Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

Hukum ucap ‘inna lillahi wa inna ilaihi roji’un’ kepada non-Muslim

by Fatin Fatihah HussinJune 23, 2022
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untitled design (47)
KEMATIAN merupakan destinasi terakhir bagi sesiapa sahaja yang hidup di muka bumi ini.

SEBAGAI masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai kaum di Malaysia, seringkali persoalan yang timbul adalah mengenai hukum mengucapkan istirja iaitu lafaz ‘Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un’ kepada orang bukan Islam.

Mufti wilayah menjawab tentang hukum ini di dalam al-kafi li al-fatwa #1493 ‘hukum mengucapkan lafaz istirja’

Pada dasarnya, lafaz istirja’ ini membawa maksud bahawa semua manusia adalah milik ALLAH SWT. Imam al-Qurtubi berkata melalui tafsirnya: Kalimah, ‘Inna lillahi’ adalah tauhid dan pengakuan terhadap ubudiyah (status kita sebagai hamba) dan kekuasaan ALLAH.

Sedangkan kalimah, ‘Wa inna ilaihi roji‘un’ adalah pengakuan bahwa semua manusia akan binasa, dan akan dibangkitkan dari alam kubu, serta keyakinan bahawa semua urusan kembali kepada-NYA, sebagaimana semua ini milik-NYA.

SETIAP musibah atau ujian yang diberikan oleh ALLAH SWT pasti akan ada hikmah di sebaliknya. Oleh itu sebagai umat Islam jika berlaku sebarang musibah kita digalakkan untuk membaca lafaz istirja’.

IKLAN

Apabila berlakunya musibah (kematian) maka antara ciri-ciri mereka yang bersabar dengan musibah tersebut adalah mereka mengucapkan istirja’ iaitu ucapan:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH dan kepada ALLAH jualah kami kembali”.

Ummu Salamah RA berkata bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah lalu ia membaca apa yang telah diperintahkan oleh ALLAH, “Innaa lillahi wainnaa ilaihi roji’un allahumma`jurnii fii musiibati wa akhlif li khairan minha (Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan akan kembali kepada ALLAH. Ya ALLAH, berilah kami pahala kerana musibah ini dan tukarlah bagiku dengan yang lebih baik daripadanya).’ melainkan ALLAH menukar baginya dengan yang lebih baik”. (Hadis Riwayat Muslim)

Maka jelaslah melalui hadis ini bahawa setiap orang mukmin digalakkan untuk menyebut lafaz istirja’ ketika ditimpa musibah sama ada musibah tersebut kecil ataupun besar (misalnya kematian).

IKLAN

ISLAM amat mementingkan keharmonian sejagat sesama bangsa lain. Oleh itu, dibolehkan bagi umat Islam mengucapkan lafaz istirja’ kepada bukan Islam.

Imam al-Nawawi menyebut sunat melafazkannya kerana Rasulullah SAW disuruh melafazkannya, ayat al-Quran juga menunjukkan hal yang sama begitu juga ijmak ulamak.

Menurut Syeikh Ibn Baz (Mufti besar Arab Saudi 1993 – 1999) jika orang bukan Islam meninggal dunia, tidak mengapa untuk umat Islam mengucapkan lafaz ‘istirja’ walaupun orang kafir tersebut bukan daripada kalangan ahli keluarga.

Ini kerana setiap manusia akan kembali kepada-NYA, dan setiap manusia adalah kepunyaan ALLAH namun tidak boleh mendoakan mereka atau memohon keampunan bagi mereka selagi mana mereka tidak kembali ke jalan ALLAH.

Baca juga 10 tanda kematian yang baik

IKLAN

ALLAH berfirman “tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka”. (Al-Taubah: 113)

Pada ayat ini, larangan daripada ALLAH terhadap orang-orang yang beriman agar tidak mendoakan keampunan buat orang-orang Musyrik. Hal ini juga ada disebut oleh Imam al-Nawawi:

“Adapun solat ke atas orang kafir dan mendoakan mereka agar diampuni dosanya, maka hukumnya haram, berdasarkan nas al–Qur’an dan Ijma’

MEMOHON keampunan kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia adalah haram di sisi Islam. Islam tidak membenarkannya kerana ALLAH SWT tidak akan mengampuni orang yang mati bukan dalam Islam.

Justeru dibolehkan melafaz istirja’ kepada non-Muslim apabila meninggal dunia dengan ucapan ‘Inna lillahi wa inna ilaihi roji ‘un’. Sebaliknya diharamkan memohon ampun kepada mereka yang tidak meninggal dunia di dalam Islam.

Seperti yang dinyatakan oleh Mufti Wilayah, jelas sekali hukum ucap istirja ‘Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un’ kepada non-Muslim sama ada si mati itu daripada penganut agama Hindu, Sikh, Buddha atau Kristian adalah dibenarkan. Sesungguhnya Islam meraikan kepelbagaian agama yang ada di dunia ini.

IKLAN
Previous

Gagal bersyahadah saat meninggal kerana bercakap ketika azan? Berikut penjelasannya

June 23, 2022
Next

Pecahan faraid jadi antara bukti mukjizat al-Quran terangkan suatu hukum

June 24, 2022

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (74)
Isu,

Suka tengok gusti, Ustaz Azhar Idrus jelaskan hukum melihat aurat ahli gusti

by Fatin Fatihah HussinJanuary 19, 2023
GAMBAR PORTAL FB (71)
Isu,

Adakah pengurus masjid perlu mengganti duit masjid yang dicuri?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
ambil hutang
Isu,

Kawan liat bayar hutang, bolehkah ambil wangnya secara senyap-senyap?

by Sarrah MohsinJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (58)
Isu,

Jauhkan diri daripada pengampu

by Fatin Fatihah HussinJanuary 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.