Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Jendela Dunia,

Al-Quran Digital Braille Di Masjidil Haram Untuk Kemudahan OKU Penglihatan

by Nurulfatiha MuahJanuary 2, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Al-Quran digital braille
PRESIDEN Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais (dua dari kiri) menghulurkan al-Quran elektronik Haramain kepada seorang lelaki OKU penglihatan baru-baru ini.

TIDAK lengkap rasanya andai sesebuah masjid itu tiada mashaf al-Quran di dalamnya. Masakan tidak, rumah ALLAH itu menjadi tempat tumpuan umat Islam untuk beribadah.

Kadangkala sela masa waktu solat dimanfaatkan oleh segelintir orang untuk mendampingi kitab suci itu walaupun hanya sebentar cuma.

Apatah lagi jika kita berada di dalam masjid agung umat Islam iaitu Masjidil Haram. Peluang untuk beribadah pasti tidak akan dilepaskan begitu sahaja kerana ganjarannya yang melimpah-ruah.

Ia sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik daripada 1,000 solat di tempat yang lain melainkan Masjid al-Haram. Dan solat di Masjid al-Haram lebih baik daripada 100,000 solat di tempat lain.” (Hadis Riwayat Ahmad)

IKLAN

Justeru, kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan, usah risau lagi apabila mereka berpeluang menjejakkan kaki ke Masjid al-Haram. Ini kerana masjid berkenaan sedang dalam proses menyediakan kemudahan al-Quran elektronik berasaskan braille termaju.

Ia sekali gus dapat membantu pelawat dan para jemaah cacat penglihatan untuk membaca dan mengakses kalamullah dengan lebih mudah.

Baca juga Persis Mashaf Sebenar, Mahasiswi Al-Azhar Menulis Al-Quran Dengan Tulisan Tangan

Jurucakap Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Ghazi al-Thubyani berkata, ketika ini, rak khas sedang disediakan bagi memuatkan 100 peranti braille elektronik yang direka untuk golongan tersebut.

Ujarnya, peranti yang bersaiz panjang enam inci dan lebar empat inci itu akan membantu pengguna untuk menukar halaman demi halaman dengan lancar.

IKLAN
Al-Quran digital braille

AL-QURAN digital braille Haramain untuk golongan OKU penglihatan.

“Setiap al-Quran digital braille itu mempunyai enam poin titik dan 10 kekunci digital yang membolehkan pengguna memasukkan nombor halaman untuk navigasi pantas. Mereka juga boleh menatal baris pada setiap sisi teks dalam braille,” katanya sebagaimana dipetik menerusi portal Arab News baru-baru ini.

Selain itu, al-Thubyani menambah, Masjidil Haram turut menawarkan salinan mashaf al-Quran braille sebagai tambahan kepada peranti baharu tersebut.

IKLAN

“Setiap mashaf (naskhah al-Quran) terdiri daripada enam jilid. Kamu juga mempunyai buku kecil dalam braille yang disesuaikan untuk kanak-kanak cacat penglihatan dalam membantu mereka belajar tentang tauhid dan asas-asas Islam,” katanya.

Ujar beliau, langkah yang dilakukan itu selari dengan rancangan pihaknya dalam Wawasan Kerajaan 2030 iaitu menggunakan teknologi dalam semua perkhidmatannya di dua masjid suci berkenaan.

“Fasa pertama projek itu mengambil masa 10 bulan yang memfokuskan kepada al-Quran. Selepas ini, akan ada satu fasa lagi yang mana penjelasan (tafsir) al-Quran akan ditambah menggunakan teknologi yang sama,” jelasnya.

Foto: Arab News

IKLAN
Al-Quran digital braillemasjidil haramsinarislamplus
Previous

SOLIDARITI MUSLIM SELATAN THAILAND BANTU MANGSA BANJIR DI MALAYSIA

December 31, 2021
Next

4 Amalan Pendinding Sihir Yang Ampuh Boleh Kita Lazimkan

January 3, 2022

Related posts

Jendela Dunia, Uncategorized,

Polemik larangan berhijab di Karnataka terus memuncak

by Nurulfatiha MuahFebruary 23, 2022
Untitled design - 2022-01-31T114634.819
Jendela Dunia,

Jalan kaki lebih 6,000 km ke Makkah untuk tunaikan haji

by Nurulfatiha MuahJanuary 31, 2022
Khawaja-1
Jendela Dunia,

Usman Khawaja lompat dari pentas elak kena semburan arak

by Muhd Azman Mohd NawiJanuary 27, 2022
Roboh rumah penduduk Palestin
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Insiden Roboh Rumah Penduduk Palestin Dikiritik Secara Meluas, Dianggap Sebagai ‘Jenayah Perang’

by Nurulfatiha MuahJanuary 20, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.