Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian
Isu,

Kaitan solat dan pengurusan masa, ini penjelasannya

by Nurizan Abu KassanJuly 1, 2022
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (36)
SOLAT adalah paksi keimanan buat seorang muslim yang mengaku beriman dengan ALLAH SWT.

SETIAP Muslim diwajibkan untuk mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam. Setiap waktu solat ada garis waktu yang tertentu yang mesti dituruti dan tidak boleh sewenang-wenangnya menukar waktu-waktu tersebut mengikut cita rasa sendiri.

Waktu-waktu solat adalah gambaran awal bagi umat Islam tentang pengurusan masa, jika umat Islam mampu mengurus waktu solat mereka, banyaklah kebaikan yang akan terhasil daripadanya.

Firman ALLAH SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat 103 yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu telah diwajibkan ke atas orang beriman pada waktu yang ditetapkan.”

Solat mengandungi falsafah serta hikmah tersendiri yang perlu dihayati. Sangat daif pemikiran jika ada yang menganggap solat mengganggu masa mahupun rutin seharian.

Pendakwah terkemuka Ustaz Azhar Idrus, di laman YouTubenya ada berkongsi mengenai hikmah solat yang mampu mendidik seseorang mengurus masa dengan bijak.

Baca juga Status solat dalam keadaan takut dan risau

IKLAN

Menurutnya, ibadat solat mampu mendidik diri supaya bijak menguruskan masa. Hal ini kerana sebarang kecuaian akan memberikan kesan buruk kepada catatan amalan solat seseorang.

“Malah, mendirikan solat juga mampu memberi makna seseorang itu berusaha untuk menjadi mukmin yang menepati masa serta amanah dalam melakukan sesuatu perkara,”

DENGAN solat di awal waktu, kita akan berasa waktu dan masa itu lebih lama dan hati juga akan menjadi lebih lapang.

 

“Ia boleh dilihat menerusi penghayatan serta janji ketika membaca doa iftitah ketika solat yang bermaksud: “Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidup dan matiku, hanyalah untuk ALLAH yang memelihara seluruh alam.”

Apa yang penting jelas beliau, umat Islam perlu sedar bahawa ada ikatan kuat antara solat dan pengurusan masa. Jika hendak berjaya, pastikan mengurus masa dengan betul bermula dengan menjaga solat kita.

“Setiap waktu solat bermula dengan laungan azan yang mengingatkan kita agar berusaha menuju kejayaan. Itulah kejayaan umat Islam, menjaga waktu solat adalah merangkumi menjaga masa mereka setiap saat,”

“Jika kita mampu menunaikan solat pada awal waktu, maknanya kita mempunyai masa yang panjang untuk menguruskan urusan-urusan lain dengan tenang,” katanya seraya memetik firman ALLAH yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu telah diwajibkan ke atas orang beriman pada waktu yang ditetapkan.” (Surah an-Nisaa’, ayat 103)

IKLAN

Baca juga Bolehkah membaca surah yang sama dalam solat?

Ustaz Azhar selanjutnya menekankan seandainya setiap Muslim itu mampu menunaikan solat pada awal waktu, maksudnya mereka punya masa yang panjang untuk menguruskan hal-hal lain dengan tenang.

Justeru, apa kata mulai hari ini segera hentikan apa jua aktiviti apabila terdengar azan berkumandang dan terus bersedia dengan mengambil wuduk. Jadikan setiap waktu solat sebagai temu janji yang paling eksklusif dan ‘dating’ kita dengan MAHA PENCIPTA yang dinanti-nanti.

BENTUK diri dengan solat di awal waktu. Tinggalkan sementara urusan dunia dan tunaikanlah solat.

Ini kerana ALLAH lah majikan yang sebenar. Sentiasa berada dalam kumpulan yang suka mengingatkan antara satu sama lain untuk sentiasa mengajak untuk kita bersolat seusai azan berkumandang.

IKLAN

Seeloknya terus menuju masjid atau surau untuk menunaikan solat secara berjemaah. Banyak keistimewaan menunaikan solat berjemaah antaranya adalah kita akan mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda.

“Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda)” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesiapa yang ingin doanya dimakbulkan, solatlah dengan segera. Lebih cepat kita tunaikan hak ALLAH, lebih cepat ALLAH akan makbulkan hajat kita.

Jadikan semua rezeki dan kurniaan ALLAH kepada kita itu sebagai pemangkin untuk kita jadi lebih berdisiplin. Bentuk diri dengan solat pada awal waktu. Tinggalkan sementara urusan dunia, dan tunaikan tanggungjawab kita kepada Maha Pencipta.

Moga ALLAH memberi kekuatan kepada kita untuk mengurus waktu dengan baik dan teratur, dengan melakukan usaha yang diredhai oleh-NYA.

Foto: Canva

IKLAN
Previous

Telan sisa makanan di dalam mulut ketika solat

July 1, 2022
Next

Sutrah, penghadang daripada orang ramai ketika solat

July 2, 2022

Related posts

pexels-mikhail-nilov-7929428
Isu,

Buli dan gengsterisme perilaku yang dibenci Islam

by Fatin Fatihah HussinAugust 17, 2022
Trauma penderaan
Isu,

Trauma penderaan wujudkan personaliti pemangsa

by Nurul Fatiha MuahAugust 12, 2022
Dera anak angkat
Isu,

Dera anak angkat ibarat mencabuli amanah yang dipertanggungjawabkan

by Nurul Fatiha MuahAugust 12, 2022
mualaf atau dibesarkan Islam, kita semua perlu tegakkan agama ALLAH
Isu,

Mualaf atau dibesarkan Islam, kita semua perlu menegakkan agama ALLAH

by Sarrah MohsinAugust 11, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.