Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Isu,

Jangan sakitkan hati orang lain sesuka hati

by Nurul Fatiha MuahJune 14, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Sakitkan hati orang lain
INGATLAH, kita tidak mendapat 'lesen' untuk menyakitkan hati orang lain.

TANPA disedari, kita mungkin pernah sakitkan hati orang lain. Maklum sahajalah, manusia sememangnya pendosa dan tiada siapa pun yang kalis daripada melakukan kekhilafan. Lebih-lebih lagi insan yang begitu dekat dengan kita seperti jiran tetangga.

Boleh dikatakan, masa kita sebenarnya banyak terarah kepada komuniti hidup berjiran. Ya, semua orang ada rumah sendiri. Sudah tentu ia menjadi tempat kita berteduh dan melepaskan lelah selepas seharian bekerja dan menguruskan kehidupan di dunia yang fana ini.

Namun begitu, dalam keghairahan mengejar nikmat dunia dan jalan akhirat, usah sesekali menyakiti tetangga kita.

Jelas pendakwah Ustazah Asma’ Harun, perbuatan tersebut tidak kiralah sama ada dilakukan terhadap jiran atau sesiapa pun, hukumnya berdosa (makruh, dosa kecil atau dosa besar).

USTAZAH ASMA’

“Sebagai contoh, perbuatan menyakiti hati ibu dan ayah, suami menyakiti isteri, kawan menyakiti hati kawan, mukmin menyakiti hati manusia lain serta sebaliknya.

“Meskipun tingkat dosa menyakiti hati ibu bapa, suami, menantu dan mak mertua lagi tinggi, namun kita tiada lesen untuk menyakiti hati manusia lain. Apatah lagi jika ia dilakukan dengan sengaja menggunakan perkataan keji dan hina,” katanya dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Muslim adalah orang yang Muslim lainnya merasa selamat dari gangguan lisan dan tangannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

IKLAN

Disebabkan itu, beliau menasihatkan agar kita sentiasa berhati-hati dan menjaga hak jiran masing-masing yang meliputi 40 rumah ke hadapan, ke belakang, ke kiri dan kanan rumah kita.

Sakitkan hati orang lain

JIRAN meliputi 40 buah rumah ke hadapan, belakang, kiri dan kanan kediaman kita.

Misalnya, individu yang membela kucing, tetapi haiwan peliharaan tersebut membuang najis di rumah jiran menyebabkan mereka marah atau sakit hati, pendakwah itu menegaskan, berdosa hukumnya.

Baca juga Tuan kepada kucing kena bersihkan jika haiwan peliharaannya berak di rumah jiran. Ramai yang pandang remeh perkara ini… 

“Memang memelihara kucing mendapat pahala sunat, tetapi menyakiti jiran adalah berdosa.

“Ada juga orang yang membela burung. Banyak burung di rumahnya sehingga membuat bising. Situasi itu menyebabkan jiran berasa serabut dan terganggu dengan bunyi.

“Terdapat pula jiran yang berasa geram apabila seseorang suka berbuat amal soleh dengan mengutip kucing jalanan dan memberikan makanan serta perlindungan. 50 hingga 60 ekor kucing dijaganya dan mengeluarkan belanja yang besar, tetapi orang laporkan kepada pihak berkuasa untuk memberi teguran dan amaran,” katanya sambil berpesan supaya jangan kita membuat musibah pada diri sendiri dalam kita membuat amal ibadah.

Baca juga Jangan pandang remeh prinsip hidup berjiran

Bukan itu sahaja, andai anak-anak kita berperangai buruk dengan membuat bising atau melepak sehingga mengganggu tetangga, Ustazah Asma’ menasihatkan agar kita cepat-cepat meminta maaf kepada jiran.

IKLAN
Sakitkan hati orang lain

SEGERA meminta maaf kepada jiran andai kita mengganggu mereka dengan bunyi bising daripada kediaman kita.

“Bagi jiran yang suka menanam pokok sehingga menutup laluan kiri dan kanan atau membuat pengubahsuaian rumah sehingga menghalang laluan angin dan cahaya, maklumkanlah kepada jiran terlebih dahulu kerana ia turut melibatkan dia.

