Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Jendela Dunia,

Sekolah Tarik Balik Tindakan Undang-Undang, Benarkan Pelajar Pakai Skirt Panjang

by Nurulfatiha MuahMarch 18, 2021
16
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Tindakan undang-undang pakai skirt panjang
SIHAM pernah dihantar pulang supaya menukar skirt panjang yang dipakainya ketika pergi ke sekolah pada bulan Disember tahun lalu.

GARA-GARA memakai skirt panjang, seorang pelajar perempuan Muslim berusia 12 tahun pernah diancam untuk dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak sekolah.

Selepas tiga bulan ia berlalu, pelajar berkenaan, Siham Hamud dan keluarganya kini mampu menarik nafas lega apabila Sekolah Tinggi Uxbridge yang terletak di Hillingdon, barat London itu menarik balik keputusan mereka.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam Mishcon de Reya, ayah Siham, Idris Hamud, 55, begitu gembira mendengar perkhabaran bahawa pihak sekolah telah mendengar ‘suara’ mereka.

Tindakan undang-undang pakai skirt panjang

HAMUD dan keluarganya lega dengan keputusan Sekolah Tinggi Uxbridge menarik semula tindakan undang-undang, sekali gus membenarkan anak perempuannya memakai skirt panjang demi memenuhi tuntutan agama Islam.

IKLAN

“Kami sangat gembira kerana akhirnya Siham dapat kembali melanjutkan sesi persekolahannya dengan mengamalkan haknya iaitu mengenakan skirt panjang paras buku lali dengan gaya sama seperti uniform sekolah sekarang,” katanya sebagaimana dipetik menerusi portal The Guardian.

Pada bulan Disember tahun lalu, Siham dihantar pulang dari sekolah dan diminta untuk memakai uniform sekolah yang betul. Bagaimanapun, dia bertegas enggan berbuat demikian kerana dirinya hanya mahu memenuhi tuntutan agama Islam yang dianutinya.

Baca juga Minuman Unik Ketagihan Dunia

Tambahan pula, Siham sudah mengenakan skirt berkenaan selama bertahun-tahun sebelum gurunya memberitahu uniform yang dipakainya tidak memenuhi peraturan sekolah.

Peraturan sekolah menetapkan pelajar perempuan perlu memakai skirt pendek yang diperkenalkan dua tahun sebelumnya. Namun begitu, keluarga berkenaan baru sahaja mengetahuinya selepas dimaklumkan.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan oleh peguam keluarga tersebut, pihak sekolah turut mengemukakan surat permohonan maaf kepada keluarga Siham.

IKLAN
Tindakan undang-undang pakai skirt panjang

SEKOLAH Tinggi Uxbridge menghantar surat permohonan maaf kepada keluarga Siham.

Pada masa sama, pihaknya juga mengesahkan tidak akan mengambil tindakan undang-undang kepada pelajar berkenaan sepanjang tempoh Siham tidak hadir ke sekolah.

Ujar Hamud, beliau begitu berterima kasih kepada pihak sekolah kerana kesediaan mereka untuk mencapai keputusan adil dan positif.

IKLAN

“Ini adalah masa yang sulit bagi kami dan kami lega akhirnya masalah ini berjaya diselesaikan. Kami juga berterima kasih atas sokongan yang diterima daripada masyarakat,” katanya.

Untuk rekod, Britain atau United Kingdom merupakan ‘rumah’ kepada minoriti Muslim yang berjumlah hampir 2.7 juta, lapor portal About Islam.

Berdasarkan rekod Majlis Muslim Britain (MCB), terdapat hampir 400,000 pelajar Muslim di sekolah Inggeris, manakala hampir 90,000 pelajar Muslim yang belajar di institusi pengajian tinggi.

Foto: The Guardian & About Islam

IKLAN
LondonSiham HamudsinarislamplusTindakan undang-undang pakai skirt panjang
Previous

[Video] Minuman Muslim Yang Dibaptiskan

March 18, 2021
Next

Allah memberi ujian sakit sesuai daya tahan – Ustaz Ebit

March 18, 2021

Related posts

Jendela Dunia, Uncategorized,

Polemik larangan berhijab di Karnataka terus memuncak

by Nurulfatiha MuahFebruary 23, 2022
Untitled design - 2022-01-31T114634.819
Jendela Dunia,

Jalan kaki lebih 6,000 km ke Makkah untuk tunaikan haji

by Nurulfatiha MuahJanuary 31, 2022
Khawaja-1
Jendela Dunia,

Usman Khawaja lompat dari pentas elak kena semburan arak

by Muhd Azman Mohd NawiJanuary 27, 2022
Roboh rumah penduduk Palestin
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Insiden Roboh Rumah Penduduk Palestin Dikiritik Secara Meluas, Dianggap Sebagai ‘Jenayah Perang’

by Nurulfatiha MuahJanuary 20, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.