Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Isu,

Bela ular atau binatang liar, apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 20, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
pexels-pixabay-34426
ULAR merupakan reptilia yang tidak memiliki anggota tubuh, sehingga ia bergerak dengan melata menggunakan permukaan perutnya.

HARI ini, banyak dokumentari yang diterbitkan mengenai kisah seseorang yang membela ular sebagai haiwan peliharaan. Jika diluaskan di dalam konteks Islam sendiri apakah hukum memelihara ular atau binatang liar ini.

Di dalam al-Quran banyak kisah yang menceritakan tentang haiwan. Antaranya seperti kisah nabi Sulaiman dan semut, nabi Ibrahim dan burung pipit, pasukan gajah, burung ababil dan sebagainya.

Setiap haiwan yang diciptakan ALLAH SWT di atas muka bumi ini mempunyai kepentingan dan hikmahnya tersendiri.

Antara hikmah haiwan ini diciptakan adalah sebagai pelengkap dalam menyempurnakan ibadat korban dan akidah, sebagai sumber makanan, sebagai lambang mukjizat para nabi dan rasul, sebagai penawar segala jenis penyakit dan sebagainya.

Haiwan liar seperti ular adalah reptilia yang tidak memiliki anggota tubuh, sehingga ia bergerak dengan melata menggunakan permukaan perutnya. Secara umumnya ada dua jenis ular, ular berbisa (Venomous snake) dan ular tidak berbisa (Non-venomous snake).

HUKUM MEMELIHARA ULAR DALAM PANDANGAN ISLAM?

IKLAN

Menjawab soalan tentang hukum memelihara ular, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus di dalam satu sesi tazkirah yang disiarkan di laman YouTube menjelaskan,

“Ulamak kata kalau benda tu mudaratkan nyawa orang atau mencederakan orang maka hukumnya haram. Kalau benda yang tidak memudaratkan orang luar tu, tidak ketik (gigit) orang, ular eksotik, tidak mempunyai bisa dan makan pun seperti manusia, maka makruh kerana tiada manfaat”.

Melalui penjelasan itu, hukum membela ular adalah haram jika ia memudaratkan orang yang memeliharanya. Manakala walaupun ular itu tidak berbisa dan tidak menggangu kehidupan sekitar hukumnya makruh kerana tiada manfaat yang dapat diperoleh.

HUKUM membela ular adalah haram jika ia membawa kepada kemudaratan.

Daripada Aisyah RA, Nabi SAW bersabda “lima binatang fawasiq yang boleh dibunuh di tanah halal dan haram (atau dalam keadaan berihram), iaitu ular, burung gagak hitam bercampur putih, tikus, anjing gila, burung helang”. (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE – 640: HUKUM MEMELIHARA DAN BERJUAL BELI ULAR

Terdapat beberapa riwayat hadis yang menunjukkan bahawa Baginda SAW memerintahkan agar ular dibunuh sama ada dalam keadaan berihram atau tidak ihram.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud, bahawa Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan orang yang sedang berihram untuk membunuh ular di Mina” (Hadis Riwayat Muslim)

Menurut imam Nawawi, hadis ini menunjukkan bahawa seseorang yang sedang berihram diharuskan untuk membunuh ular.

IKLAN

Baca juga Beri tip kepada penghantar makanan, ini hukumnya yang perlu kita tahu

Sepertimana yang diketahui orang dalam keaadan ihram dilarang untuk membunuh binatang, namun syarak memberi pengecualian terhadap binatang-binatang pengganggu, bahkan hukumnya sunat dibunuh untuk menghindari kemudaratan.

Ibn Hajar al-Haitami menyatakan haram mengurung lima binatang pengganggu dan perosak di dalam kandang untuk tujuan pemeliharaan.

Menurut Imam al-Zarkasyi, seseorang yang mukalaf diharamkan memelihara beberapa jenis binatang, antaranya anjing yang tidak dibenarkan oleh syarak dan juga binatang perosak yang lain seperti helang, tikus, burung gagak dan ular.

• Hukum Jual Beli Ular

Imam al-Nawawi menyatakan tidak sah jual beli haiwan yang tidak mendatangkan manfaat seperti kumbang, kala jengking, ular, tikus semut dan seumpamanya.

IKLAN

Fuqaha turut bersepakat bahawa tidak boleh dijual beli hasyarat (antaranya serangga) yang tidak memberi manfaat kerana tidak menepati syarat barang jualan iaitu barang jualan mestilah mempunyai nilai manfaat.

TIDAK sah jual beli haiwan yang tidak mendatangkan manfaat seperti kumbang, kala jengking, ular, tikus semut dan seumpamanya.

Oleh yang demikian, haram menjual hasyarat (antaranya serangga) seperti tikus, ular, kala jengking, kumbang, semut dan seumpamanya. Adapun sekiranya sebahagian haiwan serangga mempunyai manfaat, maka ia harus dijual seperti ulat sutera untuk dijadikan kain sutera dan serangga lebah yang boleh menghasilkan madu.

Setelah meneliti perbahasan yang dikemukakan, haram memelihara haiwan yang dianjurkan untuk dibunuh terutamanya binatang yang berbahaya seperti ular.

Bahkan, ular termasuk dalam kelompok haiwan penggangu dan perosak (fawasiq) dan tiada manfaat untuk diperdagangkan.

Baca juga Berdoa Di Dalam Tandas, Ini Hukumnya

Setiap barangan jualan yang tiada nilai manfaat adalah tidak sah transaksinya kerana tidak menepati syarat jual beli.

Jelas sekali hukum memelihara ular atau binatang liar adalah haram di sisi Islam. Jika masih ada yang ingin memelihara reptilia ini sebagai haiwan peliharaan dengan tujuan tertentu, rujuklah kembali pandangan ulama’ mengenai hukumnya.

IKLAN
Previous

Kesihatan mental kanak-kanak di Gaza merosot akibat 15 tahun ‘dikepung’

June 20, 2022
Next

Masjid al-Ghamamah, tempat terakhir Nabi SAW solat raya

June 20, 2022

Related posts

pexels-cottonbro-5081930
Isu,

Jaga diri elak berbuat jahat, berjuta saksi di Padang Mahsyar

by Fatin Fatihah HussinJune 28, 2022
sunnah basahkan badan
Isu,

Sunnah basahkan badan ketika hujan yang ramai tak tahu

by Sarrah MohsinJune 28, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (27)
Isu,

Inilah TIGA sebab amalan menjadi sia-sia

by Nurizan Abu KassanJune 27, 2022
pexels-fauxels-3183197
Isu,

Hati-hati pilih pemimpin, jangan sampai ke neraka bersamanya

by Fatin Fatihah HussinJune 27, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.