Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

Normalisasikan amalan bermaaf-maafan sebelum bulan Ramadan, banyak hikmah di sebaliknya

by Nurulfatiha MuahMarch 10, 2023
3
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Bermaaf-maafan
AMALAN bermaaf-maafan bukan sahaja memenuhi syariat dalam soal dosa dan pahala, namun ia merentasi kekuatan umat itu sendiri. -Foto: 123rf/ Gambar kecil: USTAZ AHMAD SHAH JAMLUS

Normalisasikan amalan bermaaf-maafan sebelum bulan Ramadan, banyak hikmah di sebaliknya

LEBIH kurang 2 hari sahaja lagi Ramadan akan tiba. Kita terus merafakkan doa kepada ALLAH SWT agar dapat meraih pahala sebanyak-banyaknya dan dikurniakan kekuatan untuk melakukan amal kebaikan sepanjang hayat. Sesungguhnya nikmat dan fadilat Ramadan sentiasa menjadi impian seorang abid dalam sepanjang kehidupannya di dunia ini.

Ramadan, kehadirannya diraikan dan disambut hebat, pemergiannya pula ditangisi dan dirindui agar bertandang lagi dalam keadaan dipanjangkan umur dan diberkati.

Mungkin secara peribadi kita sudah bersedia dengan pembelian buku-buku agama, telekung, sejadah, kopiah dan jubah baharu, membeli dan mengedar buah kurma dan sebagainya. Begitu juga sudah membayangkan dapat menghidupkan malam dengan solat tarawih dan bertadarus al-Quran.

Baca juga Ramadan ‘Pesta’ Lakukan Ibadah, Menyulam Kesabaran, Berjihad Melawan Nafsu

Benar, tidak dinafikan soal meningkatkan ibadah peribadi tersebut dan ia sudah terangkum dalam persediaan Ramadan dengan melakukan taubat nasuha kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh melalui solat taubat, mengembalikan hati, mengenang, menyebut dan mengingati-NYA.

Mohon ampunan sebelum terlewat

Bermaaf-maafan

NORMALISASIKAN amalan bermaaf-maafan sebelum zon ibadah pada bulan Ramadan. -Foto: 123rf

IKLAN

Hakikatnya, sesuatu yang sangat penting dan sering diabaikan sebelum tibanya Ramadan adalah sikap memulihara hubungan baik sesama manusia.

Masyarakat kita lebih mengutamakan untuk bermaaf-maafan pada hari raya, khususnya Aidilfitri. Alangkah baiknya mulai tahun ini kita menormalisasikan amalan bermaaf-maafan sebelum memasuki zon ibadah pada Ramadan nanti. Sekurang-kurangnya kita sudah terlepas daripada soal dosa sesama manusia.

Betapa bersihnya hati nurani andainya setiap Muslimin berusaha menghidupkan budaya bermaaf-maafan sebelum memulakan ibadah puasa.

Baca juga Ucapan maaf zahir dan batin bukan budaya bulan Syawal, tetapi ia adalah tuntutan Islam. Masih ramai salah faham tentang perkara ini

Barangkali kita terlalai bahawa dalam mensucikan hati, ia tidak hanya tertumpu kepada soal keampunan ALLAH terhadap dosa khusus secara peribadi, tetapi kita alpa terhadap dosa sesama manusia.

Berbicara tentang hubungan dengan alam, kita akan mencerap anak bulan yang membawa diri memandang ke langit.

Begitulah yang kita lalui setiap tahun dalam zikra atau memperingati peristiwa agung Israk dan Mikraj. Semua itu membawa kita mengamalkan sunnah Rasulullah SAW iaitu memandang dan menghayati kejadian alam ciptaan ALLAH SWT sehingga dapat kita kenang kebesaran-NYA dalam mencipta dan menjadikan semua makhluk.

Meskipun selesai soal taubat atas dosa peribadi, namun tidak sempurna persediaan menghadapi Ramadan andai tidak saling bermaaf-maafan sesama kita.

Masakan tidak, manusia ialah makhluk bermasyarakat dan berkeluarga. Malah, insan paling hampir dengan kita dalam keadaan diri sebagai manusia biasa adalah kedua-dua ibu bapa.

Baca juga Memuliakan ibu, akhlak sebenar Islam

Justeru, perilaku mengenang jasa dan menyedari hakikat berbuat baik terhadap ibu bapa itu adalah amalan yang dititikberatkan dalam al-Quran, selepas beribadah kepada ALLAH dan tidak menyekutukan-NYA.

