Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
    • POV Podcast
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
    • POV Podcast
  • Aqidah
Isu,

Fahami satu ayat al-Quran lebih baik daripada dibaca sehingga khatam? Berikut penjelasannya

by Nurulfatiha MuahJune 22, 2022
3
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Khatam

SELALU kita dengar ungkapan ‘Ayat al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi perlu difahami isi kandungannya’.

Jika diteliti, pernyataan tersebut ada benarnya. Masakan tidak, andai tidak faham langsung apa yang dibaca, sudah pasti kita tidak dapat mengambil inti patinya untuk diimplementasikan dalam kehidupan seharian.

Sedangkan, mukjizat agung Nabi Muhammad SAW itu diturunkan untuk memberi panduan kepada umat Islam supaya tidak terjerumus ke kancah kesesatan.

Ayat al-Quran

AL-QURAN bukan sekadar dibaca bahkan diambil pengajaran daripadanya.

Justeru, betapa pentingnya berpegang teguh dengan kalam ALLAH, selain hadis Rasulullah sehingga kita dijemput ALLAH ke alam barzakh.

IKLAN

Namun begitu, terdapat segelintir individu yang gemar membaca al-Quran setiap hari tanpa gagal, tetapi jarang sekali untuk meneliti bait-bait kalamullah yang dibacanya.

Ada juga yang berlumba-lumba untuk mengaji dan khatam al-Quran dengan cepat.

Benarkah memahami satu ayat al-Quran itu lebih baik daripada membacanya sahaja sehingga khatam?

Menjawab persoalan itu, pendakwah Ustaz Muhammad Fahmi Rusli menjelaskan, tujuan utama al-Quran diturunkan adalah untuk ditadabbur.

USTAZ MUHAMMAD FAHMI

“Ia bukan semata-mata untuk dibaca, tetapi dibaca beserta kefahaman dan penghayatan terhadap makna-makna ayat yang dibaca,” jelasnya sebagaimana dipetik menerusi ciapan di Twitter miliknya.

IKLAN

Baca juga Lelaki Jordan Miliki Al-Quran Terkecil Dunia, Habis Baca Surah Al-Baqarah Guna Mikroskop

Ia sebagaimana yang dirakamkan dalam firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Kitab (al-Quran) yang KAMI turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal sihat mendapat pengajaran.” (Surah Sad, ayat 29)

Dalam pada itu, Muhammad Fahmi yang juga Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berkongsi tentang amalan para sahabat Nabi Muhammad SAW ketika membaca al-Quran.

“Mereka tidak akan meneruskan bacaan setelah membaca 10 ayat sehinggalah mereka memahami, menghayati dan mengamalkan inti patinya. Setelah itu, barulah mereka meneruskan pembacaan.

“Inilah maksud ‘baca satu surah secara tadabbur lebih baik berbanding khatam satu al-Quran tanpa tadabbur’,” ungkapnya.

IKLAN

Baca juga 5 nikmat dan janji ALLAH SWT kepada pencinta al-Quran

Menguatkan hujahnya, beliau turut mengemukakan pandangan yang dinukilkan oleh Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah Rahimahullah yang menyatakan: “Membaca satu ayat dengan memikirkan dan memahaminya, lebih baik dibandingkan dengan membaca hingga khatam tanpa tadabbur dan memahami.” (Miftah Daar as-Sa’adah, jilid 1, halaman 187)

Begitupun, kepada mereka yang membaca al-Quran sahaja, ujar penceramah terbut, ia merupakan satu perbuatan yang baik dan mulia.

Ayat al-Quran

BERNIAT perkara yang baik sahaja ketika membaca al-Quran dan ambillah pengajaran di sebalik kandungan kalam ALLAH SWT tersebut.

“Akan tetapi, jika kita membaca al-Quran beserta tadabbur, itu lebih baik,” ujarnya.

Foto: 123rf & Freepik 

IKLAN
Al-Quranbaca al-Quranfahami al-Quransinarislamplustadabbur
Previous

Jangan sesuka hati berniaga depan Kaabah dan tempat ibadah lain

June 22, 2022
Next

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

June 22, 2022

Related posts

TOK KENALI
Isu,

Jaga akhlak dan adab ketika ziarah makam Tok Kenali

by Fatin Fatihah HussinAugust 24, 2023
Poligami
Isu,

Perbetulkan salah faham perihal poligami

by Nurulfatiha MuahAugust 22, 2023
Tunaikan janji
Isu,

Peringatan untuk para YB, tunaikan janji yang ditabur agar tidak tergolong dalam kelompok munafik

by Nurulfatiha MuahAugust 18, 2023
Ibu bapa
Isu,

Gagalkah ibu bapa jika anak tak ikut acuan Islam?

by Nurulfatiha MuahAugust 18, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.