Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Isu,

Memaki bukan adab yang dianjurkan oleh Islam

by Fatin Fatihah HussinJune 14, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untitled design (33)
MAKI atau mengeluarkan kata-kata yang kesat untuk menyakitkan hati seseorang bukanlah adab yang diajarkan dalam Islam.

ISLAM amat menggalakkan perniagaan supaya dapat memakmurkan dunia dan menjana kekuatan ekonomi ummah. Namun ada etika dan adab yang harus dipatuhi dalam menjalankan perniagaan dan memaki bukanlah adab yang diajarkan oleh Islam.

“Ini kedai saya, saya punya pasal la nak jual ke tak”. Itulah ungkapan dari seorang peniaga yang memaki hamun pelanggan ketika datang ke kedainya untuk menjamu selera.

Luah si pelanggan pula, “sebelum ini, saya amat gemar datang ke restoran tersebut dan kali ini saya membawa keluarga datang untuk menikmati hidangan namun pada kali ini agak mengejutkan dengan layanan yang diberi”.

Tular baru-baru ini video yang dimuat naik oleh seorang wanita apabila dia dimaki oleh peniaga dengan kata-kata yang kesat dan menyakitkan hati.

SEORANG Muslim yang baik, wajib menjaga adab dan etika ketika berniaga agar rezeki diberkati sepanjang masa.

Tidak dinafikan dengan keadaan ekonomi yang semakin bertambah, ramai yang mengalami tekanan hidup sehingga sanggup melakukan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Perlu difahami dengan jelas, seorang Muslim wajib menjaga adab dan etika ketika berniaga agar nama baik Islam sentiasa berada di satu tahap yang tinggi bukan dijatuhkan dengan sewenangnya.

Bukan hanya peniaga, namun pelanggan juga haruslah saling menjaga adab dan etika. Berikut disenaraikan enam etika antara pelanggan dan peniaga yang perlu dipatuhi:

1.AMANAH

IKLAN

Amanah merupakan tanggugjawab besar yang perlu dipikul oleh umat islam kerana setiap apa yang dilakukan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Amanah antara pelanggan dan peniaga adalah dengan sentiasa jujur dan tidak menipu dalam melakukan urusan jual beli. Sebagai contoh peniaga tidak mencampurkan buah-buahan yang lama dengan yang baharu, kemudian menjualnya pada harga yang sama nilai.

Sementara pembeli pula haruslah bersikap jujur untuk memulangkan wang kepada penjual jika tersilap memberi baki.

Tersebut satu kisah di antara Imam Al Ghazali dan murid-muridnya. Imam Al Ghazali bertanya, “Apa yang paling berat di dunia ini?”

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir betul, kata Imam Al Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah.

DI alam akhirat nanti, segala amalan akan dihitung dengan seadil-adilnya termasuk tanggungjawab atau amanah yang diberikan.

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al-Ahzaab: 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika ALLAH SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup terima permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia dimasukkan ke dalam neraka kerana tidak mampu memegang amanahnya.

2.IHSAN

Bersifat ihsan bermaksud melakukan sesuatu ibadah dan pekerjaan berasaskan ilmu dan kefahaman yang betul. Ihsan mencetuskan sikap dan akhlak yang mulia dalam melakukan setiap perkara.

IKLAN

JADILAH sebaik-baik manusia yang mampu memberi manfaat walaupun dalam sekecil-kecil perkara.

Maksud ihsan di dalam perniagaan adalah penjual tidak mementingkan keuntungan semata-mata. Sebaliknya, mereka mengambil kira semua aspek kemasyarakatan dan keberkatan dari ALLAH SWT.

Di pihak pembeli pula, golongan itu tidak menawarkan harga sehingga membawa kerugian kepada penjual.

3.KERJASAMA YANG BAIK

Kerjasama merupakan elemen yang penting dalam sebuah perkara. Jika tiada kerjasama antara pelanggan dan peniaga maka akan berlaku pelbagai salah faham sehingga menimbulkan kepada pergaduhan.

Kedua-duanya perlu saling bertolak ansur apabila timbul sebarang perkara yang tidak diingini seperti wujud kecacatan pada barang jualan setelah sempurna akad jual.

Jika kerosakan yang dibeli pelanggan tidak menjejaskan manfaat seperti buku yang diterima terkoyak sedikit di bahagian yang tidak penting, maka bertolak ansur adalah sebaiknya dengan menerima kekurangan tersebut.

IKLAN

Namun jika buku tersebut menjejaskan manfaatnya sehingga merosakkanya, maka peniaga perlu mengantikan semula buku tersebut.

4.MENJAUHI PERKARA YANG HARAM DALAM ISLAM DAN DI SISI UNDANG-UNDANG

Bagi peniaga, Keberkatan rezeki bermula dari barang yang dijual itu sah dan halal di sisi syarak. Perkara halal haram haruslah sentiasa dititkbertakan oleh setiap peniaga dengan menjauhi perkara shubhah seperti yang diajarkan oleh islam.

Daripada Al-Nu’man Ibnu Bahir RA, Rasullullah SAW bersabda, “sesunguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Bagaimanapun di antara keduanya terdapat perkara yang tidak jelas (syubhah), yang mana ramai orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara syubhah maka dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatanya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebagai contoh penjual tidak menipu dalam timbangan, menjauhi riba, menyorok barang yang diperlukan oleh masyarakat dengan tujuan menaikkan harga barangan tersebut dan tidak menjual barangan yang haram seperti arak dan dadah.

Dari pihak pembeli juga, dilarang sama sekali untuk bersubahat di dalam perkara-perkara haram seperti menyokong dengan membeli barangan yang sememangnya ditegah di dalam Islam.

6.PENJUAL DAN PEMBELI SALING MELINDUNGI

Sebagai Muslim, setiap orang mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing. Oleh yang demikian penjual dan pembeli haruslah saling menjaga hak masing-masing.

Hormati antara satu sama lain juga merupakan hak yang perlu diberikan oleh penjual dan pembeli. Hal ini penting bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang pergaduhan sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat.

Jagalah setiap adab dan etika yang diharuskan oleh Islam baik pelanggan mahupun peniaga, usah gunakan caci maki atau kata-kata kesat kerana akhlak buruk itu tidak akan membawa kita ke mana pun.

IKLAN
Previous

Rasulullah SAW pernah disihir? Ini sebab surah al-Falaq diturunkan.

June 14, 2022
Next

4 amalan ini akan memberatkan amalan di akhirat

June 14, 2022

Related posts

Pakej ibadah korban
Isu,

Hati-hati tawaran pakej ibadah korban palsu, semak pengajur dulu sebelum bayar

by Nurul Fatiha MuahJune 24, 2022
Untitled design (47)
Isu,

Hukum ucap ‘inna lillahi wa inna ilaihi roji’un’ kepada non-Muslim

by Fatin Fatihah HussinJune 23, 2022
Azan
Isu,

Gagal bersyahadah saat meninggal kerana bercakap ketika azan? Berikut penjelasannya

by Nurul Fatiha MuahJune 23, 2022
hutang
Isu,

Amalkan doa ini supaya orang membayar hutang kita

by Sarrah MohsinJune 23, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.