Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian
Isu,

Sedekah Benteng Diri Daripada Api Neraka

by Nurul Fatiha MuahMay 6, 2021
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Tiada masa beribadah
BERSEDEKAH sangat dituntut dalam agama Islam yang boleh menghindari sifat tamak dan lokek dalam diri.

BERADA di penghujung Ramadan membuatkan ramai yang berlumba-lumba untuk melakukan sebanyak mungkin amal kebajikan. Antara amalan sering kali menjadi pilihan adalah bersedekah.

Tidak kira sekecil mana jumlahnya, ia tetap bernilai besar di sisi ALLAH SWT. Apatah lagi, amalan mulia itu dilakukan semata-mata kerana-NYA.

Ketahuilah bahawa amalan bersedekah sebenarnya boleh menyebabkan pelakunya terhindar daripada api neraka, jelas pendakwah Ahmad Dusuki Abd Rani.

Jelas beliau, Rasulullah SAW pernah bermimpi menyaksikan salah seorang umatnya berusaha menahan kemaraan panas api neraka pada wajahnya.

Sabda Rasulullah SAW: “Dan aku melihat seorang lelaki daripada umatku ketakutan melihat jilatan api neraka. Ia mengusir (jilatan tersebut) daripada wajahnya dengan menggunakan tangannya. Kemudian datanglah amalan sedekah lelaki tersebut. Amalan itu pun menghalangi dan melindungi wajah serta kepalanya (daripada jilatan api neraka).” (Tafsir Ibnu Katsir)

Melihat ungkapan tersebut, ujar Ahmad Dusuki, jelaslah bahawa kita sangat dituntut untuk melakukan amalan yang satu itu selagi hidup di atas muka bumi milik ALLAH SWT.

Sedekah

SELAIN wang ringgit, kita juga digalakkan untuk bersedekah dalam bentuk makanan.

IKLAN

“Jangan malas bersedekah dan jangan hanya tunggu bulan Ramadan sahaja untuk berbuat demikian. Ya, memang sedekah pada bulan Ramadan, pahalanya berganda.

“Namun, bersedekahlah juga pada bulan-bulan yang lain. Ia sebenarnya hendak menyuruh kita supaya sentiasa bersemangat untuk bersedekah.

“Apabila kita bersedekah, janganlah kita fikir bahawa kita sebenarnya sedang memberikan (manfaat) kepada orang lain, tetapi hakikanya kita sebenarnya sedang memberi (manfaat) kepada diri kita sendiri,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video bertajuk Bersedekah Penghalang Api Neraka di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Menyambung hujahnya, memang benar sedekah yang dilakukan tadi sebenarnya akan memberikan manfaat kepada kita semula dalam bentuk ganjaran.

“Bayangkan di dalam kubur kelak, kita akan terlepas daripada bahang api yang datang menyambar. Amalan sedekah yang kita lakukan selama ini akan datang kepada kita dan membentengi diri daripada terkena api yang menyambar,” jelasnya.

Kepada siapa kita perlu bersedekah? Menjawab persoalan itu, Ahmad Dusuki kemudian memetik kalam ALLAH SWT bagi memberikan penjelasan lanjut.

ALLAH SWT berfirman: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah?)”

“Katakanlah: Apa juga harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah) apa juga yang kamu buat daripada kebaikan, maka sesungguhnya ALLAH sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).” (Surah al-Baqarah, ayat 215)

Sedekah

ANDAI tidak mampu bersedekah dengan wang atau harta benda, gunakanlah tenaga yang ada pada diri kita untuk membantu orang lain.

Sementara itu, memetik artikel bertajuk Dahsyatnya Sedekah di Bulan Ramadan yang disiarkan menerusi portal rasmi Jabatan Mufti Negeri Kedah, amalan bersedekah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam bulan Ramadan sebenarnya memberikan lebih semangat kepada umat baginda untuk melakukan perkara sama.

Baca juga Komuniti Islam New York Bantu Imigran Sambut Ramadan Lebih Sempurna

Ini kerana katanya, bersedekah pada bulan mulia itu lebih dahsyat berbanding dilakukan pada bulan-bulan lain.

Antara keutamaan bersedekah dalam bulan Ramadan termasuklah:

IKLAN

1. Puasa digabungkan dengan sedekah dan solat malam sama dengan jaminan syurga.

Berpuasa pada bulan Ramadan ialah ibadah yang agung. Bahkan, pahala puasa tidak terbatas gandaan ganjarannya sebagaimana dikhabarkan dalam sebuah hadis qudsi.

Rasulullah SAW bersabda: “Setiap amal manusia akan diganjar kebaikan semisalnya sampai 700 kali lipat. ALLAH SWT berfirman: ‘Kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-KU dan AKU yang akan membalasnya’.” (Riwayat Muslim)

Solat malam pula merupakan ibadah yang agung. Maka, sesiapa yang mendirikannya pada bukan Ramadan, ia akan menjadi penghapus dosa-dosanya yang telah lalu.

Maka, ketiga-tiga amalan itu iaitu berpuasa, solat malam dan bersedekah pada bulan Ramadan, maka balasannya adalah jaminan syurga.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di syurga terdapat ruangan-ruangan yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar. ALLAH menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan solat di kala kebanyakan manusia tidur.” (Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Hibban)

IKLAN
Sedekah

WALAU sekecil mana pun jumlah yang disedekahkan, namun ia tetap dinilai besar di sisi ALLAH SWT asalkan ikhlas kerana-NYA.

2. Mendapatkan tambahan pahala puasa daripada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (Riwayat at-Tirmizi)

3. Bersedekah pada bulan Ramadan lebih dipermudahkan.

Masakan tidak, pada bulan mulia inilah kita dipermudahkan untuk berbuat amalan kebaikan termasuk bersedekah. Ini kerana syaitan yang sentiasa mengajak manusia meninggalkan kebaikan sudah dibelenggu.

Rasulullah SAW bersabda: “Jika datang bulan Ramadan, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Baik bulan Ramadan mahupun bukan bulan mulia berkenaan, kita sangat dituntut untuk bersedekah. Ia tidak semestinya dilakukan dengan memberikan wang atau harta benda semata-mata.

Andai tidak mampu, boleh sahaja kita bersedekah dengan ungkapan yang baik, doa, senyuman dan tenaga yang kita ada. Semoga amalan kecil kita itu akan memberatkan timbangan amal di akhirat kelak.

Foto: Freepik

IKLAN
benteng diri daripada api nerakaSedekahsinarislamplus
Previous

Komuniti Islam New York Bantu Imigran Sambut Ramadan Lebih Sempurna

May 6, 2021
Next

Usah Bermewah-mewah, Melaram Dan Berlebih-lebihan Ketika Sambut Aidilfitri

May 7, 2021

Related posts

pexels-anna-shvets-4769123
Isu,

Jangan sesekali ubah ciptaan ALLAH, sedarlah sebelum terlambat

by Fatin Fatihah HussinAugust 18, 2022
pexels-mikhail-nilov-7929428
Isu,

Buli dan gengsterisme perilaku yang dibenci Islam

by Fatin Fatihah HussinAugust 17, 2022
Trauma penderaan
Isu,

Trauma penderaan wujudkan personaliti pemangsa

by Nurul Fatiha MuahAugust 12, 2022
Dera anak angkat
Isu,

Dera anak angkat ibarat mencabuli amanah yang dipertanggungjawabkan

by Nurul Fatiha MuahAugust 12, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.