Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Jendela Dunia,

Sama-sama Kita Faham Apakah Itu Zionisme?

by Nurul Fatiha MuahMay 18, 2021
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
ahirnya-negara-haram-israel
Israel tanpa rasa malu mengishtiharkan "Kemerdekaan" halusinasi mereka pada 1948 /sumber: leavethematrix.wordpress.com

Zionisme adalah pergerakan politik dan nasional ditubuhkan bagi mewujudkan dan mengekalkan negara Yahudi di timur tengah. Menurut kebanyakkan ajaran agama Yahudi tradisional dan ortodoks, orang-orang Yahudi dilarang oleh Tuhan untuk memiliki tanah dan negara mereka sendiri sehingga al-Masih mereka muncul pada akhir zaman.

Perkara ini tidak menghalang gerakan Zionis untuk meneruskan usaha ini.

Herzl berucap pada majlis pembukaan Konress Kedua Pertubuhan Zionis pada tahun 1898

Di manakah semua ini bermula?

Kita kembali ke tahun 1897, seorang lelaki bernama Theodor Herzl telah membentuk Pertubuhan Zionis dunia. Dia telah mencadangkan untuk mewujudkan sebuah negara Yahudi di Palestin, dan perkara ini  disebutkan dalam Deklarasi Kemerdekaan Negara Haram Israel.

Sukar untuk menjadi Yahudi di Eropah pada ketika itu, di mana sentimen anti-semitik meningkat dan merisaukan. Herzl merasakan satu-satunya cara untuk “kaumnya” hidup dengan damai adalah dengan  memiliki sebuah negara sendiri.

Palestin merupakan antara plilihan mereka  dan slogan “Tanah tanpa rakyat untuk rakyat tanpa tanah” mula tersebar di seluruh dunia.

IKLAN

Pemandangan Baitulmaqdis sebelum 1948 / Sumber: Library of Congress USA

“Tanah tanpa rakyat untuk rakyat tanpa tanah” mula tersebar di seluruh dunia.

Masalahnya tanah yang dipilih adalah Palestin   Dan ia bukanlah tanah tanpa rakyat dan penduduk. Sebilangan besar orang Islam dan Kristian bersama dengan sebilangan kecil orang Yahudi, telah tinggal bersama di Palestin dengan aman untuk sekian lamanya. Tetapi bagi kebanyakkan Zionis Kristian yang tinggal di barat dan Zionis Yahudi yang tinggal di Eropah, perkara itu tidak membawa perbezaan, yang mana mereka setuju untuk mengambil alih “bumi yang dijanjikan” tuhan kepada mereka.

Masalahnya tanah yang dipilih adalah Palestin   Dan ia bukanlah tanah tanpa rakyat dan penduduk. Sebilangan besar orang Islam dan Kristian bersama dengan sebilangan kecil orang Yahudi, telah tinggal bersama di Palestin dengan aman untuk sekian lamanya. Tetapi bagi kebanyakkan Zionis Kristian yang tinggal di barat dan Zionis Yahudi yang tinggal di Eropah, perkara itu tidak membawa perbezaan, yang mana mereka setuju untuk mengambil alih “bumi yang dijanjikan” tuhan kepada mereka.

Berikutan kejatuhan Kerajaan Turki Othmaniyyah  pada akhir Perang Dunia Pertama,  dan dengan sokongan British, “penghijrahan” orang-orang Yahudi ke Palestin yang baru “dijajah“ Britain bermula pada awal abad ke-20.

Kemudian Perang Dunia Kedua tercetus menjadikan titik permulaan gerakan Zionis, ​​setelah peristiwa “Holocaust” – pembunuhan orang Yahudi Eropah beramai-ramai oleh nazi Jerman. 

Susulan  peristiwa itu, kemasukan orang Yahudi Eropah ke Palestin semakin rancak  dan banyak negara barat mula menyokong idea sebuah negara Yahudi diwujudkan di Palestin. 

Peta Palestin ketika Zaman Pemerintahan Kerajaan Turki Othmaniyyah, Peta pada tahun 1843/ Sumber : William Hughes

Walaupun Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengesyorkan ditubuhkan kedua-dua Negara Arab dan Yahudi yang bebas di rantau itu, Israel terus “mengisytihar dan menyatakan kemerdekaan” negara Haram itu pada tahun 1948.

