Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Isu,

Walaupun ayah sudah tiada, ruang untuk berbakti sentiasa luas terbuka

by Nurul Fatiha MuahJune 17, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Ayah
SEBAGAI anak, kita masih boleh berbakti kepada ibu bapa walaupun jasad mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

MESKIPUN ayah kita sudah meninggal dunia, terdapat pelbagai jenis bakti yang boleh ditunaikan oleh seorang anak.

Pendakwah Ustazah Nor Zahirah Mohd Johari atau lebih dikenali sebagai Da’i Zahirah menjelaskan, sememangnya menjadi tanggungjawab kita untuk taat dan menyantuni kedua orang tua bukan sahaja sepanjang hayat mereka, tetapi juga apabila ibu bapa masing-masing dijemput Ilahi.

Baca juga Anak lelaki atau perempuan, jangan lepaskan peluang berkhidmat untuk bapa yang lanjut usia

Sekiranya ayah tidak sempat menunaikan Rukun Islam kelima, ujar beliau, anak-anak digalakkan melaksanakan haji buat bapa masing-masing sama ada dengan pergi sendiri bagi mereka yang sudah menunaikannya atau mengupah orang lain.

IKLAN

“Seandainya bapa pernah bernazar untuk mengerjakan ibadah berkenaan, tetapi tidak sempat kerana sudah meninggal dunia, waris ataupun anaknya wajib menunaikan haji untuknya dengan menggunakan harta peninggalan si mati.

“Begitu juga dengan ibadah lain seperti puasa. Jika orang tua kita tidak mampu, tidak berupaya atau sukar berpuasa kerana sudah tua dan kemudian meninggal dunia, maka kita sebagai anak wajib memberi makan kepada orang miskin bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan dengan kadar satu cupak beras atau nilai bersamaan dengannya.

Baca juga Wajibkah anak ganti puasa ibu bapa yang sudah meninggal dunia?

DA’I ZAHIRAH

IKLAN

“Sama juga halnya jika bapa kita sakit dan tiada harapan untuk sembuh. Maka waris ataupun anak-anaknya disunatkan supaya mengqadakan puasa ayah yang sudah meninggal dunia tidak kiralah sama ada puasa Ramadan, nazar mahupun kafarah,” katanya.

Selain itu, andai terdapat zakat yang belum dilunaskan oleh arwah bapa, Zahirah mengingatkan agar kita menjelaskannya.

“Ia adalah hutang seorang hamba kepada ALLAH SWT. Jadi kewajipan itu perlu didahulukan sebelum menjelaskan hutang yang lain.

“Paling penting dan sangat bernilai, terus mendoakan insan yang pernah membesarkan dan mendidik kita dengan baik,” katanya sambil berpesan supaya kita melunaskan hutang, wasiat, pembahagian harta pusaka, menghubungkan silaturahim dengan kaum kerabat dan sahabat kepada bapa.

Baca juga Jaga adab, pelihara hubungan sesama manusia jika mahu doa kita diperkenankan-NYA

IKLAN

Seperkara lagi, Zahirah menjelaskan, doa seorang bapa itu tidak akan dilengah-lengahkan oleh ALLAH untuk dikabulkan. Tidak kiralah sama ada ia berbentuk kebaikan atau keburukan.

MESKIPUN ayah kita sudah meninggal dunia, terdapat pelbagai jenis bakti yang boleh ditunaikan oleh seorang anak.

DOA seorang bapa antara permintaan yang tidak akan ditolak oleh ALLAH SWT.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tiga doa yang diperkenankan tanpa diragui padanya iaitu doa seorang bapa, doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

“Bagaimana pula dengan doa seorang ibu? Dalam hal ini, kebanyakan para ulama menyatakan, doa seorang ibu tidak disebut kerana perkara itu sudah diketahui oleh manusia. Ya, sememangnya doa ibu lebih kuat daripada bapa disebabkan kedudukannya yang sangat mulia di sisi ALLAH,” ungkapnya.

Foto: 123rf & Freepik

IKLAN
ayahBapaMeninggal Duniasinarislamplus
Previous

Anak lelaki atau perempuan, jangan lepaskan peluang berkhidmat untuk bapa yang lanjut usia

June 17, 2022
Next

Tsabit bin Qurra, Bapa Ilmu Statistik yang disegani

June 17, 2022

Related posts

Pakej ibadah korban
Isu,

Hati-hati tawaran pakej ibadah korban palsu, semak pengajur dulu sebelum bayar

by Nurul Fatiha MuahJune 24, 2022
Untitled design (47)
Isu,

Hukum ucap ‘inna lillahi wa inna ilaihi roji’un’ kepada non-Muslim

by Fatin Fatihah HussinJune 23, 2022
Azan
Isu,

Gagal bersyahadah saat meninggal kerana bercakap ketika azan? Berikut penjelasannya

by Nurul Fatiha MuahJune 23, 2022
hutang
Isu,

Amalkan doa ini supaya orang membayar hutang kita

by Sarrah MohsinJune 23, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.