Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

Suka tengok gusti, Ustaz Azhar Idrus jelaskan hukum melihat aurat ahli gusti

by Fatin Fatihah HussinJanuary 19, 2023
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB (74)
SETIAP ahli gusti mahu memiliki kelebihan atau kawalan ke atas lawannya semasa bertempur.

Suka tengok gusti, Ustaz Azhar Idrus jelaskan hukum melihat aurat ahli gusti

GUSTI merupakan sesuatu pergerakan yang melibatkan pertempuran fizikal antara dua orang, yang mana setiap ahli gusti mahu memiliki kelebihan atau kawalan ke atas lawannya semasa bertempur. Teknik fizikal yang merangkumi gaya gusti ialah memeluk, memegang, mengunci dan mengumpil.

Bagi kalangan peminat gusti pula, seringkali sukan ini menjadi perbahasan kerana ia melibatkan aurat pemain tersebut tidak kira sama ada lelaki atau perempuan.

Satu persoalan telah diutarakan kepada pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, adakah berdosa melihat aurat jika perempuan bermain gusti.

Agamawan tersebut menjelaskan, jika yang melihat itu adalah perempuan maka hukumnya adalah haram. Perkara ini melibatkan aurat seorang perempuan itu dari pusat ke bawah lutut ke atas.

IKLAN
rambut terkeluar solat

AURAT wanita dengan wanita Muslim yang lain adalah “Baina Surah Wa Rukbah” antara pusat sampai ke lutut. Foto: Unsplash

“Dan haruslah ditutup. Walaupun dengan adik-beradik perempuan atau mak kandung bahkan kawan sekalipun maka ia adalah haram untk dilihat”

“Baina Surah Wa Rukbah” antara pusat sampai ke lutut. Jika perempuan yang melihat itu hukumnya adalah haram maka lelaki juga apatah lagi,” katanya.

BACA JUGA Tidak sesuai ditayangkan buat umat Islam – PU Syed kritik filem tempatan

Hukum Menonton Sukan Yang Mendedahkan Aurat?

Jabatan Mufti Wilayah melalui laman sesawang Irsyad Fatwa #247: Hukum Menonton Acara Sukan Yang Mendedahkan Aurat menyatakan sehingga kini menyatakan terdapat tiga hukum yang telah ditetapkan mengenai perkara ini. Antaranya:

1. Hukum menutup aurat ialah wajib secara nas dan ijmak.

IKLAN

2. Melihat kepada aurat secara sengaja tanpa keperluan ialah haram.

3. Hukum asal menonton sukan dan permainan ialah harus.

HUKUM asal menonton sukan dan permainan ialah harus.

Walaupun telah dihukumkan ketiga-tiga perkara tersebut, namun timbul pula persoalan: apakah hukum menonton acara sukan yang mendedahkan aurat seperti bola sepak, badminton dan hoki, di mana pemain-pemainnya tidak menutup aurat secara sempurna, tetapi tidaklah terlalu mendedahkan seperti acara gimnastik dan renang? Apakah ada kelonggaran padanya, selagi mana tujuan menontonnya ialah semata-mata untuk hiburan ringan dan bukan untuk tujuan syahwat?

IKLAN

Berdasarkan fatwa-fatwa yang diberikan para ulama mengenai persoalan di atas, Mufti Wilayah mendapati para ulama amnya terbahagi kepada tiga pendapat, iaitu yang mengharamkannya secara mutlak, mengharamkannya jika ada unsur maksiat dan yang mengharuskan dengan sedikit kelonggaran.

Mufti mentarjihkan pandangan yang menyatakan keharusan menonton sukan yang tidak menutup aurat, dengan syarat pakaian yang dipakai pemain-pemain masih lagi dalam batasan tatasusila dan kesopanan yang dapat diterima. Ini merangkumi sukan seperti bola sepak, hoki, badminton, ping-pong, silat, sepak takraw dan bola baling.

HARUS menonton sukan yang tidak menutup aurat, dengan syarat pakaian yang dipakai pemain-pemain masih lagi dalam batasan. 

“Adapun sukan-sukan seperti gimnastik, terjun dan renang, maka hukumnya haram kerana pakaian yang dikenakan adalah terlalu menjolok mata, ketat dan mendedahkan sebahagian besar bahagian badan.

“Alasan-alasan pentarjihan adalah seperti berikut, pertama menurut satu kaedah fiqh, kedua suatu hukum itu ditinjau dari sudut keumumannya, ketiga memudahkan urusan manusia, keempat memberi keluasan dalam perkara yang sempit dan kelima meraikan hajat setakat keperluan.

BACA JUGA Finland edar Tudung Sukan Percuma bagi wujud Kepelbagaian dalam Bola Sepak Wanita

“Meskipun menonton acara sukan yang tidak menutup aurat (namun masih sopan) adalah diharuskan seperti bola sepak dan badminton, namun sikap bersederhana wajib diamalkan. Segala perkara yang halal akan berubah menjadi haram apabila adanya elemen berlebihan dan melampau, hatta dalam ibadat sekalipun,” jelas Mufti dalam artikel berkenaan.

IKLAN
Previous

Bolehkah guna wang bantuan pihak sekolah untuk beli telefon?

January 19, 2023
Next

Ingin hafal Quran dan hati tenang, ikuti prosedur ini

January 19, 2023

Related posts

semut
Isu,

‘Jadilah seperti semut, tahu menjaga bangsa sendiri’ – Habib Ali Zaenal Abidin

by Sarrah MohsinJanuary 30, 2023
Bekerja
Isu,

Bukan semata-mata dapatkan gaji, ketahui konsep sebenar bekerja dalam Islam

by Nurulfatiha MuahJanuary 27, 2023
Amanah
Isu,

Abaikan amanah dilabel munafik dan tidak sempurna iman

by Nurulfatiha MuahJanuary 27, 2023
perkahwinan poligami
Isu,

Manisnya perkahwinan poligami jika dilakukan dengan betul

by Sarrah MohsinJanuary 25, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.