Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Isu, Pilihan Editor,

Tuan Korban Tak Boleh Makan Daging Korban Dalam Keadaan Ini – Azhar Idrus

by Nurul Fatiha MuahJuly 21, 2021
10
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Daging korban
AGIHKAN daging korban mengikut ketetapan syariat.

KITA masih lagi dalam mood Hari Raya Aidiladha. Malah, ibadah korban boleh dilaksanakan hingga tamatnya hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijah yang jatuh pada Jumaat ini (23 Julai 2021).

Walaupun tuan korban tidak berpeluang menyaksikan ibadah tersebut dilakukan dek kekangan prosedur operasi standard bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin mengganas, tetapi ia bukanlah menjadi satu masalah besar.

Ini kerana kita sudah mewakilkan kepada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan proses penyembelihan itu bagi pihak diri sendiri.

Cuma, dalam bab agihan daging korban, tidak semua tuan korban atau peserta yang terlibat dalam ibadah berkenaan layak menerima apatah lagi memakan daging korban masing-masing.

Pendakwah Azhar Idrus menjelaskan, hanya peserta yang melakukan ibadah korban sunat diharuskan memakan daging korban berkenaan.

IKLAN

“Namun begitu, ia tidaklah wajib bagi individu berkenaan memakan daging korban tadi. Bahkan, harus juga hukumnya jika mereka mahu menyedekahkan kesemuanya,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran pada laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Baca juga Cara Terbaik Agihkan Daging Korban

Firman ALLAH SWT: “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama ALLAH, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan-NYA kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.” (Surah al-Hajj, ayat 28)

Apa yang dimaksudkan dengan korban sunat, ujar beliau, ia merupakan korban biasa yang dilakukan oleh masyarakat menjelangnya musim ibadah berkenaan. Mudah kata, korban sunat adalah apabila seseorang itu berniat melakukan ibadah tersebut untuk mendekatkan dirinya kepada ALLAH SWT YANG MAHA ESA, di samping bersedekah.

Pendakwah itu kemudian menukilkan pandangan Imam al-Nawawi dalam Kitab Minhaj at-Talibin bahawa: “Dan harus bagi tuan korban makan daripada haiwan korbannya yang sunat dan harus dia memberi makan kepada orang-orang yang kaya.”

“Paling afdal ialah tuan korban memakan sedikit daging korbannya untuk mengambil keberkatan daripadanya.

IKLAN

“Pendapat yang sama turut dilontarkan oleh Syeikh al-Bujairimi dalam Kitab Hasyiah al-Bujairimi dan Dr Wahbah az-Zuhaili dalam Kitab al-Fiqah al-Islami.

“Bagaimanapun, Dr Wahbah az-Zuhaili menambah, lebih afdal jika tuan korban itu mengambil daging korban sekadar sekali makan untuk mengambil berkat dengan memakannya,” katanya.

Begitupun, seandainya ibadah korban yang dilakukan adalah melibatkan korban wajib seperti bernazar atau dam haji, jelas Azhar, tuan korban tadi haram memakan daging berkenaan walaupun sedikit.

“Sebaliknya, dia wajib menyedekahkan semua daging korban berkenaan kepada golongan fakir dan miskin. Pada masa sama, tidak haram bagi dirinya untuk memakan daging korban daripada ibadah korban wajib orang lain.

Daging korban

PESERTA korban nazar dan keluarganya tidak boleh memakan daging korban mereka, sebaliknya ia wajib disedekahkan semuanya kepada golongqan fakir serta miskin.

“Bukan sahaja tuan korban, malah ahli keluarganya juga dilarang memakan daging korban hasil daripada ibadah korban wajib yang dilakukannya,” tegasnya.

Baca juga Boleh Wakilkan Orang Lain Untuk Sembelih Haiwan Korban Sendiri, Tetapi Ini Yang Perlu Kita Tahu

IKLAN

Azhar kemudian mengemukakan pandangan Syeikh Sa’id al-Hadhrami as-Syafie yang menyatakan: “Dan wajib disedekahkan dengan semua korban yang dinazarkan dan yang ditentukan dengan nazar.” (Kitab Busyral Karim)

Sementara itu, Syeikh Abu Bakar Syatha’ ad-Dimyathi menjelaskan: “Dan haram tuan korban dan tuan hadiah memakan daripada haiwan korban. Maka, wajib ke atasnya sedekah dengan semuanya sekali termasuk tanduknya dan kukunya. Maka, jika tuan korban itu ada memakannya sebahagian daripadanya, nescaya wajib diberi gantinya kepada segala orang miskin.” (Kitab I’anah at-Talibin)

Melihat kepada perbahasan berkenaan, Azhar menjelaskan, jika tuan kepada korban nazar telah memakan sebahagian daripada daging korban tersebut, maka wajib baginya untuk menggantikan sekadar daging yang telah dijamahnya.

“Pendek kata, hanya korban sunat sahaja yang diharuskan bagi tuan korban untuk memakan dagingnya sekalipun tidak wajib dirinya berbuat demikian.

“Namun begitu, bagi korban wajib seperti nazar, maka peserta korban tersebut dan semua ahli keluarga yang wajib ditanggung nafkahnya (ahli keluarga peserta korban) haram memakan daging korban berkenaan walaupun sedikit,” jelasnya.

Foto: Bernama

IKLAN
agihanAidiladhaAzhar IdrusDaging korbansinarislamplus
Previous

Kebenaran Solat Aidiladha ‘Berlaga Bahu’ di England

July 21, 2021
Next

Kumpulan Hak Asasi Muslim Kanada Lancar 61 Cara Perangi Islamfobia

July 21, 2021

Related posts

pexels-tima-miroshnichenko-7991579
Isu,

Menonton wayang di pawagam, syarat dan garis panduan yang diharuskan.

by Fatin Fatihah HussinJuly 4, 2022
cinta negara
Isu,

Kita perlu cinta dan pertahankan negara seperti Nabi SAW

by Sarrah MohsinJuly 4, 2022
wuduk penyeri wajah
Isu,

Naikkan seri wajah dengan air wuduk, benarkah begitu?

by Sarrah MohsinJuly 3, 2022
sutrah
Isu,

Sutrah, penghadang daripada orang ramai ketika solat

by Sarrah MohsinJuly 2, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.