Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

Gembira atas musibah orang lain? Segera nyahkan perasaan itu jauh-jauh

by Nurulfatiha MuahJanuary 3, 2023
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Musibah orang lain
JANGAN sesekali mentertawakan atau gembira atas musibah orang lain. -GAMBAR HIASAN/ FOTO: FREEPIK

KITA menyaksikan beberapa bentuk musibah terhadap orang lain berlaku sejak penghujung tahun lalu sehinggalah 2023 membuka tirainya.

Bermula dengan kejadian bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh, sampailah insiden kebakaran yang meragut nyawa dan mengakibatkan kehilangan harta benda baru-baru ini.

Melihatnya sahaja sudah mengundang duka dan walang dalam hati, apatah lagi mereka yang terpaksa merentasi sendiri dugaan sedemikian rupa.

Sebagai insan di sekeliling yang menyaksikan orang lain berdukacita atas ujian menimpa, sewajarnya kita juga menzahirkan perasaan sama dan bersimpati dengan mereka.

Baca juga Musibah itu penghapus dosa, ini rupanya sebab ramai yang tak sedar perkara ni

IKLAN

Andai tidak mampu membantu, doakanlah kesejahteraan mereka dan diberi kekuatan untuk menempuhinya dengan sabar. Jangan sesekali menambah beban kesulitan mereka dengan kata-kata nista mahupun berbaur ejekan.

Malangnya, masih ada lagi sebilangan insan yang tiada sekelumit rasa empati itu. Sebaliknya, terdapat mereka yang tergamak menzahirkan perasaan gembira dengan musibah orang lain.

Paling ketara apabila emoji suka terpamer jelas pada laman media sosial masing-masing atas perkhabaran duka yang menimpa insan lain. Seolah-olah tidak sensitif dan riang menerima berita penderitaan orang. Itu belum lagi komentar tidak sensitif yang dilontarkan.

Musibah

BERHENTILAH daripada memberikan komen jelik atas musibah yang menimpa orang lain. -FOTO: FREEPIK

Ketahuilah bahawa mentertawakan kesusahan orang lain merupakan akhlak yang jelik dalam Islam.

Memetik artikel yang disiarkan di laman web islamkaffah.id, sifat itu disebut sebagai syamatah.

Imam Ghazali Rahimahullah mendefinisikan syamatah sebagai suatu keseronokan atau kegembiraan kerana perkara buruk menimpa seseorang yang tidak sepatutnya menghempapnya.

IKLAN

“Pelakunya pula dipanggil sebagai syamit iaitu seseorang yang berasa gembira apabila ada orang Islam atau sardara-maranya yang ditimpa musibah. Malah, dia sering mempersendakan peristiwa yang berlaku.

“Itu adalah penyakit hati yang sememangnya wujud dalam diri seseorang. Bahkan, syamit sebenarnya adalah sifat yang ada pada orang kafir dan munafik yang tidak senang dengan kehebatan dan kebahagiaan umat Islam,” katanya sebagaimana dipetik dalam laman web berkenaan.

Dalam sebuah Hadis Riwayat Imam at-Tirmizi, ada dinyatakan dengan jelas supaya kita tidak bergembira dengan musibah yang menimpa saudara masing-masing kerana ALLAH SWT akan merahmatinya, sebaliknya menimpakan musibah kepada kita pula.

Baca juga 5 cara ALLAH SWT menghapuskan dosa hamba-NYA. Cara yang kelima sangat sukar dilalui manusia, namun besar ganjaran menanti

Bagaimanapun, menurut Rumaysho.com, Syeikh Al Albani dan Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilaliy menyatakan hadis itu berstatus daif.

Meskipun demikian, kehormaan sesama Islam secara umumnya memang tidak boleh diinjak-injak termasuklah andai salah seorang saudara seagama kita ditimpa musibah, usahlah kita bergembira kerananya.

IKLAN
Musibah

JAGALAH pertuturan dan segala tindak-tanduk kita agar tidak mengguris hati orang lain. -FOTO: 123RF

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang itu dilabel hodoh jika dia memandang rendah kepada saudara Islam yang lain. Sesama Muslim diharamkan darah, harta dan kehormatan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Memetik kitab Syarh Riyadhus Solihin, Syeikh Muhammad bin Shalih al-’Utsaimin Rahimahullah menyatakan: “Jika seseorang mencela Muslim yang lain, boleh jadi orang yang difitnag itu diberkati ALLAH. Kemudian juga orang yang memburuk-burukkan musibah. Seperti ini banyak berlaku.”

Menurut Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilaliy dalam Bahjatun Nazhirin, beliau menyatakan: “Musibah yang menimpaku boleh jadi azab dan ujian. Ia boleh jadi sebagai penebus dosa dan meninggikan darjat. Jadi jika seseorang bergembira atas musibah orang lain, maka ia tidak layak. Kerana manusia boleh berbuat dosa dan melakukan kesilapan. Kemudian dia mendapat musibah kerana kesilapannya. Siapa yang menjamin bahawa dia sendiri boleh diselamatkan daripada dosa?”

Justeru, usahlah sewenang-wenangnya mentertawakan orang lain. Ia merupakan perbuatan yang keji kerana menghina akan menyebabkan hatinya terluka.

Baca juga Tiga kesalahan bergurau yang boleh mendatangkan dosa di media sosial

Ingatlah, kita tidak mahu bagaimana pengakhiran hidup seseorang. Barangkali orang yang kita ketawakan tadi lebih mulia di sisi ALLAH SWT kerana dia telah bertaubat dan beriman kepada-NYA sebelum menemui Pencipta-NYA.

***Foto: Freepik

IKLAN
gembira atas musibah orang lainmusibahMusibah orang lainsinarislamplus
Previous

Ini suntikan ‘dos penyelamat’ agar tidak menjadi Mat Jenin moden yang bermimpi pada siang hari

December 30, 2022
Next

Kucing bukan haiwan kesayangan Nabi SAW? Ini sebabnya

January 3, 2023

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (71)
Isu,

Adakah pengurus masjid perlu mengganti duit masjid yang dicuri?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
ambil hutang
Isu,

Kawan liat bayar hutang, bolehkah ambil wangnya secara senyap-senyap?

by Sarrah MohsinJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (58)
Isu,

Jauhkan diri daripada pengampu

by Fatin Fatihah HussinJanuary 17, 2023
Layanan 'tip-top'
Isu,

Kepada para suami, teladani layanan ‘tip-top’ Rasulullah SAW terhadap isteri-isteri baginda

by Nurulfatiha MuahJanuary 16, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.