Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian
Isu,

Hati-hati pilih pemimpin, jangan sampai ke neraka bersamanya

by Fatin Fatihah HussinJune 27, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
pexels-fauxels-3183197
PEMIMPIN yang ingin organisasinya melahirkan perkhidmatan yang berkualiti, wajib mempraktikkan elemen keislaman di dalam pengurusan.

SESEBUAH organisasi yang berjaya selalunya diterajui oleh pemimpin atau ketua yang memiliki visi, misi dan objektif yang jelas. Pemimpin yang ingin organisasinya melahirkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti lagi diberkati wajib mempraktikkan elemen keislaman di dalam pengurusan. Bagaimana pula andainya pemimpin itu tidak islamik, pentingkan hasil pengeluaran semata-mata, tidak peka dengan kebajikan kakitangan, bahkan bodoh sombong dengan tidak peduli langsung dengan nilai-nilai murni?

Bagi menyelesaikan dilema ini, Islam hadir dengan solusi yang mantap. Memetik intisari kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad atau dikenali dengan Ustaz Zul Pandan di laman Facebooknya yang berjudul; ‘Pemimpin yang bodoh’, beliau mengulas perkara itu sebagaimana sabda Rasulullah SAW kepada Kaab bin Ujrah di dalam hadis baginda :

“Semoga ALLAH melindungi kamu wahai Kaab dari kepimpinan sufaha’ yakni yang bodoh. Kaab bertanya, ”Apakah kepimpinan sufaha’? Jawab Baginda:” iaitu kepimpinan selepas aku yang tidak ikut hidayah dan sunah aku. Sesiapa yang membenarkan penyelewengan mereka dan membantu kezaliman mereka, maka mereka bukanlah golonganku dan aku bukan golongan mereka. Mereka dihalang dari haudhku yakni telagaku di syurga. Barangsiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, itulah golonganku, aku termasuk golongan mereka dan menemui daku dihaudhku. (Hadis Riwayat Imam Ahmad).

IKLAN

WASAPADA, kesilapan kerana menyokong pemimpin yang salah akan menyebabkan umat Islam tidak bersama Nabi di syurga kelak. 

Jelas Ustaz Zul, daripada hadis tersebut, kesilapan kerana menyokong pemimpin akan menyebabkan umat Islam tidak bersama Nabi di syurga nanti.

“Sebab itulah dalam Islam urusan memilih pemimpin bukan urusan dunia semata-mata. Ada kesannya terhadap kita jika silap memilih pemimpin yang jahil ini,”

“Pada hari kiamat nanti, umat Islam bukan sekadar ditanya tentang solat, puasa, haji sahaja. Tetapi akan ditanya juga siapa pemimpin yang dipilih, sebab dia dipilih dan yang dilakukan selama menjadi pemimpin,”

IKLAN

Firman ALLAH: “(Ingatlah) hari KAMI menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama pemimpin mereka, kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita), dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun”. [Al-Isra ayat 71]

CIRI-CIRI pemimpin yang bodoh adalah kelompok yang lebih mementingkan diri sendiri berbanding urusan rakyat.

IKLAN

Melanjutkan bicara, Ustaz Zul menjelaskan antara ciri pemimpin bodoh adalah kelompok yang lebih mementingkan diri sendiri berbanding urusan rakyat. “Mereka selalu menjadi penghalang Islam dari berjalan sepenuhnya.”

Salah satu daripada tujuh golongan yang akan mendapat naungan ALLAH SWT pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-NYA adalah seorang pemimpin yang adil.

Menjadi pemimpin bererti bersedia memikul amanah. Ia bukan semata-mata mandat rakyat atau kakitangan bahkan amanah ALLAH. Pesan Rasulullah di dalam sabda baginda:

“Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah saat kehancuran. Seorang sahabat bertanya: Apakah yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu, wahai Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang tidak berkelayakan, maka tunggulah saat kehancurannya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Pemimpin yang ingin hidupnya diberkati akan bersedia memimpin berdasarkan citra Islam. Jalan ke syurga terbentang luas, lorong ke neraka pun sedia terbuka. Tepuk dada tanyalah iman.

IKLAN
Previous

Status solat dalam keadaan takut dan risau

June 27, 2022
Next

Inilah TIGA sebab amalan menjadi sia-sia

June 27, 2022

Related posts

Trauma penderaan
Isu,

Trauma penderaan wujudkan personaliti pemangsa

by Nurul Fatiha MuahAugust 12, 2022
Dera anak angkat
Isu,

Dera anak angkat ibarat mencabuli amanah yang dipertanggungjawabkan

by Nurul Fatiha MuahAugust 12, 2022
mualaf atau dibesarkan Islam, kita semua perlu tegakkan agama ALLAH
Isu,

Mualaf atau dibesarkan Islam, kita semua perlu menegakkan agama ALLAH

by Sarrah MohsinAugust 11, 2022
Untitled design (7)
Berita Semasa, Dalam Negara, Isu,

Ikhlas jaga agama, hindari bala ALLAH

by Muhd Azman Mohd NawiAugust 10, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.