Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

Besar jasa anjing K9 dalam misi mencari dan menyelamat di Batang Kali, bukti segala ciptaan ILAHI tiada yang sia-sia

by Fatin Fatihah HussinDecember 27, 2022
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untittled Image (69)
ANTARA pasukan Unit Anjing Pengesan K9 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang turut membantu dalam SAR tanah runtuh di Batang Kali.

SETIAP makhluk ciptaan ALLAH SWT ada keistimewaan dan kelebihannya, antaranya ialah anjing. Nalurinya yang mahu dipunyai oleh tuan dan mahu berjasa kepada penjaganya.

Haiwan ini mendapat perhatian masyarakat Malaysia selepas sembilan hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh Batang Kali dilaksanakan.

Seorang pengguna Facebook, Syakir Abdul Ghafar berkata penampilan anjing daripada Unit Pengesan (K9) enam ekor adalah milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia manakala dua lagi milik PDRM merupakan antara tunjang utama yang membantu penemuan mangsa sama ada terselamat atau terkorban dalam operasi SAR ini.

“Personaliti anjing yang boleh dijadikan anjing polis adalah sentiasa bersedia khidmat dan patuh kepada tuannya, bijak serta dapat belajar dengan cepat.

“Anjing K9 mestilah berani ketika berada dalam situasi yang sangat berbahaya dan mempunyai sensitiviti bau tinggi.

IKLAN

JENIS baka anjing terhad dan dilarang import.

“Selain digunakan untuk misi mencari dan menyelamat, anjing K9 juga digunakan untuk menghidu dadah, bahan letupan, mencari bukti di tempat kejadian jenayah, melindungi orang awam, mengejar penjenayah lari dan menyerang penjenayah yang ingin berlawan dengan pihak berkuasa,” katanya.

Ketua Unit K9 JBPM, Penguasa Kanan Bomba ll Donny Chap turut memberikan respon, pihaknya tidak menjangkakan maklum balas positif masyarakat sehingga ke tahap membanggakan terhadap usaha anjing pengesan mengesan mangsa tragedi.

Baca juga Menyalahkan hujan atau kejadian alam yang berlaku ibarat menolak Sunnatullah Sang Pencipta

Menurutnya, waktu ini adalah waktu yang tepat untuk masyarakat tahu akan tugas besar yang dilakukan anjing pengesan dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa.

“Bila kami dapat tahu kisah anjing-anjing ini tular dan menerima komen positif, ada rasa teruja dan bersemangat untuk kami lebih giat dalam usaha pencarian mangsa.

IKLAN

“Kami menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi reaksi positif terhadap pasukan penyelamat,” katanya ketika ditemui pemberita.

MERUJUK kepada Mazhab Syafie, setiap inci bagi seekor anjing itu adalah dikira sebagai najis. Menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan atau hajat adalah haram di sisi Islam. Foto: Pexels

Hukum membela anjing bagi orang Islam

IKLAN

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada 14-15 Ogos 2017 telah membincangkan mengenai Hukum Pemeliharaan Anjing Sebagai Haiwan Peliharaan Oleh Orang Islam.

Mesyuarat memutuskan bahawa hukum memelihara anjing di rumah oleh orang Islam sebagai haiwan peliharaan adalah haram melainkan untuk tujuan muktabar yang termasuk dalam keperluan dan kemaslahatan.

Antaranya adalah untuk tujuan:

i. Perburuan; anjing yang digunakan bukanlah anjing “comel” dijadikan “teman” untuk bermanja, tetapi anjing yang garang atau tahan lasak dan sesuai dijadikan untuk berburu. Walau bagaimanapun, Islam hanya membenarkan perburuan adalah untuk mendapatkan makanan, bukan memburu kerana sukan, suka-suka dan berseronok-seronok kerana Islam tidak membenarkan haiwan dibunuh atau diseksa atau diusir dari tempat yang lazim mereka tinggal, hanya untuk suka-suka.

ii. Anjing pemandu jalan; untuk dijadikan anjing pemandu jalan seperti untuk orang buta sekiranya amat memerlukan dan tiada orang lain yang dapat membantu.
iii. Keselamatan; untuk tujuan keselamatan pihak berkuasa seperti Polis dan Kastam, dan juga untuk mengawal keselamatan di sekitar rumah.

iv. Membantu penternakan haiwan.

SUMBER: JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG

IKLAN
Previous

Malaikat Munkar dan Nakir bersoal jawab dengan mayat di alam barzakh dalam bahasa apa?

December 23, 2022
Next

Dunia Islam turut menanti solusi lebih tuntas depani krisis kemanusiaan sejagat pada 2023

December 27, 2022

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (71)
Isu,

Adakah pengurus masjid perlu mengganti duit masjid yang dicuri?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
ambil hutang
Isu,

Kawan liat bayar hutang, bolehkah ambil wangnya secara senyap-senyap?

by Sarrah MohsinJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (58)
Isu,

Jauhkan diri daripada pengampu

by Fatin Fatihah HussinJanuary 17, 2023
Layanan 'tip-top'
Isu,

Kepada para suami, teladani layanan ‘tip-top’ Rasulullah SAW terhadap isteri-isteri baginda

by Nurulfatiha MuahJanuary 16, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.