Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Isu,

Pelihara harta anak yatim yang diamanahkan dengan sebaiknya

by Nurul Fatiha MuahMarch 25, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Harta anak yatim
SEBAGAI pemegang amanah, jaga dan pelihara harta anak yatim dengan sebaiknya.

MENJADI tanggungjawab mutawalli atau pemegang amanah untuk menjaga harta anak yatim apabila kehilangan kedua-dua orang tua masing-masing.

Begitupun, andai si bapa tidak sempat meninggalkan wasiat, pendakwah Mustafar Mohd Suki menjelaskan, tanggungjawab berkenaan jatuh kepada datuk di sebelah bapa.

MUSTAFAR

Andai datuk pun sudah tiada, maka ia akan berpindah kepada kaum kerabat seperti bapa saudara dan selainnya, terangnya.

IKLAN

Baca juga Bahagiakan anak yatim, ALLAH janjikan imbalan bukan calang-calang kepada penjaganya

Dalam hal pengurusan harta anak yatim, Mustafar kemudian merujuk ayat 220, Surah al-Baqarah yang mana ALLAH SWT berfirman: “…Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang anak-anak yatim. Katakanlah, “Memperbaiki keadaan mereka adalah baik!…”

Melihat kepada nas tersebut, pendakwah itu menjelaskan supaya insan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara anak yatim itu perlulah menjaganya secara elok.

“Ia termasuklah dari segi akhlak, pengurusan harta, pembiayaan, urusan persekolahan, makan dan minum,” katanya.

Kepada satu soalan, Mustafar yang juga Pengasas Tadbir Insan Training & Consultancy menjawab: “Jika anak yatim menerima sumbangan orang ramai, pastikan wang tersebut turut dipantau oleh saudara-mara lain dari segi perbelanjaan yang digunakan oleh penjaganya. Itu cara terbaik supaya tiada isu pada kemudian hari.

IKLAN

“Seperkara lagi, untuk mengelakkan harta anak yatim itu daripada habis, Nabi Muhammad SAW memberi panduan dalam sebuah hadis baginda supaya kita mengembangkan harta mereka agar tidak ‘dimakan’ oleh zakat.

“Maksud kembangkan di sini adalah dengan membuat pelaburan atau menyimpan di tempat yang berisiko rendah seperti dalam akaun Tabung Haji atau institusi perbankan patuh syariah. Haram hukumnya jika kita meletakkan pada tempat yang berisiko tinggi seperti bermain saham dan seumpamanya.”

Bolehkah wakil penjaga itu menggunakan sedikit harta anak yatim untuk menyara keperluan hidup mereka?

Harta anak yatim

JANGAN sesekali memakan harta anak yatim.

Menjawab persoalan tersebut, pendakwah itu menjelaskan, secara asasnya, mutawalli perlu menahan dirinya, tidak memakan harta anak yatim atau mencari helah menggunakan aset yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

IKLAN

Baca juga Nafkah anak yatim bukan tanggungjawab utama ibu, tapi…

Jika pemegang amanah itu fakir dan tidak berkemampuan, katanya, individu tersebut boleh menggunakan duit anak yatim tadi untuk membeli makanan anak jagannya itu bersekali dengan dirinya.

“Perlu difahami maksud tidak mampu dan fakir di sini bukanlah bermaksud orang itu malas bekerja, tetapi mutawalli berkenaan benar-benar miskin. Maka, diharuskan mereka menggunakan harta anak yatim tersebut menurut makruf iaitu kadar yang sepatutnya sahaja, bukan makan lebih.

“Begitupun, berdasarkan perbahasan para ulama, harta yang digunakan oleh mutawalli tadi dikira sebagai pinjaman. Ini bermaksud, jika mereka berkemampuan pada masa akan datang, maka jumlah yang digunakan tadi perlu dibayar semula,” terangnya.

Foto: Freepik

IKLAN
Harta anak yatimpengurusan harta anak yatimsinarislamplussumbangan
Previous

Bahagiakan anak yatim, ALLAH janjikan imbalan bukan calang-calang kepada penjaganya

March 25, 2022
Next

Perkasakan peranan ibu bapa, usah biarkan gajet kuasai anak-anak

March 25, 2022

Related posts

Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (36)
Isu,

Kaitan solat dan pengurusan masa, ini penjelasannya

by Nurizan Abu KassanJuly 1, 2022
Hina Rasulullah
Isu,

Zahirkan kebenaran Islam dari pelbagai dimensi, solusi ampuh tangani isu hina Rasulullah SAW dan agama

by Nurul Fatiha MuahJuly 1, 2022
an (6)
Isu,

10 awal Zulhijjah, hari yang lebih baik daripada jihad

by Fatin Fatihah HussinJune 30, 2022
Meninggal dunia
Isu,

Jangan menghina orang yang sudah meninggal dunia

by Nurul Fatiha MuahJune 30, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.