Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

Menyalahkan hujan atau kejadian alam yang berlaku ibarat menolak Sunnatullah Sang Pencipta

by Fatin Fatihah HussinDecember 19, 2022
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untittled Image (43)
MENYALAHKAN alam di atas segala musibah dan bencana yang berlaku bukanlah amalan seorang Muslim yang beriman kerana ia ibarat menolak Sunnatullah Sang Pencipta. FOTO : CANVA

Menyalahkan hujan atau kejadian alam yang berlaku ibarat menolak Sunnatullah Sang Pencipta.

PERTENGAHAN minggu lalu Malaysia dikejutkan dengan insiden menyayat hati yang telah meragut banyak nyawa.

Tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor itu ibarat bencana alam terbesar yang berlaku tatkala kita sedang menuju penutup tahun 2022. Sehingga berita ini ditulis (19 Disember 2022), usaha mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang belum ditemukan dalam tragedi di tapak perkhemahan tersebut diteruskan pada 9 pagi tadi.

Tatkala isu runtuhan tanah belum lagi reda, negara diuji lagi dengan keadaan cuaca yang semakin memburuk. Dilaporkan beberapa buah negeri di Malaysia kini telah dilanda banjir

Namun, siapalah kita hendak menyoal setiap takdir yang disusun oleh-NYA. Sebagai umat Islam seharusnya mempercayai setiap musibah yang hadir ini sebagai peringatan dan ujian kepada kita sebagai hamba-NYA.

IKLAN

Menyalahkan alam di atas segala musibah dan bencana yang berlaku bukanlah amalan seorang Muslim yang beriman kerana ia ibarat menolak Sunnatullah Sang Pencipta.

KRONOLOGI Insiden mangsa tanah runtuh Batang Kali setakat 19 Disember – GAMBAR HIASAN/FOTO: BERNAMA

Seorang pengguna Facebook, Asri Musa berkata, menyalahkan hujan atau kejadian alam yang lain sebagai punca masalah dilarang sama sekali kerana ia seperti menolak sunnatullah Sang Pencipta yang maha bijaksana.

“Penyebab kerosakan alam adalah tangan-tangan manusia itu sendiri,

“Hutan ditarah hingga botak, sungai-sungai berliku diluruskan, bukit diratakan, paya ditimbus atas nama kemajuan dan pembangunan yang dilaksana tanpa mengira kelestarian alam.

“Firman ALLAH SWT di dalam surah al-Rum ayat 41 “Telah terlihat kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia, ALLAH mahu mereka merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”.

IKLAN

Sebagai umat Islam khusunya kita dituntut untuk memanjatkan doa kepada ALLAH SWT memohon agar hujan tidak merosakkan alam ini:

اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا,اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجر

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: “Ya ALLAH, turunkan lah hujan di sekitar kami, bukan yang untuk merosak kami, Ya ALLAH, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, sebagian anak bukit, perut lembah, dan beberapa tanah yang menumbuhkan pepohonan” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Banjir

FENOMENA yang berlaku kepada alam ini disebut sebagai ‘sunnatullah’, kerana itu berlaku pertukaran musim, siang dan malam silih berganti, pasang surut laut dan seumpamanya,-GAMBAR HIASAN/ FOTO: BERNAMA

IKLAN

Ujar Asri lagi yang merupakan seorang guru dari SMK Jengka Pahang, soal makbul kembali kepada ALLAH SWT. “Jika DIA bekehendak apa sahaja boleh berlaku, kita hanya mampu mengharap dan berserah di sebalik dataran tinggi, anak bukit, perut lembah kini banyak yang dirosakkan,” jelas beliau lagi.

Baca juga Doa-doa khusus di musim banjir, hindari cemas dan putus asa

Fenomena alam

Fenomena pertukaran musim, siang dan malam silih berganti, pasang surut laut dan seumpamanya disebut Sunnatullah. Semuanya terjadi kerana sistem alam itu sendiri telah ditentukan-NYA.

“Melalui pengalaman hidup dan ilmu, manusia dapat meramal secara umum apa yang akan terjadi seperti cuaca dan musim, hujan lebat melanda negara pada masa sekarang memang sudah dijangka, hanya tidak disangka keadaannya sangat buruk.

“Surah As-Syura ayat 28 turut menyatakan hujan sebagai rahmat. Firman ALLAH, ‘Dan DIA-lah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan DIA pula menyebarkan rahmat-NYA merata-rata. Dan (ingatlah) bahawa DIA-lah pengawal (yang melimpahkan ihsan-NYA), lagi Yang Maha Terpuji,” hurai Asri lagi.

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

Doa-doa khusus di musim banjir, hindari cemas dan putus asa

December 19, 2022
Next

Semak semula kisah Hindun makan hati Hamzah RA, popular tetapi tidak sahih

December 19, 2022

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (71)
Isu,

Adakah pengurus masjid perlu mengganti duit masjid yang dicuri?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
ambil hutang
Isu,

Kawan liat bayar hutang, bolehkah ambil wangnya secara senyap-senyap?

by Sarrah MohsinJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (58)
Isu,

Jauhkan diri daripada pengampu

by Fatin Fatihah HussinJanuary 17, 2023
Layanan 'tip-top'
Isu,

Kepada para suami, teladani layanan ‘tip-top’ Rasulullah SAW terhadap isteri-isteri baginda

by Nurulfatiha MuahJanuary 16, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.