Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian
Isu,

Sutrah, penghadang daripada orang ramai ketika solat

by Sarrah MohsinJuly 2, 2022
3
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
sutrah
SUTRAH dijadikan sebagai sempadan antara individu yang sedang solat dengan orang yang lalu lalang di sekeliling.

SUTRAH, penghadang daripada orang ramai ketika solat

Bagi memenuhi tuntutan solat lima waktu sebagai umat Islam, adakalanya kita perlu melaksanakan rukun Islam kedua itu di tempat awam seperti masjid dan sebagainya.

Namun, kadangkala sukar untuk fokus dalam solat apabila kawasan tersebut dipenuhi orang ramai yang lalu lalang. Lagi-lagi jika ada yang melintas secara tidak sengaja.

Dalam hal ini, kita boleh menggunakan pendekatan sutrah seperti yang dianjurkan oleh Islam supaya solat yang dilaksanakan lebih tenang dan khusyuk.

sutrah

SUTRAH berguna apabila sedang solat bersendirian di kawasan yang dipenuhi orang awam.

Sutrah dan hukumnya

IKLAN

Sutrah (سُترَةٌ) adalah sekatan atau tanda pemisah di antara orang yang bersolat dengan orang yang lalu-lalang di hadapannya.

Perkara ini pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketika melaksanakan solat sebagaimana dalam sebuah hadis daripada Ibnu Umar RA:

“Rasulullah SAW apabila pergi menunaikan solat hari raya, Baginda meminta sebatang tombak pendek (حَربَةٌ) diletakkan di hadapannya, lalu Baginda menghadapnya manakala orang ramai pula di belakang Baginda ketika bermusafir.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Baca juga Terlelap ketika solat. Batal atau tidak?

Dari segi hukum meletakkan sutrah di hadapan sewaktu bersolat, ada ulama yang mengatakan wajib, manakala sebahagian lain berpendapat ia hanya sunnah.

Namun, pendapat umum adalah sebaik-sebaiknya kita menggunakan sutrah ketika bersolat, tidak kira berjemaah atau bersendirian.

Baca juga Menunaikan solat tanpa telekung, ini tip yang anda perlu tahu

Objek boleh dijadikan sutrah

Antara objek yang boleh dijadikan sutrah ketika solat bersendirian adalah seperti tiang, dinding, pohon, tongkat, beg, orang dan sebagainya. Bagi solat berjemaah pula, sutrah makmum adalah imam.

IKLAN

Malah, kata pendakwah bebas, Ustaz Shahul Hamid, sejadah juga boleh dikira sebagai sutrah asalkan orang yang lalu-lalang boleh memahaminya sebagai suatu benteng.

Dalam situasi seperti di masjid yang mempunyai banyak sejadah, seelok-eloknya alatan yang agak tinggi (sekitar 1 kaki) digunakan sebagai sutrah.

sutrah

Jangan melintasi sutrah

Selain itu, sutrah perlu diletakkan berhampiran dengan tempat sujud. Ilmuwan Islam, al-Imam al-Nawawi berpendapat jarak antara sutrah dan orang yang bersolat itu tidak melebihi tiga hasta.

Dalam mazhab Syafie, hukumnya haram bagi seseorang untuk lalu di hadapan orang yang bersolat jika kawasan tersebut sudah ditandakan dengan sutrah. Bahkan, orang yang solat itu dibenarkan menahan individu yang lalu di hadapan menggunakan tangannya.

Baca juga Jangan lakukan kesilapan ini ketika solat

IKLAN

Daripada Abu Said al-Khudri RA, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Jika salah seorang daripada kalian bersolat dalam keadaan mengadap sutrah yang boleh menghalangi manusia, lalu ada orang yang ingin melintasi hadapannya, hendaklah dia menahannya. Dan jika dia enggan juga, hendaklah dia diperangi (yakni ditolak dengan keras) kerana dia adalah syaitan (yakni bersamanya syaitan).” (Hadis riwayat Muslim)

Sebaliknya, seseorang yang tidak meletakkan sutrah di hadapannya tidak berhak menghadang orang lain daripada melintasi hadapannya. [Rujuk al-Mu’tamad (1/222-223)].

Baca juga Fahami lima waktu diharamkan solat

Namun, dalam keadaan yang terdesak seperti individu yang terbatal wuduk ketika solat berjemaah dan tiada jalan lain melainkan terpaksa lalu di hadapan makmum lain untuk mengambil wuduk semula, maka jemaah tidak boleh menghalangnya.

Semoga perkongsian kali ini dapat dimanfaatkan supaya anda lebih khusyuk dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah kepada ALLAH SWT.

Sumber: Al-Kafi #556: Hukum meletakkan sutrah di dalam solat

Foto: Discover Islam Kuwait & Unsplash 

IKLAN
hukumislampenghadangsempadansolatsutrah
Previous

Kaitan solat dan pengurusan masa, ini penjelasannya

July 1, 2022
Next

Naikkan seri wajah dengan air wuduk, benarkah begitu?

July 3, 2022

Related posts

Trauma penderaan
Isu,

Trauma penderaan wujudkan personaliti pemangsa

by Nurul Fatiha MuahAugust 12, 2022
Dera anak angkat
Isu,

Dera anak angkat ibarat mencabuli amanah yang dipertanggungjawabkan

by Nurul Fatiha MuahAugust 12, 2022
mualaf atau dibesarkan Islam, kita semua perlu tegakkan agama ALLAH
Isu,

Mualaf atau dibesarkan Islam, kita semua perlu menegakkan agama ALLAH

by Sarrah MohsinAugust 11, 2022
Untitled design (7)
Berita Semasa, Dalam Negara, Isu,

Ikhlas jaga agama, hindari bala ALLAH

by Muhd Azman Mohd NawiAugust 10, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.