Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Isu,

Fenomena Gerhana Tiada Kaitan Dengan Perkara Khurafat

by Nurul Fatiha MuahJune 4, 2021
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Fenomena gerhana
KEJADIAN gerhana matahari merupakan bukti dan tanda kekuasaan ALLAH SWT.

Oleh RAFIUDDIN MOHD YUSOF

PADA tanggal 26 Mei lalu, beberapa negara di dunia dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan atau ‘bulan berdarah’ dengan jelas.

Kejadian penuh menakjubkan itu berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris serta keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra.

Bulan dengan perlahan-lahan bertukar daripada warna putih bersinar kepada kemerahan. Kesan umbra itulah yang boleh dilihat dengan mata kasar manusia.

Mengikut perkiraan, fenomena serupa dijadualkan akan terjadi sekali lagi pada 26 Mei 2040, 7 Mei 2050, 6 Mei 2069, 17 Mei 2087 dan 29 Mei 2106. Sela masa yang amat jauh nampaknya.

IKLAN

Sesungguhnya, kejadian tersebut di luar batas kemampuan makhluk di muka bumi ini. Wajib kita akui bahawa kesemua itu dicipta oleh ALLAH SWT yang merupakan pemilik kerajaan langit dan bumi. DIA memiliki kehebatan dan kekuasaan dalam mentadbir dunia ini.

Ya, fenomena gerhana adalah antara salah satu bukti dan tanda kekuasaan-NYA. Apabila menyaksikannya, ramai yang hilang kata-kata dek rasa takjub dengan keunikan alam semesta yang tiada tandingan itu.

Sehingga kini, ramai penyelidik berlumba-lumba mengkaji di sebalik fenomena gerhana. Masih ada rahsia yang tersembunyi yang masih belum dirungkai. Bukan sahaja pengkaji dalam kalangan Muslim, malah mereka yang bukan beragama Islam turut sama menunjukkan minat yang mendalam.

Fenomena gerhana

FENOMENA gerhana yang berlaku di dunia ini sarat dengan bukti keesaan dan kebesaran ALLAH SWT sebagai pencipta alam semesta.

Begitulah kehebatan ALLAH SWT yang menciptakan sesuatu yang di luar kemampuan akal manusia semata-mata mahu umatnya sentiasa bersujud dan tidak jemu memuji-NYA.

Firman ALLAH SWT: “Dan tidaklah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, DIA berkuasa. Dan DIALAH MAHA PENCIPTA lagi MAHA MENGETAHUI.” (Surah Yasin, ayat 81)

Tolak kepercayaan khurafat

Sebagai seorang yang beriman, fenomena gerhana matahari ataupun bulan seharusnya menjadi medan dan kesempatan tambahan kepada kita untuk meningkatkan tahap keimanan kepada-NYA.

IKLAN

Baca juga Semakin Ramai Yahudi Memeluk Agama Islam Membimbangkan Israel

Mengakui kebesaran ALLAH SWT sebagai Tuhan yang menciptakan alam yang terbentang luas ini menunjukkan bahawa kita salah seorang insan bertakwa di sisi-NYA. Maka, kita perlu sentiasa berusaha melaksanakan amal ibadah semata-mata mengakui ALLAH sebagai PENCIPTA YANG MAHA KUASA di atas segala-galanya.

Firman ALLAH SWT: “Dan di antara tanda-tanda kebesaran-NYA ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, tetapi sujudlah kepada ALLAH yang menciptakannya, jika betullah kamu hanya menyembah kepada-NYA.” (Surah Fussilat, ayat 37)

Sesungguhnya, umat Islam juga sangat digalakkan untuk melaksanakan solat sunat gerhana. Hukumnya adalah sunat muakkad iaitu solat sunat yang dituntut. Ini kerana keagungan dan kebesaran-NYA dari pelbagai sudut sudah terpampang di depan mata dan tidak perlu diragui lagi.

Fadilatnya sungguh besar. Antaranya, kita dapat menzahirkan rasa kagum dan takjub akan keindahan dan pesona alam ciptaan-NYA.

Selain itu, amalan itu juga mampu membibitkan rasa rendah diri dan sentiasa bermuhasabah atas kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan. Maklum sahajalah, kita hanya insan kerdil di atas muka bumi ini yang sememangnya tidak pernah lari daripada melakukan pelbagai kekhilafan.

IKLAN
Fenomena gerhana

PEMANDANGAN fenomena gerhana bulan penuh paling lama pada abad ke-21 yang dirakan berhampiran Balai Cerap Teluk Kemang, Negeri Sembilan sekitar tahun 2018.

Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya matahari dan bulan itu dua tanda daripada segala tanda-tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan ALLAH SWT, tiada gerhana keduanya kerana mati seseorang atau hidupnya, maka apabila kamu lihat akan demikian itu, maka hendaklah kamu bersembahyang.” Dan baginda bersabda: “Maka sembahyanglah kamu hingga disingkap kembali oleh ALLAH kepada kamu semua (bulan dan matahari).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis berkenaan jelas memberi peringatan kepada semua umat Islam supaya jangan mempercayai perkara-perkara khurafat atau kepercayaan yang mengarut sehingga merosakkan akidah akibat daripada peristiwa gerhana ini.

Sedangkan kejadian itu seharusnya mendekatkan diri kita kepada ALLAH SWT. Ambillah kesempatan atas kejadian gerhana untuk kita memperbanyakkan istighfar dan membasahkan lidah dengan berzikir mengagungkan keesaan ALLAH.

Sebutlah kalimah ALLAH SWT sebanyak mana yang kita mampu agar tidak mensiasiakan salah satu peristiwa yang cukup bermakna itu.

Renungkanlah firman ALLAH SWT: “Dan katakanlah (wahai Muhammad): Segala puji tertentu bagi ALLAH (yang melimpahkan nikmat-nikmat-NYA yang tidak terhitung), DIA akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaan-NYA supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan jelas nyata) dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan.” (Surah an-Naml, ayat 93)

***Rafiuddin Mohd Yusof ialah Ketua Unit Hal Ehwal Islam, Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor

Foto: Bernama

IKLAN
bukan khurafatFenomena gerhanakeesaan ALLAHsinarislamplus
Previous

Bersama Pertahankan Kesucian Bumi Palestin, Berdosa Jika Umat Islam Tidak Ambil Tahu

June 4, 2021
Next

“Solat taubat dulu, sebelum tunai solat sunat lain”- Ebit Lew

June 4, 2021

Related posts

pexels-javon-swaby-3279695
Isu,

‘Siapa kalah kena belanja’, hati-hati kerana ia gurauan berunsur judi.

by Fatin Fatihah HussinJuly 4, 2022
pexels-tima-miroshnichenko-7991579
Isu,

Menonton wayang di pawagam, syarat dan garis panduan yang diharuskan.

by Fatin Fatihah HussinJuly 4, 2022
cinta negara
Isu,

Kita perlu cinta dan pertahankan negara seperti Nabi SAW

by Sarrah MohsinJuly 4, 2022
wuduk penyeri wajah
Isu,

Naikkan seri wajah dengan air wuduk, benarkah begitu?

by Sarrah MohsinJuly 3, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.