Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

Apabila berjabat tangan, genggamlah lama sedikit kerana itu lebih baik

by Sarrah MohsinMay 17, 2022
3
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
bila berjabat tangan
KELONGGARAN sekatan COVID-19 yang diberikan kerajaan membuka peluang untuk warga Malaysia bergaul seperti biasa.

BERMULA 1 Mei lalu, kerajaan telah melonggarkan pelbagai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diwujudkan sebelum ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Berbeza dengan dua tahun sebelumnya, kita sudah boleh mengadakan perhimpunan beramai-ramai serta berjabat tangan apabila bertemu dengan sahabat handai dan sanak-saudara.

Namun, jangan lupa membasuh tangan selepas itu. Walau seronok dapat bergaul kembali seperti sediakala, kita masih perlu berwaspada dengan jangkitan wabak berbahaya itu.

bila berjabat tangan

USTAZAH ASMA’ HARUN

Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun berpesan agar jangan sesekali lokek dalam memberi salam tatkala bertemu mata dengan saudara Muslim yang lain.

IKLAN

“Apabila berjumpa dengan sahabat di sekolah atau sedang berjalan, bagi salam dahulu sebelum bercakap.

Hendak pergi kerja, bagi salam. Masuk rumah jumpa anak-anak, ucapkan ‘Assalamualaikum’”

bila berjabat tangan

WALAU tampak remeh, namun amalan memberi salam dan bersalaman sesama ahli keluarga dapat mengeratkan tali silaturahim.

Kata Ustazah Asma’, itulah antara syiar Islam yang akan hilang dahulu.

Hakikatnya, kebanyakan masyarakat kini hanya memberikan salam kepada orang yang dikenali sahaja.

Lebih teruk, ada juga yang langsung tidak menegur walau mereka mengenali individu tersebut.

Baca juga Bila orang bukan Islam beri salam, apa harus kita jawab…

Amalan salam dan bersalaman itu sendiri dapat menggugurkan dosa. Daripada al-Bara bahawa Nabi SAW bersabda,

IKLAN

“Tidaklah ada dua orang muslim itu apabila bertemu, lalu bersalamanan, melainkan akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah.” (Riwayat Ahmad)

Apabila berselisih dengan sahabat, Rasulullah SAW pasti akan berjabat tangan dengannya. Baginda juga tidak akan melepaskan genggaman tersebut sehinggalah tangannya dilepaskan oleh orang yang satu lagi.

bila berjabat tangan

ANTARA syiar Islam yang kian menghilang apabila umat Islam sekarang sudah jarang bertegur sapa dengan satu sama lain melainkan orang tersebut dikenalinya.

“Lepas solat, isteri salam suami, ibu bapa salam anak-anak. Cium tangan. Pegang tangan lama sedikit,” titipnya.

Pasangan suami isteri juga boleh mengambil peluang meminta kemaafan atas kekhilafan masing-masing pada waktu ini.

IKLAN

Selain itu, ada doa dalam setiap salam yang diberikan.

“‘Assalamu’ bermaksud sejahtera ke atas kamu. ‘Alaikum’,ke atas kamu semua serta ‘Warahmatullah’, dan rahmat ALLAH. ‘Wabarakatuh’ iaitu berkat daripada ALLAH SWT.

bila berjabat tangan

SEBENARNYA bukan susah untuk mendapatkan pahala. Bayangkan, dengan memberi salam sahaja dapat menggugurkan dosa.

Apabila kita memberikan salam, kita mendoakan tiga perkara. Kesejahteraan, rahmat ALLAH dan berkat daripada ALLAH. Tambahan pula, sesiapa yang mendoakan saudaranya akan mendapat doa daripada malaikat.

Jadi, bilamana kita memberikan salam, kita juga sedang mendoakan kebaikan untuk orang lain dan doa itu kembali kepada kita.” kata Ustazah Asma’.

Maka, jangan lupa memberi salam setiap kali berselisihan dengan saudara seislam yang lain sekalipun kita tidak mengenali individu berkenaan.

Foto: Pexels & Unsplash

IKLAN
Previous

Berwuduk dalam keadaan tidak berpakaian, sah atau tidak?

May 13, 2022
Next

90 peratus platform media sosial mengandungi unsur islamofobia

May 17, 2022

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (74)
Isu,

Suka tengok gusti, Ustaz Azhar Idrus jelaskan hukum melihat aurat ahli gusti

by Fatin Fatihah HussinJanuary 19, 2023
GAMBAR PORTAL FB (71)
Isu,

Adakah pengurus masjid perlu mengganti duit masjid yang dicuri?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
ambil hutang
Isu,

Kawan liat bayar hutang, bolehkah ambil wangnya secara senyap-senyap?

by Sarrah MohsinJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (58)
Isu,

Jauhkan diri daripada pengampu

by Fatin Fatihah HussinJanuary 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.