Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
    • POV Podcast
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
    • POV Podcast
  • Aqidah
Isu,

Usah Tinggalkan Amalan Soleh Yang Dilakukan Ketika Ramadan Begitu Sahaja

by Nurulfatiha MuahMay 28, 2021
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Tinggalkan amalan Ramadan
JANGANLAH hilangkan segala amalan yang telah kita didik sepanjang madrasah Ramadan lalu agar semua yang dilakukan tersebut diberkati dan diredai oleh ALLAH SWT di dunia dan akhirat.

Oleh RAFIUDDIN MOHD YUSOF

SUDAH dua minggu kita meninggalkan bulan Ramadan dan meraikan Syawal. Meskipun suasananya agak suram sedikit lantaran Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan bagi membendung virus Covid-19, lebaran tetap disambut secara sederhana.

Apa yang pasti, setiap daripada kita tidak mengetahui sama ada dapat bertemu atau tidak dengan Ramadan pada tahun hadapan. Berdoa dan teruslah berdoa.

Namun, situasi berkenaan pastinya berbeza bagi sesetengah individu yang tidak peduli dengan keistimewaan Ramadan. Mereka hanya teruja mahu meraikan lebaran selepas sebulan penat berpuasa.

Pun demikian, kepada mereka yang beriman dan sentiasa mahu mendekatkan diri dengan YANG MAHA ESA, kesedihan dan kepiluan sentiasa mengiringi. Golongan itu menyedari Ramadan merupakan bulan yang memberi peluang lebih luas untuk beribadah dan mempertingkat amal kebaikan semata-mata kerana ALLAH SWT.

Mereka juga merasai keseronokan dan kegembiraan dalam suasana bertaqarrub dengan ALLAH SWT. Mereka tahu bahawa segala amalan yang dilakukan tidak kira kecil atau besar, akan dilipatgandakan seperti yang tertulis dalam kalamullah.

IKLAN

Baca juga Rangsang Remaja Ikut Trend

Apabila Ramadan sudah melabuhkan tirai, jangan pula segala amalan yang telah dilakukan pada bulan penuh barakah itu turut ditinggalkan.

Itulah yang menjadi kerisauan. Lazimnya, ia berlaku dalam kalangan umat Islam yang menjadikan diri sebagai hamba Ramadan.

Tinggalkan amalan Ramadan

JANGAN hanya melakukan amalan mulia seperti bersedekah dan bertadarus hanya pada bulan Ramadan, sebaliknya teruskan ke bulan-bulan lain dengan penuh istiqamah.

Istilah hamba Ramadan itu bermaksud beribadah dan melakukan amal kebaikan dalam bulan Ramadan sahaja.

Dalam erti kata lain, beramal kerana Ramadan, bukan kerana ALLAH SWT. Ini kerana jika seseorang itu beribadah semata-mata kerana-NYA, pasti dia akan sentiasa melakukannya tanpa mengira apa jua keadaan sekali pun.

Bagi mereka yang tidak menghiraukan tentang amal ibadah, detik berlalunya Ramadan tidak dipedulikan, malah akan disambut dengan kegembiraan kerana segala perkara yang dilarang semasa berpuasa, kononnya dapat dilakukan semula. Itu satu tanggapan yang tidak betul.

Lebih parah lagi, sambutan dan kemeriahan hari raya dilihat mengatasi kesungguhan dalam meneruskan ibadah.

Segala amalan seperti solat sunat, bersedekah dan memberi makan tiba-tiba lenyap pada bulan seterusnya. Ya, ia mudah terjadi sekiranya diri kita tidak betul-betul beristiqamah.

IKLAN

Rugi

Namun yang lebih merisaukan, jika masyarakat Islam kini terus dibuai dengan kegembiraan meraikan Aidilfitri sehingga terlupa perkara-perkara yang bertentangan dengan hakikat kegembiraan yang dianjurkan oleh Islam.

Anda perlu ingat, selalunya hal-hal yang dianggap remehlah, perlu dipandang serius. Antaranya seperti aurat, pergaulan dan bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Di samping itu, saya melihat, terdapat segelintir masyarakat Islam yang terlalu memikirkan tentang adat sehingga mengetepikan agama dalam menyambut hari raya. Perkara itu berlaku kerana kurangnya kefahaman dan pendedahan tentang sisi agama yang sebenar.

Amat rugi dan sia-sialah jika segala amalan kebaikan yang kita telah lakukan dalam bulan Ramadan tidak diteruskan selepas itu. Ingatlah Ramadan merupakan bulan jihad dan tarbiah dalam mendidik diri kita menjadi insan yang bersyukur serta taat kepada perintah ALLAH SWT.

Tinggalkan amalan Ramadan

BERDOALAH kepada ALLAH SWT agar dipanjangkan usia dan dipertemukan bulan Ramadan yang akan datang untuk mengumpul segala fadilat yang ada padanya.

Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan mengharap reda ALLAH, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat al-Bukhari)

IKLAN

Justeru, hendaklah kita sentiasa berdoa agar ALLAH SWT memanjangkan umur dan memberi kesempatan kepada semua umat Islam untuk bertemu dengan bulan Ramadan akan datang.

Semoga ketelusan hati kita beribadah pada bulan penuh barakah itu akan terus mekar dan subur sampai bila-bila.

Begitu juga dengan nilai-nilai murni yang diterapkan agar dapat dikekal dan diteruskan dalam kehidupan kita seharian.

Mudah-mudahan berlalunya bulan ke-9 dalam takwim Islam pada tahun ini juga menyuntik lebih keceriaan.

Perbanyakkanlah berdoa dengan membaca: “Ya ALLAH! Panjangkanlah usiaku dan usia keluargaku agar dapat menemui Ramadan pada tahun akan datang. Ya ALLAH, tetapkanlah imanku agar terus tunduk dan patuh kepada perintah-MU. Moga diriku tergolong dalam kalangan orangorang yang beriman kelak.”

***Rafiuddin Mohd Yusof ialah Ketua Unit Hal Ehwal Islam, Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor

Foto: Freepik

IKLAN
sinarislamplusTinggalkan amalan Ramadan
Previous

Jangan Suka Bertangguh, Sifat Itu Dibimbangi Menyebabkan Diri Ditimpa Ujian Sehingga Kufur

May 28, 2021
Next

Imam Haramain Al-Juwayni Abadikan Diri Untuk Menggali Ilmu Sepanjang Hayatnya

May 28, 2021

Related posts

TOK KENALI
Isu,

Jaga akhlak dan adab ketika ziarah makam Tok Kenali

by Fatin Fatihah HussinAugust 24, 2023
Poligami
Isu,

Perbetulkan salah faham perihal poligami

by Nurulfatiha MuahAugust 22, 2023
Tunaikan janji
Isu,

Peringatan untuk para YB, tunaikan janji yang ditabur agar tidak tergolong dalam kelompok munafik

by Nurulfatiha MuahAugust 18, 2023
Ibu bapa
Isu,

Gagalkah ibu bapa jika anak tak ikut acuan Islam?

by Nurulfatiha MuahAugust 18, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.