Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Isu,

Usah melampau ketika berwuduk

by Nurul Fatiha MuahFebruary 5, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Berwuduk
JANGAN berlebih-lebihan dan membazir ketika berwuduk.

ADA segelintir orang begitu bersungguh-sungguh ketika berwuduk. Kadangkala paip air dilaras begitu kuat sehingga terpercik mengenai pakaian. Akhirnya, baju dan kaki seluar yang dipakai tadi habis basah.

Penulis pernah beberapa kali ‘bertembung’ dengan individu sebegitu ketika berada di surau. Perlakuan mereka mengambil air sembahyang begitu berlebih-lebihan seolah-olah seperti mahu mandi.

Apabila ditanya, jawapan yang diberikan begitu ringkas. Takut tidak sah wuduk jika guna air yang sedikit.

Hakikatnya, sedikit atau banyak air tersebut, ia bukan ukuran kesahan air sembahyang yang kita ambil tadi.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, menggunakan air secara berlebihan (melampaui had kesederhanaan yang biasa) atau pembaziran termasuk dalam perkara-perkara yang makruh ketika berwuduk.

IKLAN

DR ZULKIFLI

Demikian yang dinyatakan oleh pengarang al-Fiqh al-Manhaji, terangnya.

“Bukan itu sahaja, dalam Kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, para ulama telah bersepakat bahawa berlebih-lebihan dalam penggunaan air, hukumnya adalah makruh,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel #397: Membazir Air Ketika Berwuduk di maktabahalbakri.com.

Baca juga Ini Perkara Makruh Ketika Wuduk Yang Sering Dilakukan Tanpa Sedar

Firman ALLAH SWT: “Dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya ALLAH tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-A’raf, ayat 31)

Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin ‘Amr RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW melalui satu kawasan dan melihat Sa’d sedang berwuduk.

IKLAN

Lalu, baginda SAW bersabda: “Kenapakah berlebihan guna air ini?” Maka, Sa’d menjawab: “Adakah pada wuduk juga terdapat berlebihan – yakni melampaui batas sehingga membazir?” Baginda menjawab: “Ya, sekalipun kami berada di sungai yang mengalir.” (Riwayat Ibn Majah)

Berdasarkan riwayat berkenaan, Dr Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, perbuatan menggunakan air secara berlebih-lebihan ketika berwuduk dilarang oleh Rasulullah SAW walaupun kuantiti air itu banyak seperti di laut, sungai dan seumpamanya.

Berwuduk

JANGAN membasuh anggota wuduk melebihi tiga kali kerana ia merupakan perkara yang dimakruhkan.

“Menurut Syeikh Mulla Ali al-Qari, berlebihan dalam berwuduk juga termasuk lebih tiga kali basuhan pada anggota wuduk dan menambah lebih kadar yang diperlukan dalam penggunaan air,” katanya.

IKLAN

Maka, Dr Zulkifli yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Islam Malaysia itu menyarankan supaya kita mencontohi Rasulullah SAW ketika baginda berwuduk.

Ketahuilah, Nabi Muhammad SAW mengambil air sembahyang dengan hanya menggunakan secupak air, ungkapnya.

Hal itu sebagaimana diriwayatkan oleh Ibn Jabr bahawa beliau mendengar daripada Anas RA, katanya: “Nabi Muhammad SAW mandi menggunakan satu gantang air (bersamaan empat hingga lima cupak air), dan baginda berwuduk dengan menggunakan satu cupak air.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Justeru, agamawan itu mengingatkan bahawa membazir dan sikap berlebihan itu bukan budaya Islam.

“Bahkan, ia langsung tidak mencerminkan akhlak seorang Muslim yang disifatkan sebagai seorang yang bersederhana dalam setiap keadaan,” tegasnya.

Foto: 123rf & Freepik

IKLAN
Berwuduksinarislamplus
Previous

Ibn Hazm hasilkan 400 karya dengan 80,000 halaman sepanjang hayatnya

February 4, 2022
Next

Kadangkala rasa seperti tiada masa beribadah, tetapi…

February 6, 2022

Related posts

pexels-cottonbro-5081930
Isu,

Jaga diri elak berbuat jahat, berjuta saksi di Padang Mahsyar

by Fatin Fatihah HussinJune 28, 2022
sunnah basahkan badan
Isu,

Sunnah basahkan badan ketika hujan yang ramai tak tahu

by Sarrah MohsinJune 28, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (27)
Isu,

Inilah TIGA sebab amalan menjadi sia-sia

by Nurizan Abu KassanJune 27, 2022
pexels-fauxels-3183197
Isu,

Hati-hati pilih pemimpin, jangan sampai ke neraka bersamanya

by Fatin Fatihah HussinJune 27, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.