Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

Enam situasi dibolehkan mengumpat yang anda perlu tahu

by Sarrah MohsinApril 11, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
DI era media sosial ini, mengumpat sudah terlalu sebati dalam kehidupan masyarakat sehinggakan ramai yang tidak rasa bersalah melakukannya.

MENGUMPAT, mengata, bergosip. Semua orang pernah melakukannya dalam kehidupan mereka tanpa sedar atau pun tidak.

Apatah lagi di era media sosial ini. Apa sahaja yang tidak disukai boleh disampaikan terus kepada orang lain dengan sekali klik. Lagilah perbuatan terkutuk ini semakin menjadi-jadi.

Bukan tidak tahu mengumpat adalah satu dosa tetapi ada semacam rasa puas hati dapat mengata orang yang kita lihat tidak sealiran dengan pemikiran kita. Akhirnya, ramai yang menuai dosa mengikutkan nafsu.

Tetapi apa yang ramai tidak ketahui, ada juga jenis-jenis umpatan yang dibolehkan syarak dan tidak membawa individu yang mengumpat itu ke dalam neraka jahanam.

SEBAGAI Muslim, jagalah percakapan anda. Jangan sampai ‘sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa’.

IKLAN

Artikel Irsyad al-Hadith Siri Ke-346: Mengumpat yang dibenarkan yang disiarkan di laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan dengan lebih lanjut.

Terlebih dahulu, apa yang dimaksudkan dengan al-Ghibah atau perbuatan mengumpat?

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Kamu tahukah apa itu mengumpat?” Para sahabat berkata: Hanya ALLAH dan Rasul-NYA yang mengetahuinya. Nabi SAW bersabda: “Kamu menyebut perihal saudaramu yang tidak disukainya.” (Hadith riwayat Muslim)

Islam merupakan sebuah agama yang amat menjaga kehormatan dan kemuliaan seseorang insan sama ada insan itu Muslim atau tidak.

Oleh itu, agama mengharamkan perkara-perkara yang boleh mencalarkan atau merosakkan maruah seseorang seperti mengumpat.

Baca juga Berpada-padalah bila bergurau, ‘haram’ kalau sampai jatuhkan maruah orang

Kepada golongan seperti ini, ALLAH SWT membuat satu perumpamaan yang dahsyat.

IKLAN

Firman ALLAH SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Di dalam ayat ini, perbuatan mengumpat diumpamakan seperti memakan daging saudaranya sendiri. Imam al-Maraghi di dalam tafsirnya menyatakan ghibah diumpamakan seperti memakan daging kerana mengumpat itu bererti menyiat-nyiat kehormatan seperti memakan dan menyiat-nyiat daging

MENGUMPAT bukan sahaja boleh menjatuhkan maruah malah boleh memutuskan tali silaturahim apabila membawa kepada fitnah.

Sungguhpun begitu, terdapat juga beberapa keadaan yang mana ghibah atau mengumpat dibenarkan. Perkara ini ada dinyatakan oleh Imam al-Nawawi menerusi kitabnya.

Menurutnya, terdapat enam jenis mengumpat yang dibenarkan dengan tujuan yang sahih dan syar’ie:
1. Membuat aduan apabila dizalimi kepada sultan atau hakim.
2. Membantu dalam menentang perkara yang mungkar dengan tujuan mengembalikan pelaku maksiat ke jalan yang benar.
3. Menceritakan kepada mufti bagi tujuan fatwa.
4. Mencegah umat Islam daripada sesuatu keburukan serta menasihati mereka seperti mereka mengambil ilmu daripada bukan ahlinya.
5. Menceritakan perihal orang yang melakukan dosa secara terang-terangan.
6. Menyebut sesuatu sifat yang telah makruf (diketahui) kepada diri seseorang itu seperti bisu atau buta dan sebagainya. Akan tetapi, jika mampu memanggilnya dengan panggilan yang lain adalah lebih baik, dan haram memanggil panggilan-panggilan tersebut dengan niat menghina.

IKLAN

Keenam-enam perkara ini dinyatakan oleh para ulama dan sebahagian besarnya disepakati akannya. Adapun, kesemua ini datang daripada dalil-dalil atau hadith-hadith yang sahih lagi masyhur.

HANYA umpatan yang mendatangkan manfaat atau untuk menyelamatkan seseorang sahaja, suatu umpatan dibenarkan.

Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi di dalam kitabnya ada juga menyebut jenis-jenis mengumpat yang dibenarkan oleh syarak sama seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di atas.

Namun demikian, mengumpat masih termasuk dalam perbuatan yang haram melainkan dengan sebab-sebab yang diizinkan syarak sepertimana yang telah dijelaskan di atas.

Sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada ALLAH SWT haruslah menjaga lidah daripada perkara-perkara yang haram dan sia-sia.

Ini kerana, ciri atau sifat orang yang beriman adalah sentiasa bercakap perkara yang baik atau mendiamkan diri daripada bercakap perkara-perkara yang lagha.

Foto: Pexels & Unsplash

IKLAN
Previous

UniMAP peneraju al Quran digital mudahkan imam baca surah panjang

April 11, 2022
Next

Membuang air di hutan? Jangan semberono memilih tempat

April 11, 2022

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (74)
Isu,

Suka tengok gusti, Ustaz Azhar Idrus jelaskan hukum melihat aurat ahli gusti

by Fatin Fatihah HussinJanuary 19, 2023
GAMBAR PORTAL FB (71)
Isu,

Adakah pengurus masjid perlu mengganti duit masjid yang dicuri?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
ambil hutang
Isu,

Kawan liat bayar hutang, bolehkah ambil wangnya secara senyap-senyap?

by Sarrah MohsinJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (58)
Isu,

Jauhkan diri daripada pengampu

by Fatin Fatihah HussinJanuary 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.