Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Isu,

Pahala besar menanti jaga adik-beradik yang OKU, jangan biarkan mereka hidup dalam penganiayaan…

by Nurul Fatiha MuahDecember 26, 2020
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
oku

KITARAN hidup setiap manusia sememangnya tidak sama. Ada yang hidup dilimpahi kemewahan dan segelintirnya pula hidup dalam serba kekurangan.

Meskipun demikian, kedua-duanya tetap dipanggil ujian kerana manusia pasti akan diuji ketika dirinya masih bernafas di muka bumi milik ALLAH SWT.

Sementelah, ujian pula datang dalam pelbagai bentuk. Ada orang ditimpa dugaan ahli keluarga yang sakit atau tidak sempurna sifatnya. Pendek kata, dalam kategori orang kurang upaya (OKU). Maka, menjadi tanggungjawab ibu bapa dan adik-beradik untuk menjaganya.

Namun begitu, apabila masing-masing sudah menginjak dewasa dan mempunyai kehidupan serta keluarga sendiri, sudah tentu komitmen masing-masing telah berubah.

IKLAN

Apatah lagi jika anak perempuan. Mereka perlu memberi tumpuan penuh kepada suami dan keluarga.

Apabila ibu bapa yang sudah uzur itu dijemput ILAHI buat selama-lamanya, maka hilangnya tempat bergantung anak OKU tadi atau anak yang sakit tadi.

Pastinya adik-beradiklah yang akan menggalas tanggungjawab berkenaan kerana mereka individu yang paling dekat dengannya.

Persoalannya, siapakah yang perlu menjaga adik-beradik OKU tersebut? Antara adik-beradik lelaki dan wanita, siapa yang lebih utama mengambil tanggungjawab berkenaan?

Menjawab persoalan itu, pendakwah Ustaz Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Syed menjelaskan, isu penjagaan waris yang sakit atau kurang upaya adalah terletak kepada walinya.

IKLAN

Jelasnya, wali berkenaan adalah dalam kalangan adik-beradiknya kerana mereka lebih rapat disebabkan datang daripada darah daging yang sama.

“Dari segi keutamaan pula, sudah pasti adik-beradik lelaki yang paling utama untuk memikul tanggungjawab berkenaan.

“Ini kerana mereka disebut sebagai wali ‘pelindung’ dalam keluarga kecualilah andai mereka juga susah dan tidak berupaya untuk menjaga warisnya itu.

“Begitupun, tidak dinafikan ramai orang yang banyak memberikan alasan itu dan ini untuk menjaga waris berkenaan bagi melepaskan ‘tengkuk’ masing-masing,” katanya sebagaimana dipetik menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.

Adik-beradik OKUMenyambung hujah, ujar PU Syed, waris berkenaan boleh sahaja diserahkan kepada adik-beradik perempuan. Namun begitu, ada beberapa kekangan yang bakal berlaku lebih-lebih lagi apabila mereka sudah berumah tangga.

Wanita itu perlu mendapatkan keizinan daripada suaminya dan tanggungjawab mereka dalam keluarganya juga besar, terang beliau.

“Maka masing-masing kena mainkan peranan yang baik. Mungkin boleh menjaga waris secara bergilir-gilir atau saling membantu dalam hal menjaga ahli syurga itu,” katanya.

IKLAN

Andai kata masing-masing mempunyai kekangan untuk memikul tanggungjawab berkenan, PU Syed mencadangkan, adik-beradik tadi wajib berpakat untuk mengupah seseorang atau mana-mana pihak untuk menjaga saudaranya itu.

“Jangan biarkan saudaranya yang OKU itu hidup dengan penuh penganiayaan.

“Jangan zalimi saudaranya dengan tidak menjaganya dengan baik. Serahlah kepada pihak yang mampu menjaganya jika kita rasa kita tak mampu untuk menjaga hak-hak saudaranya itu.

Adik-beradik OKU“Ingatlah satu kata-kata keramat ini. Apa yang anda beri, anda akan dapatkan balik,” tegasnya.

Justeru, jangan sesekali lari daripada tanggungjawab yang diamanahkan. Kelak, kita bakal ditanya oleh ALLAH SWT di akhirat kelak.

Sumber: Instagram _pusyed

Foto: Freepik

IKLAN
Adik-beradik OKUberita-semasasinarislamplus
Previous

Salah ke sukar lupakan kesalahan orang lain pada kita? Ketahui cara untuk atasi rasa itu

December 25, 2020
Next

Begitu besarnya pahala mendidik anak-anak. Ibu bapa jangan mudah mengeluh, jaga amanah ALLAH dengan sebaiknya

December 27, 2020

Related posts

pexels-tima-miroshnichenko-7991579
Isu,

Menonton wayang di pawagam, syarat dan garis panduan yang diharuskan.

by Fatin Fatihah HussinJuly 4, 2022
cinta negara
Isu,

Kita perlu cinta dan pertahankan negara seperti Nabi SAW

by Sarrah MohsinJuly 4, 2022
wuduk penyeri wajah
Isu,

Naikkan seri wajah dengan air wuduk, benarkah begitu?

by Sarrah MohsinJuly 3, 2022
sutrah
Isu,

Sutrah, penghadang daripada orang ramai ketika solat

by Sarrah MohsinJuly 2, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.