Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Kubur Besar Bongkar Jenayah Perang di Syria

by Rozdan MazalanJuly 15, 2021
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
AA Photo
Gambar: AA Photo

SEBUAH kubur besar yang memuatkan 35 orang yang dibunuh oleh kumpulan pengganas Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan Pasukan Perlindungan Rakyat (YPG) telah dijumpai di daerah Afrin Syria.

Kementerian Pertahanan Turki yakin kumpulan pengganas telah melakukan jenayah perang.
Kerja-kerja menggali masih dijalankan dan ada kemungkinan lebih banyak mayat ditemui di kawasan yang berada di bawah kawalan pengganas YPG / PKK itu.

“Satu lagi jenayah perang organisasi pengganas PKK / YPG terbongkar,” kata kementerian itu dalam satu tweet, semalam.

YPG yang menyamar sebagai kumpulan untuk memerangi Daesh, menghadapi banyak tuduhan pembunuhan, pengeboman dan serangan lain terhadap orang awam khususnya umat Islam.

Kerja-kerja penggalian masih diteruskan dan meyakini lebih banyak mayat akan ditemui. Gambar: Anadolu Agency

IKLAN

Kementerian Pertahanan Turki mengatakan penggalian dilakukan di tanah kosong di kawasan kejiranan Afrin di mana pengganas PKK / YPG telah mengebumikan mangsa pada Januari 2018.

“35 mayat ditemui dalam karung setelah penggalian dilakukan di bawah pengawasan seorang pendakwa,” memetik kenyataan itu.

Sejak 2016, Turki telah melancarkan beberapa siri operasi anti keganasan dan berjaya seperti Euphrates Shield (2016), Olive Branch (2018), dan Peace Spring (2019). Kawasan itu melintasi sempadannya di utara Syria bagi mencegah pembentukan koridor penjenayah di kawasan penempatan pelarian Syria.

Dalam kempen keganasan lebih dari 35 tahun menentang Turki, PKK berhaluan kiri yang disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Turki, AS, dan EU, telah membunuh hampir 40,000 orang, termasuk wanita, akanak-kanak dan bayi.

Ibrahim Kallin mendesak Amerika Syarikat (AS) untuk menghentikan sokongannya terhadap kumpulan pengganas PKK / YPG. Gambar: Anadolu Agency.

IKLAN

Sebelum itu, Penasihat dan Jurucakap Presiden Turki, Ibrahim Kallin mendesak Amerika Syarikat (AS) untuk menghentikan sokongannya terhadap kumpulan pengganas PKK / YPG.

“AS harus menamatkan sokongannya kepada PKK / YPG. Ia harus mengatakan ‘berhenti’ untuk aktiviti FETO di sana, “kata Kallin.

Menurutnya, pentadbiran baharu Presiden AS, Joe Biden yang sebelum ini banyak berjanji untuk membuat pembaharuan selepas mengambil alih pentadbiran era Donald Trump hanya sekadar janji.

Kallin pernah menghubungi Penasihat Keselamatan Nasional AS, Jake Sullivan selepas pelantikkannya dalam pentadbiran baharu.

IKLAN

“Kami berbincang menerusi telefon bagi menangani semua masalah kontroversial dan isu-isu yang boleh kami lakukan bersama secara terperinci yang berlangsung selama satu jam membabitkan tiga isu kontroversi utama dalam hubungan Turki dan AS.

“Antaranya Isu S-400 dan pelaksanaan sekatan CAATSA yang berkaitan dengannya dan menyingkirkan Turki dari program F-35. Selain sokongan yang diberikan AS kepada PKK / YPG sejak era bekas Presiden Barack Obama. Dan terakhir, struktur FETO masih meneruskan kegiatannya menentang Turki secara bebas di AS,” katanya.

Menurut Kallin, ini adalah tiga masalah utama dengan pentadbiran AS yang merenggangkan hubungan dan ia bermula di bawah pemerintahan Obama dan terus berlanjutan di bawah Trump.

Sumber: TRT World

IKLAN
Afrinibrahim kallinkubursyriaturki
Previous

Jangan Sesekali Ungkit Pemberian Kepada Orang Lain, Begitu Dahsyat Ancaman Yang Menanti

July 15, 2021
Next

Patuhi Akad Wakalah Ketika Urus Ibadah Korban

July 16, 2021

Related posts

Duyufurrahman
Berita Semasa,

137 ‘duyufurrahman’ hayati ibadah umrah dengan nilai syukur dan sujud daripada Surah al-Insan

by Nurulfatiha MuahMarch 24, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-23T094229.368
Berita Semasa,

Kisah gengster muka ganas masuk Islam, raih perhatian ramai termasuk Ustaz Ebit

by Fatin Fatihah HussinMarch 23, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-22T183122.034
Berita Semasa,

Sudah difatwakan sesat, ajaran ‘Si Hulk’ kembali dikesan JAINJ, PDRM

by Fatin Fatihah HussinMarch 22, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-21T162841.867
Berita Semasa,

Bantuan Kewangan Haji bersasar dan berkala diteruskan kepada bakal haji Muassasah

by Fatin Fatihah HussinMarch 21, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.