Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

Manisnya perkahwinan poligami jika dilakukan dengan betul

by Sarrah MohsinJanuary 25, 2023
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
perkahwinan poligami
DUA isteri sanggup berkorban tinggal bersama demi menjaga sang suami yang sakit. Foto: AlHijrah Online

ISU perkahwinan poligami begitu hangat diperkatakan kebelakangan ini lantaran kes tular melibatkan seorang pengarah terkenal yang berkahwin dua.

Akibatnya ada yang mencemuh hukum ALLAH SWT yang membenarkan kaum lelaki Muslim mengahwini lebih daripada satu wanita tersebut sedangkan ada pelbagai hikmah di sebalik amalan itu jika ia dilaksanakan dengan betul.

Baca juga Rupanya tidak wujud ‘payung emas’ dalam poligami

Bagi Noraini Ishak dan Effa Rizam Abd Ghaffar, kemanisan kehidupan bermadu dapat dirasai apabila kedua-duanya memperoleh tempat bergantung untuk saling membantu menjaga suami yang terlantar sakit.

DARI kira, Maaroof Nordin bersama dua isterinya, Noraini Ishak dan Effa Rizam Abd Ghafar. Foto: AlHijrah Online

IKLAN

Baca juga Usah mengeluh mencari pasangan hidup, ada ganjarannya walaupun akhirnya tiada jodoh

Lapor AlHijrah Online, dua isteri berkenaan sanggup berkorban tinggal serumah menjaga suami Maarof Nordin yang menghidap kencing manis tahap empat sejak dua tahun lalu.

Menurut Maarof pengorbanan kedua-dua isterinya amat menyentuh hati dan sangat dihargai kerana dia sudah lagi tidak mampu bekerja selepas menjalani pembedahan Oktober tahun lalu.

“Ketika ini Noraini membantu menguruskan saya di rumah, manakala Effa keluar mencari rezeki dengan bekerja sebagai tukang kebun sekolah dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) secara sambilan.

“Saya amat bersyukur dan menghargai pengorbanan kedua-dua mereka menjaga saya,” katanya.

Baca juga Cara giliran bermalam antara isteri dalam perkahwinan poligami. Ini saranan Islam.

perkahwinan poligami

HUKUM ALLAH SWT yang membenarkan kaum lelaki Muslim mengahwini lebih daripada satu wanita itu ada pelbagai hikmah di sebaliknya jika ia dilaksanakan dengan betul. Foto: 123RF

IKLAN

Turut disyorkan ‘Ikatan perkahwinan tidak terlerai sendiri melainkan dengan kematian’ – Peguam Syarie

Jelas Maarof, dia berkahwin dengan Noraini pada 2007 manakala Effa pula dinikahinya pada 2018.

Nasib menimpa Maarof dan pasangan mendapat perhatian Amal Team Kuantan yang hadir memberikan bantuan awal kepada keluarga itu hari ini selain permasalahan mereka dirujuk kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk tindakan susulan.

WALAUPUN poligami dibenarkan agama, namun perkahwinan monogami lebih disarankan bagi mereka yang tidak mampu berlaku adil demi mengelakkan kezaliman terhadap pasangan.

IKLAN

Baca juga Suami mengaku bujang atau duda. Awas, jangan sampai jatuh talak

Hukum kumpul para isteri dalam satu rumah
Bagi lelaki yang berkahwin secara berpoligami, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan bahawa suami diharamkan mengumpulkan para isteri dalam sebuah rumah tanpa persetujuan mereka.

Hal tersebut kerana ia mampu menyebabkan perbalahan dan perselisihan sesama wanita berkenaan.

Sebaliknya, yang paling afdal ialah si suami pergi ke setiap rumah isterinya berdasarkan giliran masing-masing untuk bermalam.

Manakala jika suami tinggal bersendirian, dia diharuskan memanggil semua isterinya datang menemuinya berdasarkan giliran masing masing.

Sumber: AlHijrah Online & Portal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Foto: AlHijrah Online & 123RF

IKLAN
beritaislampoligami
Previous

Dua bekas transgender berpeluang menjadi tetamu ALLAH

January 25, 2023
Next

Israel rancang bina 18,000 penempatan baharu di Tebing Barat? Tindakan itu beri ancaman besar pada Palestin

January 26, 2023

Related posts

mas kahwin terbaik
Isu,

Mas kahwin terbaik dari pandangan Islam, Ini yang bakal pengantin patut tahu

by Sarrah MohsinJanuary 25, 2023
Untitled design - 2022-10-26T170814.504
Isu, Pilihan Editor,

Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

by Muhd Azman Mohd NawiJanuary 25, 2023
Hutang
Isu,

Pahala diambil untuk bayar hutang, ini cara lunaskan liabiliti itu di akhirat kelak

by Nurulfatiha MuahJanuary 22, 2023
GAMBAR PORTAL FB (74)
Isu,

Suka tengok gusti, Ustaz Azhar Idrus jelaskan hukum melihat aurat ahli gusti

by Fatin Fatihah HussinJanuary 19, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.