Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

Tatacara Yang Betul Membaca Qunut Nazilah

by Nurulfatiha MuahMay 18, 2021
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Qunut nazilah
DIHARUSKAN umat Islam membaca qunut nazilah ketika umat Islam ditimpa musibah besar yang boleh memudaratkan agama dan umat itu sendiri secara keseluruhan.

MALAM tadi berlangsungnya solat hajat dan doa untuk Palestin yang dilaksanakan serentak di semua 89 buah masjid, 123 buah surau Jumaat dan 578 surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Bahkan, ada yang turut menyertainya dengan melakukannya di rumah masing-masing. Semua umat Islam Bersatu hati dalam menyahut titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain solat hajat dan berdoa, sebenarnya kita juga boleh membaca qunut nazilah dalam setiap solat fardu lima waktu.

Ketahuilah bahawa Nabi Muhammad SAW pernah membaca qunut selain daripada solat Subuh ketika ditimpa musibah iaitu ketika terbunuhnya para sahabat al-qurra.

Demikian nukilan Imam al-Nawawi dalam kitabnya Syarah al-Muhazzab.

Qunut nazilah

SAMA-SAMALAH umat Islam bersatu hati memohon kepada ALLAH SWT agar memelihara umat Islam dan bumi Palestin.

Memetik artikel Al-Kafi #969: Hukum Membaca Qunut Nazilah yang disiarkan menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, qunut nazilah diharuskan untuk dibaca ketika umat Islam ditimpa musibah besar yang boleh memudaratkan Islam dan umat itu sendiri secara keseluruhan.

Ia termasuklah kes yang mana umat Islam diperangi secara nyata atau dikhianati oleh musuh.

Bagi mereka yang tidak pernah melakukannya, Sinar Islam Plus kongsikan tatacara yang betul untuk membaca qunut nazilah sepertimana yang disarankan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

– Qunut nazilah hanya boleh dibaca dalam semua solat fardu sahaja dan tidak boleh dilakukan dalam solat-solat sunat.

– Ia boleh dibacakan secara kuat ketika solat berjemaah dan dibaca dengan perlahan andai kata kita menunaikan solat secara bersendirian.

– Dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun daripada rukuk (semasa iktidal).

IKLAN

– Andai terlupa membacanya, tidak perlu melakukan sujud sahwi.

– Sunat mengangkat tangan ketika berdoa dan tidak perlu menyapu tangan ke muka selepas berdoa.

Qunut nazilah

TITIPKAN doa dan memohon kepada ALLAH demi keselamatan saudara seagama kita di Palestin.

Baca juga Kutuk Nama ‘Negara Haram’ Dengan Pelbagai Gelaran, Ini Yang Perlu Kita Tahu

Bagi memudahkan kita untuk membaca qunut nazilah, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan menyediakan doa tersebut yang berbunyi:

اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك

(Ya ALLAH, sesungguhnya kami letakkan ENGKAU di tengkuk musuh-musuh kami, dan kami berlindung kepada-MU daripada kejahatan mereka. Ya ALLAH, hancur leburkan kumpulan-kumpulan mereka, dan kacau bilaukan persatuan mereka, serta cerai-beraikan pakatan mereka. Goncangkan pendirian mereka, dan hantarkan kepada mereka anjing-anjing-MU)

يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله

(Wahai Tuhan YANG MAHA GAGAH, Wahai Tuhan YANG MAHA KERAS, Wahai Tuhan YANG MAHA MEMBALAS)

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِمهم , وانصُرْنا عليهم

(Wahai ALLAH, Tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), Tuhan yang menggerakkan awan, Tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka)

Qunut nazilah

DOA qunut nazilah untuk Palestin. -Foto: Facebook Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.

Bukan itu sahaja, selain membaca qunut nazilah untuk umat Islam di Palestin, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan turut menyarankan agar kita membaca doa qunut nazilah untuk wabak Covid-19.

IKLAN

Doa tersebut berbunyi:

‎اللّهُمَّ اهْدِنَا فِيْمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنَا فِيْمَنْ عَافَيْتَ،

(Ya ALLAH, berikanlah kami hidayah sebagaimana mereka yang telah ENGKAU beri hidayah. Berikan kesihatan kepada kami sebagaimana mereka yang telah ENGKAU berikan kesihatan)

‎وَتَوَلَّنَا فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لَنَا فِيْمَا أَعْطَيْتَ

(Dan peliharalah kami sebagaimana orang-orang yang telah ENGKAU peliharakan. Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah ENGKAU kurniakan)

Qunut nazilah

DOA qunut nazilah untuk wabak Covid-19. -Foto: Facebook Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.

‎وَقِنَا بِرَحْمَتِكَ شَرَّ مَا قَضَيْتَ، فَإِنَّكَ تَقْضِى وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ

(Dan selamatkan kami dengan rahmat-MU daripada bahaya yang telah ENGKAU tentukan. Maka sesungguhnya, ENGKAULAH yang menghukum dan bukannya yang dihukum)

‎فَإِنَهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ

IKLAN

(Dan sesungguhnya tidak hina orang yang ENGKAU pimpin. Dan tidak mulia orang yang ENGKAU musuhi)

‎تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ،

(MAHA SUCI ENGKAU wahai Tuhan kami dan MAHA TINGGI. Maka bagi ENGKAULAH segala pujian di atas apa yang ENGKAU hukumkan)

‎وَنَسْتَغْفِرُكَ وَنَتُوْبُ إِلَيْكَ

(Kami memohon ampun daripada-MU dan kami bertaubat kepada-MU)

اللّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الْبَلَآءَ وَالْوَبَآءَ
‎وَالْغَلَآءَ وَالْمِحَنَ وَالْفِتَنَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن

(Ya ALLAH, hindarkanlah kami daripada musibah dan wabak penyakit. Dan (hindarkanlah kami daripada) kejatuhan ekonomi dan kesulitan dan ujian, dari segi zahir mahupun batin)

‎عَنْ بَلَدِنَا هَذَا خَآصَّةً، وَعَنْ بُلْدَان عَآمَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

(Di negara kami ini khususnya (Malaysia) dan negara-negara lain umumnya. Wahai Tuhan sekalian alam)

‎وَصَلَّ اللّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ

(Dan semoga ALLAH mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda)

Qunut nazilah

SELAIN membaca qunut nazilah untuk Palestin, kita juga disarankan untuk membaca qunut nazilah wabak Covid-19.

Semoga doa yang tulus daripada seluruh umat Islam akan dimakbulkan oleh ALLAH SWT. Sama-samalah kita terus memanjatkan doa dalam membantu saudara seagama kita.

IKLAN
palestinQunut nazilahsinarislamplus
Previous

Wonder Woman ‘Koyak’

May 17, 2021
Next

Muhammad Asad: Seorang Mualaf Yahudi Yang Mengabdikan Hidupnya Untuk Islam

May 18, 2021

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (74)
Isu,

Suka tengok gusti, Ustaz Azhar Idrus jelaskan hukum melihat aurat ahli gusti

by Fatin Fatihah HussinJanuary 19, 2023
GAMBAR PORTAL FB (71)
Isu,

Adakah pengurus masjid perlu mengganti duit masjid yang dicuri?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
ambil hutang
Isu,

Kawan liat bayar hutang, bolehkah ambil wangnya secara senyap-senyap?

by Sarrah MohsinJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (58)
Isu,

Jauhkan diri daripada pengampu

by Fatin Fatihah HussinJanuary 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.