sama suka atau persetujuan bersama selagi mana persetujuan itu tidak menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal. Wallahua’lam.

***Dr Shamsiah Mohamad berpengalaman sebagai Penyelidik Isu-Isu Kewangan Islam dan Syariah

Foto: Sinar Harian

IKLAN
Sewaan hartasinarislamplus
Previous

Usman Khawaja lompat dari pentas elak kena semburan arak

January 27, 2022
Next

Ubati Kemurungan Dengan Pendekatan Anjuran Agama

January 28, 2022

Related posts

Ijab qabul
Muamalah,

Ijab qabul penentu kesahihan transaksi yang dibuat, jangan abaikan aspek ini ketika bermuamalat

by Nurul Fatiha MuahApril 15, 2022
Perbankan Islam
Muamalah,

Perbankan Islam tidak meniru konvensional, hadam dulu penjelasan ini

by Nurul Fatiha MuahFebruary 25, 2022
landmarks of modern city
Muamalah, Uncategorized,

Fahami konsep pelaburan atau perniagaan berasaskan perkongsian untung rugi

by Muhd Azman Mohd NawiFebruary 12, 2022
AKAD ijarah yang diamalkan dalam pembiayaan kenderaan biasanya adalah akad sewaan yang akan berakhir dengan akad jual beli.
Muamalah,

Ketahui Hak Dan Liabiliti Kita Dalam Akad Sewaan  

by Nurul Fatiha MuahJanuary 14, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.