Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

Fenomena Gerhana Bulan Esok, Ini Kaifiat Mudah Untuk Solat Sunat Khusuf

by Nurulfatiha MuahMay 25, 2021
3
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Solat sunat gerhana bulan
PEMANDANGAN fenomena gerhana bulan penuh paling lama pada abad ke-21 yang dirakan berhampiran Balai Cerap Teluk Kemang, Negeri Sembilan sekitar tahun 2018.

ESOK kita bakal menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh atau dipanggil Super Flower Blood Moon.

Memetik infografik yang dikeluarkan oleh Agensi Angkasa Malaysia, fenomena berkenaan akan bermula jam 4.47 petang dan berakhir jam 9.50 malam waktu tempatan.

Bagi mereka yang tinggal di Semenanjung Malaysia, masyarakat akan dapat menyaksikan fenomena tersebut ketika fasa gerhana maksimum, manakala penduduk di Sabah dan Sarawak pula dapat melihatnya ketika fasa gerhana separa.

Gerhana bulan tersebut berlaku selepas bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee) dengan jarak 357,309 kilometer.

Ia bukan sahaja dapat dilihat di Malaysia, tetapi juga di timur Australia, New Zealand dan kepulauan Pasifik termasuk Hawaii.

Pada hari berkenaan, menurut Agensi Angkasa Malaysia, kita bakal menyaksikan bulan kelihatan berwarna kemerah-merahan selama kira-kira 14 minit pada fasa gerhana penuh. Fenomena itu akan berlaku selepas beberapa jam bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi.

Ketahuilah, kejadian gerhana itu merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan ALLAH SWT. Pemilik kerajaan langit dan bumi itu MAHA BERKUASA ke atas segalanya.

Baca juga Peristiwa Penting Dalam Bulan Syawal

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda daripada tanda-tanda kekuasaan ALLAH. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada ALLAH, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Melihat ungkapan hadis berkenaan, jelaslah bahawa kita digalakkan untuk menunaikan solat sunat gerhana andai berlakunya fenomena berkenaan.

IKLAN
Solat sunat gerhana bulan

SOLAT sunat Khusuf boleh ditunaikan secara berjemaah atau bersendirian.

Justeru, umat Islam disyariatkan supaya mendirikan solat sunat khusuf (gerhana bulan) selepas menunaikan solat Maghrib esok.

Gerhana akan mula kelihatan di ufuk timur selepas terbenamnya matahari atau selepas Maghrib dan akan berakhir sekitar jam 8.52 malam mengikut negeri masing-masing.

Memetik hantaran di laman sosial Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum mendirikan solat sunat Khusuf itu adalah sunat muakkad.

“Solat sunat dua rakaat itu boleh ditunaikan sama ada secara bersendirian atau berjemaah. Namun begitu, lebih afdal jika ia ditunaikan secara berjemaah.

“Tempoh solat dari bermulanya gerhana hingga tamat fenomena tersebut,” katanya.

Solat sunat gerhana bulan

DIGALAKKAN berdoa kepada ALLAH saat berlakunya fenomena gerhana.

Barangkali musim Perintah Pergerakan Kawalan yang masih berkuat kuasa menyulitkan kita atau mungkin sahaja tidak berpeluang menunaikan solat sunat berkenaan di rumah ALLAH.

Begitupun, ia tidak sepatutnya dijadikan alasan kerana ia boleh sahaja dilakukan di mana-mana sahaja kita berada walaupun di dalam rumah.

Bagi memudahkan kita untuk menunaikan solat sunat Khusuf, Sinar Islam Plus menyediakan panduan sebagaimana yang disarankan oleh kebanyakan Jabatan Mufti Negeri dan Pejabat Mufti Negeri masing-masing.

Berikut merupakan tatacara solat sunat gerhana bulan:

1. Lafaz niat: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana ALLAH SWT.”

Solat sunat gerhana bulan

NIAT dan takbiratulihram sebelum membaca Surah al-Fatihah dan surah pilihan.

IKLAN

Selepas berniat dan takbiratulihram, membaca doa iftitah, berta’awuz, membaca Surah al-Fatihah dan surah lain.

Ketika bacaan al-Fatihah dan surah dilafazkan, disunatkan untuk menyaringkan suara apabila menunai solat sunat gerhana bulan. Sementelah, untuk solat sunat gerhana matahari pula, sunat memperlahankan suara.

2. Rukuk yang panjang.

Solat sunat gerhana bulan

RUKUK.

3. Bangun daripada rukuk (iktidal) dan membaca al-Fatihah serta surah lain.

Solat sunat gerhana bulan

MEMBACA al-Fatihah dan surah pilihan.

4. Rukuk yang panjang.

5. Iktidal.

IKLAN

6. Sujud yang panjang.

Solat sunat gerhana bulan

SUJUD.

7. Duduk antara dua sujud.

Solat sunat gerhana bulan

DUDUK antara dua sujud.

8. Sujud yang panjang.

9. Berdiri untuk rakaat kedua dan ulanginya sepertimana dilakukan pada rakaat pertama. Ia diakhiri dengan tahiyat akhir dan salam.

Usai menunaikan solat sunat berkenaan, kita disunatkan membaca khutbah yang boleh dimuat turun menerusi laman web pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Selain itu, sebelum mula menunaikan solat sunat gerhana berkenaan, kita juga sebenarnya disunatkan untuk mandi sebagaimana hendak mendirikan solat Jumaat.

Mudah, bukan? Jom kita sama-sama tunaikan bersama ahli keluarga esok.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Perak

Foto: Bernama & Freepik

IKLAN
fenomena gerhana bulansinarislamplusSolat sunat gerhana bulansolat sunat khusuf
Previous

Peristiwa Penting Dalam Bulan Syawal

May 24, 2021
Next

‘Story of Palestine’ mendapat 11.2 Juta Tontonan

May 25, 2021

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (74)
Isu,

Suka tengok gusti, Ustaz Azhar Idrus jelaskan hukum melihat aurat ahli gusti

by Fatin Fatihah HussinJanuary 19, 2023
GAMBAR PORTAL FB (71)
Isu,

Adakah pengurus masjid perlu mengganti duit masjid yang dicuri?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
ambil hutang
Isu,

Kawan liat bayar hutang, bolehkah ambil wangnya secara senyap-senyap?

by Sarrah MohsinJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (58)
Isu,

Jauhkan diri daripada pengampu

by Fatin Fatihah HussinJanuary 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.