Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Isu,

Jangan cabut uban, ada kebaikan di setiap helaian

by Sarrah MohsinMay 18, 2022
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Jangan cabut uban
RAMBUT tebal hitam berkilat yang kita ada sekarang pastinya akan alami perubahan suatu hari nanti dek peningkatan usia.

SEIRING dengan peningkatan usia, rambut hitam berkilat yang kita ada sekarang pastinya akan berubah berubah menjadi putih, sama ada lelaki atau wanita.

Sememangnya ini adalah perubahan biasa sebahagian daripada fitrah semulajadi manusia.

Kadangkala ada juga terjadi dalam kalangan orang muda rambutnya beruban atas faktor-faktor tertentu seperti masalah kesihatan dan sebagainya.

Sekiranya anda terlihat uban di kepala, jangan lekas mencabutnya. Telitinya Islam sehinggakan perihal uban juga ada dibahaskan.

Apabila melibatkan perbuatan mencabut uban, para fuqaha berpendapat bahawa hukumnya adalah makruh berdasarkan hadis berikut.

jangan cabut uban

ANTARA sebab uban tidak sewajarnya dicabut adalah sebagai peringatan terhadap usia yang meningkat lantas mendorong kita lebih mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

IKLAN

Diriwayatkan Amru bin Shu’aib daripada bapanya daripada datuknya berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah kalian mencabut uban. Tidak ada seorang muslim yang mana tumbuh padanya sehelai uban di dalam islam melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya buatnya pada hari kiamat.”

Dalam riwayat lain pula, Nabi SAW menyatakan,

“Tidak ada seorang muslim yang mana tumbuh padanya sehelai uban di dalam Islam melainkan ALLAH akan menuliskan untuknya dengan uban tersebut satu kebaikan dan ALLAH akan memadamkan kesalahannya dengan uban tersebut.” (Riwayat Abu Daud)

Baca juga Buat lelaki yang berambut panjang, ini peringatan tentang cara tunaikan solat

Menurut artikel Al-Kafi #588: Hukum Mencabut Uban yang disiarkan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hakikatnya, ramai yang tidak sedar bahawa ada fadilat di sebalik uban menjadi penyebab para ulama menegah mencabutnya.

Dalam sebuah riwayat daripada Amru Bin ‘Abasah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

IKLAN

“Sesiapa yang tumbuh satu uban di jalan Allah maka uban tersebut adalah cahaya untuk dirinya pada hari kiamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

Ulas Imam al-Manawi, rambut seseorang boleh menjadi cahaya yang memberi petunjuk kepada dirinya.

Uban itu, sekalipun ianya bukan hasil daripada usaha seseorang hamba, akan tetapi sekiranya ia terhasil disebabkan perbuatan berjihad di jalan Allah, atau perasaan takut kepada-Nya maka ia termasuk di dalam usaha seseorang.

Jangan cabut uban

SIAPA sangka pahala boleh diraih hanya dengan tidak mencabut uban.

IKLAN

Walaupun kita tidak boleh mencabut uban, namun kita masih dibenarkan mewarnakannya asalkan bukan warna hitam.

Daripada Jabir Bin Abdillah Al-Ansari RA, apabila Abu Quhafah dibawa pada hari pembukaan kota Makkah dalam keadaan rambutnya sudah terlampau putih. Maka Nabi SAW bersabda:

“Ubahlah ini (uban) dengan sesuatu dan jauhilah warna hitam.” (Riwayat Muslim)

Maka, jangan sesekali mengeluh melihatkan uban-uban yang mula tumbuh di kepala dek usia yang kian meningkat.

Meskipun tampak remeh, siapa tahu, uban mungkin boleh menjadi cahaya permudahkan urusan kita di akhirat kelak.

Foto: Pexels & Unsplash

 

IKLAN
Previous

Usah lupa enam perkara ini setelah ibu bapa meninggal dunia

May 17, 2022
Next

Perjanjian piagam kukuhkan perpaduan antara Ulamak dan Imam seluruh dunia

May 18, 2022

Related posts

Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (36)
Isu,

Kaitan solat dan pengurusan masa, ini penjelasannya

by Nurizan Abu KassanJuly 1, 2022
Hina Rasulullah
Isu,

Zahirkan kebenaran Islam dari pelbagai dimensi, solusi ampuh tangani isu hina Rasulullah SAW dan agama

by Nurul Fatiha MuahJuly 1, 2022
an (6)
Isu,

10 awal Zulhijjah, hari yang lebih baik daripada jihad

by Fatin Fatihah HussinJune 30, 2022
Meninggal dunia
Isu,

Jangan menghina orang yang sudah meninggal dunia

by Nurul Fatiha MuahJune 30, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.