Santuni tetangga

IKLAN
Bermaaf-maafan

MENGHORMATI dan menyantuni jiran tetangga juga antara sesuatu yang diingatkan Rasulullah SAW kepada kita sehingga ia menjadi pelengkap iman. -Foto: 123rf

Dalam hubungan baik dengan kedua-dua ibu bapa itu, sudah pasti akan ada cacat celanya dengan pelbagai karenah kita. Maka, sebelum menjengah Ramadan, inilah momen yang paling perlu untuk kita memohon kemaafan mereka.

Selain itu, amalan menghormati dan berbuat baik terhadap kaum kerabat atau saudara-mara juga perlu dinilai kembali. Apakah kita sudah ‘menghulurkan tangan‘ memohon kemaafan dan memberi maaf terhadap mereka?

Bukan itu sahaja, menghormati dan menyantuni jiran tetangga juga antara sesuatu yang diingatkan Rasulullah SAW kepada kita sehingga ia menjadi pelengkap iman.

Kita mengharapkan Ramadan kali ini dapat diakhiri dengan suatu keadaan yang mana kita menunai dan mendirikannya dengan keimanan dan keikhlasan.

Mungkin cita-cita dan hajat itu amat sukar dicapai sekiranya kita mengabaikan soal hubungan baik sesama jiran tetangga.

Begitulah juga halnya dengan sahabat handai dan taulan, barangkali masih ada tersisa kesilapan dan kesalahan sesama kita yang mengguris hati dan sebagainya. Saat inilah, dengan masa yang ada, usah kita persiakan.

Baca juga Jangan pinggirkan prinsip hidup berjiran… Berdosa jika kita tak sambung silaturahim dengan tetangga

IKLAN

Andai tidak bersua mata, komunikasi sesama kita pada hari ini sudah semakin canggih. Jadi semarakkan medium tersebut dan semua platform media sosial agar dimanfaatkan dengan saling bermaafan supaya Ramadan kita benar-benar kuat.

Semua itu untuk kita persembahkan kepada YANG MAHA PENCIPTA.

Ke mana pun kita, tetap terkait dengan Islam

Kepada mereka yang telah kehilangan insan tersayang, titipkanlah doa buat arwah-arwah yang sudah pergi menemui Sang Pencipta. Moga hubungan kita tidak terputus dan dengan harapan dapat saling bermaafan dan saling diampuni ALLAH jua.

Bermaaf-maafan

MEMINTA maaf dan memaafkan antara satu sama lain merentasi kekuatan umat itu sendiri. -Foto: 123rf

Begitulah indahnya Islam dan syariatnya mendidik kita sepanjang hayat dan alam yang kita tempuh. Keampuhan dan kekuatan kita tidak hanya terukur dengan kekuatan jasmani, namun ia juga sangat terkait dengan keteguhan rohani.

Ketahuilah, amalan bermaafan bukan sahaja memenuhi syariat dalam soal dosa dan pahala, namun ia merentasi kekuatan umat itu sendiri. Perihal dosa dan pahala itu bukan sahaja menjadi manifestasi perintah ALLAH dengan reward and punishment atau ganjaran dan hukuman. Namun, melalui perkara itu, ia membawa hikmah yang cukup besar kepada umat ini.

Sesuatu syariat itu punya pelbagai dimensi kebaikan sama ada untuk diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat. Malah, ia punyai ilmu yang sangat luas, termasuk soal strategik dalam menyatukan umat.

Marilah kita saling bermaaf-maafan, ia akan menjadikan umat ini kuat. Wallahu a‘lam.

***Artikel ditulis oleh pendakwah bebas, Ahmad Shah Jamlus

IKLAN
Bermaaf-maafanbermaaf-maafan sebelum bulan Ramadansinarislamplus
Previous

[Video] Hukum suka menangguh-nangguhkan dan solat pada hujung waktu?

March 10, 2023
Next

Suami isteri bergurau pasal cerai? Awasi 3 perkara ini tak boleh ‘buat main’ dalam rumah tangga

March 10, 2023

Related posts

Taat pada ibu
Isu,

Antara taat pada ibu dan nafkah untuk isteri, jangan sampai suami jadi anak derhaka

by Nurulfatiha MuahMarch 13, 2023
Muslimah
Isu,

Kenali dua wirawati Muslimah zaman Rasulullah, rela bermandi darah demi Daulah Islamiyah

by Sarrah MohsinMarch 8, 2023
Jenis wanita
Isu,

Lima jenis wanita yang disebut dalam al-Quran, jauhi nombor 3, 4 dan 5

by Nurulfatiha MuahMarch 8, 2023
Cerai melalui WhatsApp
Isu,

Cerai melalui WhatsApp atau telefon, ini cara sebenar untuk sahkan lafaz talak

by Nurulfatiha MuahMarch 7, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.