Apa yang lebih parah pada hari yang sama presiden Amerika Syarikat ketika itu Harry Truman turut mengiktiraf “kemerdekaan” negara haram Israel. 

Bagi mereka gerakan Zionis telah mencapai kemenangan. 

IKLAN

Setelah penubuhan Negara Haram Israel, mereka telah menyerang negara-negara jiran dan pada akhir Perang Enam Hari 1967, Israel memperluas penguasaannya di wilayah tersebut, yang mana telah menghalau dan mengusir kebanyakkan orang Kristian dan Muslim Palestin dari tanah mereka sendiri. Setahun kemudian, Kongres Zionis/Yahudi Dunia ke-28 telah meluluskan “The Jerusalem Program” dan menyenaraikan lima matlamat untuk membentuk gerakan Zionisme moden:

1. Perpaduan umat Yahudi dan peri pentingnya Israel dalam kehidupan bangsa Yahudi.

2. Mengumpulkan orang-orang Yahudi di tanah yang dijanjikan, Eretz Israel, melalui Aliyah dari semua negara.

3. Pengukuhan penubuhan negara Israel yang berdasarkan visi kenabian seperti menegakkan keadilan dan kedamaian.

4. Pemeliharaan identiti orang Yahudi melalui pendidikan Yahudi dan Ibrani serta memahami nilai spritual dan budaya Yahudi.

IKLAN

5. Perlindungan untuk orang Yahudi di mana sahaja mereka berada.

Secara praktiknya, tujuan mereka untuk mengekalkan “keadilan dan kedamaian” tidak membawa sebarang  makna kepada  mereka yang bukan berketurunan Yahudi yang telah  lama tinggal di wilayah itu. 

Tentera Israel secara zalim dan tidak sah telah mengawal dan menduduki sebahagian besar tanah Palestin dan membina penempatan haram baru di tanah Palestin yang rata-rata dikutuk oleh  masyarakat antarabangsa.

Apa pendapat anda mengenai Zionisme?


Ketika zaman pemerintahan Kerajaan Turki Othmaniyah, Orang Islam, Kristian dan Yahudi hidup dalam keadaan aman dan sejahtera/Lokasi : Tembok Ratapan, Baitulmaqdis sebelum tertubuhnya Negara Haram Israel /Photographer- American Colony Photo Dept/Matson Photo Service Institution- U.S. Library of Congress

Kongres Zionis/Yahudi Dunia ke-28 telah meluluskan “The Jerusalem Program” dan menyenaraikan lima matlamat untuk membentuk gerakan Zionisme moden.

Peta cadangan PBB untuk penubuhan dan pembahagian tanah Palesin-Israel/ Sumber: Historama.

Pemandangan sekitar Dome Of The Rock/ Ottoman Palestine Picture

Penganut Agama Kristian juga bebas beribadat sebelum penubuhan Negara Haram Israel./ lokasi Gereja Holy Sepulchre./ Ottoman Palestine Picture

IKLAN
Previous

Laungan Solidariti Selebriti Dunia

May 18, 2021
Next

Rahsia Keberanian Kanak-kanak Gaza

May 19, 2021

Related posts

Jendela Dunia, Uncategorized,

Polemik larangan berhijab di Karnataka terus memuncak

by Nurul Fatiha MuahFebruary 23, 2022
Untitled design - 2022-01-31T114634.819
Jendela Dunia,

Jalan kaki lebih 6,000 km ke Makkah untuk tunaikan haji

by Nurul Fatiha MuahJanuary 31, 2022
Khawaja-1
Jendela Dunia,

Usman Khawaja lompat dari pentas elak kena semburan arak

by Muhd Azman Mohd NawiJanuary 27, 2022
Roboh rumah penduduk Palestin
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Insiden Roboh Rumah Penduduk Palestin Dikiritik Secara Meluas, Dianggap Sebagai ‘Jenayah Perang’

by Nurul Fatiha MuahJanuary 20, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.