Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

Jauhi Upacara ‘Unboxing Pengantin’ Yang Bertentangan Dengan Prinsip Islam, Ini Penjelasan Agamawan

by Nurulfatiha MuahJanuary 11, 2022
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Unboxing pengantin
TREND 'unboxing pengantin' merupakan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam. -Gambar hiasan

SEJAK beberapa hari lalu, cerita tentang trend unboxing by husband dan unboxing isteri tular di laman TikTok.

Upacara tersebut antara lain memaparkan video pengantin lelaki membuka tudung pasangannya dengan menanggalkan setiap aksesori pada bahagian kepala pengantin perempuan.

Ternyata ramai warga maya yang kurang senang dengan perkongsian video seperti itu. Bahkan, bukan sahaja rakaman video tersebut, malah perlakuan pasangan pengantin baharu itu turut menerima kritikan daripada warganet. Apatah lagi, pelakunya pula terdiri daripada orang Islam sendiri.

Ketahuilah, upacara tersebut bercanggah dengan prinsip Islam secara asasnya, jelas Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Ini kerana, ujar beliau, Rasulullah SAW memerintahkan para suami supaya memelihara kehormatan dan penampilan isteri masing-masing sekalipun di hadapan seorang lelaki yang buta.

Ia dapat dilihat daripada cara baginda SAW memerintahkan isterinya agar memakai hijab walaupun di hadapan seorang yang buta.

Unboxing pengantin

TETAPLAH menutup aurat dengan sempurna meskipun berada di hadapan seorang yang buta sebagaimana saranan Rasulullah SAW kepada isteri baginda.

Saranan itu diucapkan kepada Saidatina Ummu Salamah dan Saidatina Maimunah apabila seorang buta ke rumah baginda.

IKLAN

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Hendaklah kamu berdua memakai hijab.” Lalu, isteri baginda berkata: “Bukankah dia seorang yang buta, wahai Rasulullah? Dan dia tidak boleh melihat kami.” Lantas baginda menjelaskan: “Bukankah kamu berdua boleh melihat dia?” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Dalam pada itu, Dr Ahmad Sanusi turut menyuarakan kebimbangannya andai video upacara tersebut menjadi perhatian kepada anak-anak muda yang masih bersekolah.

“Dibimbangi jika mereka terkeliru dengan merasakan bahawa perbuatan berkenaan boleh dipraktikkan. Jika demikianlah tanggapan mereka, ia berpotensi menjadi budaya.

Baca juga Suami Isteri Ibarat ‘Pakaian’, Jaga Aib Pasangan Masing-Masing

“Boleh jadi juga perilaku ini diikuti pula oleh pasangan suami isteri lain yang turut mendedahkan aksi mesra mereka. Bukankah kita tidak mahu menjadi pencetus kepada kemungkaran?,” soalnya.

Unboxing pengantin

IKUTULAH panduan dan adab yang diajarkan dalam agama Islam ketika berkahwin.

Benar, perkara itu boleh memicu kepada perlakuan yang tidak sopan dan bercanggah dengan syariat agama, ungkapnya.

Ahli akademik itu kemudian mengajak umat Islam merenung hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dan barang siapa yang melakukan perlakuan jahat di dalam Islam, sehingga diikuti oleh orang lain, maka dia beroleh dosa dan menanggung dosa mereka yang melakukan perbuatan tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim)

IKLAN

Sebelum menutup bicaranya, Dr Ahmad Sanusi menegaskan, istilah ‘unboxing’ sebenarnya tidak layak digunakan pada isteri.

“Ini kerana mereka bukanlah material atau barang semata-mata.

“Nasihat ini hanyalah berpandukan kepada al-Quran dan sunah Rasulullah SAW demi kebaikan sesama Muslim,” ujarnya.

Senada dengan kenyataan Dr Ahmad Sanusi ialah pendakwah Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Da’i Fuad.

Dalam hantarannya di Instagram miliknya, Da’i Fuad menegaskan, isteri bukanlah iPhone mahupun Android untuk diperlakukan sedemikian menerusi upacara unboxing.

IKLAN

“Istilah unboxing isteri adalah istilah yang jijik, bahkan mempunyai unsur lucah.

“Ingatlah bahawa isteri adalah amanah kita sehingga saat penghisaban di hadapan ALLAH SWT kelak,” ungkapnya.

Sementara itu, pendakwah Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Syed ketika melontarkan pandangannya tentang trend ‘unboxing pengantin’ menyatakan, perbuatan itu merupakan salah satu perkara bidaah dhalalah (sesat).

Unboxing pengantin

USAH mendedahkan aurat secara terbuka termasuk ketika walimah.

“Suka saya ingatkan, mendedahkan aurat adalah haram. Apatah lagi jika mendedahkan aurat isteri kalian.

“Kalian boleh berbangga dan suka dengan content haram sebegitu untuk peroleh tontonan ramai?,” soalnya.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya ALLAH amat mendalam pengetahuan-NYA tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepada mereka.” (Surah an-Nur, ayat 30-31)

Justeru, berhati-hatilah dalam segala tindak-tanduk kita agar tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Foto: Freepik, Unsplash & Pexels

IKLAN
sinarislamplusUnboxing pengantin
Previous

Kebaikan Kecil Yang ‘Berbuah Manis’, Berikut Penjelasannya

January 10, 2022
Next

Tiada Lagi Sentuhan Manusia, Robot Pintar Ambil Alih Tugas Edarkan Air Zamzam di Masjidil Haram

January 12, 2022

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (74)
Isu,

Suka tengok gusti, Ustaz Azhar Idrus jelaskan hukum melihat aurat ahli gusti

by Fatin Fatihah HussinJanuary 19, 2023
GAMBAR PORTAL FB (71)
Isu,

Adakah pengurus masjid perlu mengganti duit masjid yang dicuri?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
ambil hutang
Isu,

Kawan liat bayar hutang, bolehkah ambil wangnya secara senyap-senyap?

by Sarrah MohsinJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (58)
Isu,

Jauhkan diri daripada pengampu

by Fatin Fatihah HussinJanuary 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.