“Bab parkir kereta juga boleh mengganggu jiran. Sebaiknya parkir kenderaan jauh sedikit dan berjalanlah ke rumah. Kemudian, tanya kepada jiran adakah mengganggu? Jika jiran reda, kita lega.

“Kadangkala kawan-kawan kita yang datang dari jauh, kita raikan sehingga terlupa untuk meraikan hak jiran tetangga. Sedangkan selepas keluarga, yang paling dekat dengan kita ialah jiran yang berkongsi kehidupan dengan komuniti kita,” katanya memberi teguran.

Ketahuilah bahawa terdapat manusia yang masuk syurga disebabkan oleh jiran. Tidak kurang juga mereka yang dicampakkan ke neraka disebabkan tetangganya,” ungkap Ustazah Asma.

Banyak dalil yang memerihalkan tentang perkara itu. Antaranya satu kisah yang mana Nabi Muhammad SAW menerima aduan daripada sahabat kerana disakiti jiran.

IKLAN
Sakitkan hati orang lain

ISU parkir kenderaan antara masalah yang kerap kali dihadapi di kebanyakan kawasan kejiranan. Berundinglah dengan tetangga masing-masing andai kita terpaksa parkir di kawasan yang menghalang laluan atau berdekatan dengan rumah mereka.

Daripada Abu Hurairah RA berkata: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi Muhammad SAW mengadu perihal jirannya. Maka Nabi SAW bersabda: “Pergilah serta bersabarlah.” Setelah itu, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah SAW sebanyak dua atau tiga kali. Lalu baginda SAW bersabda: “Pergilah dan campakkanlah barang-barang di rumah kamu ke jalan.” Lelaki tersebut kemudiannya mencampakkan barang-barang rumahnya ke jalan hingga menyebabkan orang-orang bertanya kepadanya. Lalu lelaki tersebut menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya yang menyebabkan manusia (yang mendengar cerita tersebut) melaknat jiran tersebut dengan mengatakan: “ALLAH akan membalas perbuatannya (mendoakan keburukan), ALLAH akan balas dan ALLAH akan balas.” Selepas itu, lelaki tersebut didatangi oleh jiran tersebut dan jiran itu berkata: “Pulanglah kamu, kamu tidak akan melihat (mendapati) sesuatu yang kamu benci itu lagi.” (Hadis Riwayat al-Hakim)

Baca juga Tidak Sempurna Iman Biarkan Jiran Kelaparan

Dalam sebuah hadis lain, Abu Hurairah RA berkata: Telah berkata seorang lelaki kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya wanita ini terkenal dengan banyaknya solat, berpuasa dan bersedekah tetapi dia sentiasa menyakiti jirannya dengan lidahnya.” Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda: “Dia akan masuk ke dalam neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Sakitkan hati orang lain

PELIHARA hubungan baik dengan jiran dan penuhilah hak-hak mereka dengan sebaiknya.

Justeru, Ustazah Asma’ menitipkan pesan agar kita menjaga hati jiran tetangga.

“Kita bimbang kita menjaga solat, pakaian, makan minum dan sedekah, tetapi tidak menjaga jiran dan tetangga juga tidak berasa aman dengan perbuatan kita. Tidak akan masuk syurga jika begitu aturannya.

“Ya, kita nampak ada jalan ke syurga dengan amal soleh, tetapi tanpa sedar kita melakukan perkara yang boleh membuatkan terhalang daripada syurga,” katanya.

Foto: Freepik

IKLAN
jiranSakitkan hati orang lainsinarislamplustetangga
Previous

Hukum menyertai perayaan hantu lapar

June 14, 2022
Next

Rasulullah SAW pernah disihir? Ini sebab surah al-Falaq diturunkan.

June 14, 2022

Related posts

cinta negara
Isu,

Kita perlu cinta dan pertahankan negara seperti Nabi SAW

by Sarrah MohsinJuly 4, 2022
wuduk penyeri wajah
Isu,

Naikkan seri wajah dengan air wuduk, benarkah begitu?

by Sarrah MohsinJuly 3, 2022
sutrah
Isu,

Sutrah, penghadang daripada orang ramai ketika solat

by Sarrah MohsinJuly 2, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (36)
Isu,

Kaitan solat dan pengurusan masa, ini penjelasannya

by Nurizan Abu KassanJuly 1, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.