Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian
Isu,

‘Siapa kalah kena belanja’, hati-hati kerana ia gurauan berunsur judi.

by Fatin Fatihah HussinJuly 4, 2022
4
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
pexels-javon-swaby-3279695
'SIAPA kalah kena belanja' walaupun sekadar ucapan namun hukumnya adalah judi kerana wujud elemen 'zero sum game'.

“SIAPA kalah main badminton ni, dia kena belanja,” itulah ucapan yang sering diungkapkan apabila melibatkan pertaruhan antara si A dan si B. Sebagai contoh, apabila si A kalah dalam perlawanan maka si B perlu belanjanya makan atau memberikan apa sahaja barangan yang diperlukan oleh si A, manakala jika si B pula menang, begitulah sebaliknya.

Ada sesetengah pihak memandang enteng akan perkara ini dan menggangapnya hanya untuk suka-suka sahaja, akan tetapi waspadalah dalam setiap tindak-tanduk yang dilakukan kerana agama melarang perbuatan sebegini.

Menerusi perkongsian di halaman Facebook oleh Professor Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Penasihat Syariah akan hukum ‘siapa kalah kena belanja’.

Ujar beliau, hukumnya adalah judi kerana wujud elemen ‘zero sum game’. Walaupun penyertaan kelihatan tiada yuran tapi hakikatnya ia beryuran kerana kedua-dua pihak berpotensi dibebani dengan kos makanan yang tidak pula diketahui jumlahnya.

JIKA hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia adalah pendapat mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali.

IKLAN

Baca juga Mesin ‘claw’ didik amalan judi dalam kalangan kanak-kanak

Hal seperti ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi, hingga ia dicatatkan contoh sepertinya oleh ulama silam dengan kata-kata.

“Tidak harus (haram) kerana terdapat dalamnya erti atau unsur judi seumpama seorang berkata kepada rakannya: Sekiranya engkau tewaskan aku maka bagiku hadiah itu dariku, dan jika aku menewaskanmu, mestilah engkau memberinya kepadaku, lalu kedua-duanya bersetuju”(Badai as-Sonaie; al-Kasani)

Ia adalah judi walaupun ada unsur usaha dari kedua belah pihak dan bukan permainan nasib semata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk membayar sewa gelanggang, hanya yang kalah akan terkena. Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak reda meredainya dan tiada reda dalam perihal haram.

Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia adalah pendapat mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali.

Penjelasan ini melalui contoh yang dikongsi oleh Ustaz Azhar Idrus, pendakwah terkenal “sesiapa yang berada di Kuala Lumpur jika boleh kalahkan saya bermain badminton maka saya akan bagi ganjaran sebanyak RM1,000 tetapi jika dia yang kalah maka tida apa-apa manfaat bagi saya. Hanya untuk berukhwah dalam permainan.

IKLAN

Maka hukumnya adalah harus dan dibolehkan oleh ulama.

PERJUDIAN dianggap sebagai amalan yang buruk kerana ia merupakan satu bentuk pengagihan harta yang tidak adil.

PENGERTIAN JUDI

IKLAN

Judi ialah permainan yang melibatkan pertaruhan harta ataupun penaruhan ‘nilai’. Dalam perjudian, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang. Biasanya ia menghabiskan tempoh masa yang singkat untuk mendapatkan hasil keputusan sama ada menang atau kalah.

Baca juga Perkahwinan bukan perjudian

Terdapat banyak jenis permainan yang boleh dianggap sebagai perjudian.

Contohnya:
• Nombor ekor
• Sabung ayam , laga lembu
• Judi bola

Perjudian dianggap sebagai amalan yang buruk kerana ia merupakan satu bentuk pengagihan harta yang tidak adil. Dalam perjudian, pihak yang menang akan mendapat harta tanpa melakukan apa-apa yang produktif. Lebih-lebih lagi kemenangan dalam perjudian biasanya bergantung kepada nasib.

Pada zaman jahiliah, masyarakat Arab sangat gemar bermain judi, atau disebut mereka sebagai al-Maisir (الميسر). Pada masa itu, mereka tahu dua bentuk judi, iaitu al-mukhatarah dan al-tajzi’ah. Para ulama bersepakat bahawa judi adalah haram dalam hukum Islam.

Maka jelas sekali berdasarkan pandangan dan pendapat di atas hukum perbuatan ‘siapa kalah kena belanja’ itu adalah judi yang diharamkan.

IKLAN
Previous

Menonton wayang di pawagam, syarat dan garis panduan yang diharuskan.

July 4, 2022
Next

Jauhi 11 larangan ini pada Zulhijah

July 5, 2022

Related posts

pexels-anna-shvets-4769123
Isu,

Jangan sesekali ubah ciptaan ALLAH, sedarlah sebelum terlambat

by Fatin Fatihah HussinAugust 18, 2022
pexels-mikhail-nilov-7929428
Isu,

Buli dan gengsterisme perilaku yang dibenci Islam

by Fatin Fatihah HussinAugust 17, 2022
Trauma penderaan
Isu,

Trauma penderaan wujudkan personaliti pemangsa

by Nurul Fatiha MuahAugust 12, 2022
Dera anak angkat
Isu,

Dera anak angkat ibarat mencabuli amanah yang dipertanggungjawabkan

by Nurul Fatiha MuahAugust 12, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.