Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Isu,

Larangan Membersihkan Rumah Ibadat Agama Lain, Ini Sebab-Sebabnya

by Nurul Fatiha MuahJanuary 15, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Bersihkan rumah ibadat agama lain Bersihkan rumah ibadat agama lain
UMAT Islam dilarang bergotong-royong membersihkan rumah ibadat agama lain. -Gambar hiasan

AGAMA Islam sememangnya mengajar penganutnya supaya berlaku ihsan atau berbuat baik kepada sesiapa sahaja. Bukan sahaja sesama insan, tetapi juga makhluk ALLAH SWT yang ada di muka bumi ini.

Begitu juga halnya dengan orang bukan Islam. Tiada masalah andai kita mahu bermuamalah dan melakukan kebajikan kepada mereka.

Ia bertepatan dengan firman ALLAH SWT dalam Surah al-Mumtahanah, ayat 8 yang bermaksud: “ALLAH tiada melarang kamu untuk berlaku baik dan berbuat adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak mengusirmu dari negerimu.”

Begitupun, ketahuilah bahawa ada batas-batas tertentu yang kita perlu jaga demi memelihara kesucian akidah masing-masing.

Dalam hal pembinaan gereja mahupun rumah ibadat agama lain misalnya, majoriti ulama mengharamkan penglibatan orang Islam dalam proses tersebut.

Bagaimana pula jika kita bergotong-royong membantu untuk membersihkan rumah ibadat agama lain? Ini kerana terdapat kes tular melibatkan sekumpulan pelajar melakukan sedemikian terhadap sebuah kuil yang terkesan akibat bah yang melanda negara baru-baru ini.

IKLAN

Memetik artikel Al-Kafi #1852: Hukum Muslim Membersihkan Rumah Ibadat Agama Lain yang disiarkan menerusi portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan semalam menjelaskan, penglibatan Muslim dalam aktiviti gotong-royong membersihkan rumah ibadat agama lain adalah dilarang sama sekali.

Bersihkan rumah ibadat agama lain Bersihkan rumah ibadat agama lain

USAH terlibat dengan kerjasama dan bantuan yang boleh menimbulkan salah faham. -Gambar hiasan

“Ia sejajar dengan kaedah syarak yang mengharamkan segala bentuk kesyirikan dan menegah apa jua bentuk kerjasama serta bantuan yang menjurus ke arah itu,” katanya.

Baca juga Tak Boleh Sakiti Haiwan, Sekalipun Ia Haram Dimakan Atau Disentuh

Bahkan, ALLAH SWT telah memberi peringatan itu dalam al-Quran: “Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu dalam membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bantu-membantu pada melakukan dosa dan pencerobohan.” (Surah al-Maidah, ayat 2)

Bukan itu sahaja, ia juga selaras dengan kaedah Islam yang mengarahkan seseorang Muslim supaya memelihara dirinya daripada terjebak dalam sebarang perkara yang boleh menimbulkan salah faham.

Saidina Umar RA pernah berpesan: “Barang siapa yang menempuhi laluan-laluan tohmahan, dia akan ditohmah.”

IKLAN

Dalam perihal pertolongan yang dihulurkan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, para ulama sebenarnya telah membezakan di antara bantuan dan interaksi sama ada berbentuk secara langsung atau tidak langsung.

“Bentuk yang diharamkan hanyalah yang diniatkan padanya (al-maqsudah) dan yang terkait secara langsung (al-mubasyirah).

“Ketahuilah, membersihkan rumah ibadat merupakan satu bentuk kerjasama atau bantuan yang secara langsung menjurus kepada membantu ritual dan amalan agama lain.

“Ia sama sekali berbeza dengan bantuan berbentuk kemanusiaan yang tidak langsung berkait dengan agama mereka seperti menyelamatkan nyawa penganut agama lain di rumah ibadat mereka dan seumpamanya,” jelas artikel berkenaan.

Justeru, seluruh umat Islam dinasihatkan agar tidak menjebakkan diri dengan kerja gotong-royong sebegini.

IKLAN
Bersihkan rumah ibadat agama lain Bersihkan rumah ibadat agama lain

MEMBANTU membersihkan rumah ibadat bukan Islam dibimbangi boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam kategori membantu ke arah kesyirikan yang jelas dilarang dalam agama Islam. -Gambar hiasan

“Bukan apa, ini kerana perbuatan itu dibimbangi boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam kategori membantu ke arah kesyirikan yang jelas dilarang dalam agama Islam.

“Namun, andai ia melibatkan bantuan dari segi membersihkan kediaman orang bukan Islam, menghulurkan bantuan kewangan dan barangan keperluan, ia dibenarkan.

“Malah, bentuk pertolongan seperti ini sebenarnya adalah lebih selamat dan memelihara keutuhan akidah kita, di samping tidak menimbulkan sebarang tohmahan serta salah faham dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Pun demikian, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengingatkan agar masyarakat awam tidak sesekali atau sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman sendiri terhadap perbuatan tersebut sebagai terkeluar daripada Islam kecuali jika kes seperti itu sudah diteliti, dikaji dan dirujuk kepada pihak berkuasa agama.

“Ia bagi mengelakkan fenomena bermudah-mudahan dalam ‘kafir-mengkafir’ sesama umat Islam sehingga mencetuskan huru-hara dalam masyarakat,” pesannya.

Foto: Pexels & Unsplash

IKLAN
Bersihkan rumah ibadat agama lainsinarislamplus
Previous

Ayuh Bersama WUIF Infak Al-Quran Untuk Mangsa Banjir

January 14, 2022
Next

Taubat Cetus Kesihatan Jiwa dan Minda

January 16, 2022

Related posts

'Dekat' dengan ALLAH
Isu,

Teladani cara Rasulullah SAW dan solafussoleh ‘dekat’ dengan ALLAH

by Nurul Fatiha MuahMay 27, 2022
Beramal sedikit kunci istiqamah
Isu,

Biar beramal sedikit, jangan terus tinggalkan begitu sahaja. Ini antara solusi ampuh untuk istiqamah

by Nurul Fatiha MuahMay 27, 2022
8 pilih nama anakl
Isu,

8 cara pilih nama anak menurut Islam yang anda perlu tahu

by Sarrah MohsinMay 26, 2022
Isu,

‘Qailulah’, amalan ‘power nap’ Nabi untuk kekal bertenaga

by Sarrah MohsinMay 25, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.