Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian
Isu,

Terpaksa kongsi bilik tidur dengan anak? Ini yang perlu dilakukan ibu bapa

by Fatin Fatihah HussinAugust 3, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untitled design - 2022-08-03T173548.886
ISLAM sememangnya menggariskan untuk ibu bapa memisahkan tempat tidur antara anak-anak yang berlainan jantina.

TERPAKSA berkongsi bilik tidur dengan anak, ternyata ia bukan suatu pilihan mudah. Ini kerana bukan semua ibu bapa mampu memberikan keselesaan terutama kepada anak-anak.

Lebih memeritkan, ada orang tua yang terpaksa berkongsi bilik tidur dengan anak walaupun mereka sudah menginjak dewasa.

Apatah lagi, Islam sememangnya menggariskan supaya ibu bapa memisahkan tempat tidur antara anak-anak yang berlainan jantina.

Memetik artikel Al-Kafi #1545: Hukum Anak Lelaki dan Perempuan Tidur Sebilik yang disiarkan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ia merupakan satu didikan ibu bapa kepada anak dalam menjaga batas auratnya walaupun sesama ahli keluarga.

PENTINGNYA untuk mengikuti apa yang digariskan oleh Islam untuk menjaga kemaslahatan hidup. 

Hal ini juga bertujuan sebagai langkah berjaga-jaga daripada fitnah atau terbangkitnya nafsu syahwat walaupun sesama adik-beradik.

Rasulullah SAW bersabda “Perintahkan anak-anak kamu untuk menunaikan solat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka ketika mereka berusia sepuluh tahun, dan pisahkan tempat tidur di antara mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad Abu Daud dan al-Albani)

Artikel tersebut turut menyebut, majoriti fuqaha berpendapat bahawa WAJIB ke atas bapa atau wali memisahkan tempat tidur anak-anak ketika berumur 10 tahun sama ada anak-anak tersebut sesama jantina atau lelaki dan perempuan mahupun antara anak dan ibu atau bapanya.

IKLAN

Namun, bagaimana pula dengan situasi jika ibu bapa perlu berkongsi bilik tidur dengan anak-anak?

Bagi menjawab persoalan itu, Sinar Islam Plus merujuk kepada perkongsian yang dibuat oleh Wan Nur Syakira, penulis theproparenting di laman sosial Facebooknya.

DISEBABKAN kekangan hidup, ada sesetengah situasi ibu bapa tidak mampu untuk menyediakan kemudahan dan perlu berkongsi bilik tidur dengan anak-anak. 

Menerusi platform media sosial miliknya itu, beliau dilontarkan pertanyaan berkaitan pasangan suami isteri yang tidak mampu untuk mengasingkan tempat tidur anak kerana mempunyai dua bilik sahaja iaitu bilik tidur utama dan stor.

Beliau kemudian memberikan beberapa panduan yang boleh diikuti oleh ibu bapa yang menghadapi masalah tersebut.

Baca juga Bahaya tiga serangkai ini, boleh menghapuskan pahala

Berikut perincian tip yang diberikan oleh Wan Nur Syakira:

1. Asingkan tilam antara ibu bapa dan anak-anak. Bilik sama, tetapi ‘compartment’ berbeza. Jika anak berbeza jantina, usahakan asingkan juga di dalam bilik yang sama.

Berkata Imam al-Subki bahawa memisahkan tempat tidur dilakukan dengan dua cara sama ada untuk setiap anak satu tilam atau kedua-duanya setilam, tetapi berpisah dan tidak bersentuhan.

IKLAN

AJAR dan didiklah anak-anak dengan akhlak Islam agar sentiasa patuh dengan apa yang diajarkan demi kepentingan mereka. 

2. Anak-anak pula, seorang satu selimut. Usah biasakan tidur satu selimut.

3. Jika anak ada di dalam bilik, jangan tukar baju di hadapan mereka. Minta mereka keluar dahulu atau tukar baju di bilik air. Keluar dengan sudah berpakaian lengkap. Berhati-hati dengan aurat ibu ayah dengan anak-anak.

4. Berjaga-jaga dengan sentuhan suami isteri. Jika anak ada, jangan dipaparkan sentuhan yang menjurus kepada keintiman seksual. Begitu juga perbuatan ibu ayah mandi bersama, jangan biar diketahui anak-anak. Jika anak tiada dalam bilik, boleh lakukan apa saja.

5. Ibu ayah dan anak-anak kena amalkan ketuk pintu sebelum masuk. Jangan terjah, kerana semua berkongsi bilik yang sama untuk segala urusan peribadi.

6. Jangan sesekali melakukan hubungan suami isteri di hadapan anak-anak meskipun mereka tidur dan sebenarnya tiada sesiapa boleh melihat atau mendengar hubungan kelamin suami isteri dilakukan. Ketahuilah bahawa ia aurat yang perlu disembunyikan rapi.

IKLAN

Lakukanlah ketika mereka tiada. Sebenarnya, anak sudah pandai pura-pura tidur seawal umur 4 tahun, apatah lagi yang berada di sekolah rendah.

IBU BAPA adalah sebaik-baik cerminan kepada kehidupan anak-anak. Apa yang diberi oleh ibu bapa itulah yang menjadi teladan mereka. 

Panduan ini terpakai selagi mana kita terpaksa berkongsi bilik tidur dengan anak.

Baca juga 5 perkara anak lelaki Muslim sejati harus kuasai di usia remaja

7. Andai ada ruang untuk kosongkan stor untuk dijadikan bilik, amat digalakkan untuk melakukan begitu.

9. Disarankan paling kurang, setiap rumah ada tiga bilik. Satu bilik ibu bapa, satu bilik untuk adik-beradik lelaki, satu bilik untuk adik-beradik perempuan. Andai ada 2 bilik, satu bilik untuk ibu ayah dan satu bilik lagi untuk adik-beradik perempuan, manakala adik-beradik lelaki mungkin tidur di ruang lain iaitu ruang tamu sebagai contoh.

Ya, tidak dinafikan penyediaan rumah yang selesa bergantung kepada kemampuan individu masing-masing. Sebagai ibu bapa, dinasihatkan untuk sentiasa berusaha mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak dalam urusan keluarga.

Firman ALLAH SWT “Oleh itu bertakwalah kamu kepada ALLAH sedaya upaya kamu.” (Surah al-Taghaabun, ayat 16)

Semoga ALLAH SWT memberi kefahaman yang baik dalam setiap urusan kehidupan kita.

IKLAN
Previous

Musim umrah kali ini dijangka kembali normal

August 3, 2022
Next

Sunat berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharam

August 4, 2022

Related posts

pexels-mikhail-nilov-7929428
Isu,

Buli dan gengsterisme perilaku yang dibenci Islam

by Fatin Fatihah HussinAugust 17, 2022
Trauma penderaan
Isu,

Trauma penderaan wujudkan personaliti pemangsa

by Nurul Fatiha MuahAugust 12, 2022
Dera anak angkat
Isu,

Dera anak angkat ibarat mencabuli amanah yang dipertanggungjawabkan

by Nurul Fatiha MuahAugust 12, 2022
mualaf atau dibesarkan Islam, kita semua perlu tegakkan agama ALLAH
Isu,

Mualaf atau dibesarkan Islam, kita semua perlu menegakkan agama ALLAH

by Sarrah MohsinAugust 11, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.