Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

Anakku, ibu ayahmu adalah penentu syurga dan nerakamu!

by Fatin Fatihah HussinFebruary 14, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB - 2023-02-14T135416.969
MARAH seorang ibu dan ayah dengan cinta, mereka memukul anaknya dengan cinta. Dia balut luka hatinya dengan cinta. - Foto: Canva

Ingatlah, ibu ayahmu penentu syurga dan nerakamu!

ACAP kali kita mendengar, ibu ayah merupakan ladang pahala buat anak-anaknya. Jasa dan bakti yang ditaburkan mereka tidak mampu kita balas walaupun dengan harta dan wang ringgit.

ALLAH berfirman dalam surah al-Isyra’ 23: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.”

BACA JUGA [Video] Cara terbaik lupakan kisah silam yang mengaibkan

IKLAN

Perintah ALLAH SWT yang pertama di dalam ayat ini adalah arahan jelas agar menyembah-NYA dan jangan berbuat syirik. Yang kedua, secara khusus DIA memerintahkan kepada manusia, agar berbakti kepada kedua ibu bapa.

Habib Ali Zaenal Abidin pernah berkata di dalam sebuah kuliahnya, tiada hak yang lebih besar selepas ALLAH dan Rasul melainkan hak kepada kedua orang tuanya. Pengorbanan ibu bapa tiada bandingnya dengan segala harta di dunia ini.

Pengasuh anak

BERBAKTI kepada ibu bapa boleh menghapuskan dosa. -GAMBAR HIASAN/FOTO: FREEPIK

Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor pernah berkongsi di dalam satu teks khutbah Jumaat, di mana ALLAH telah menjanjikan kebaikan yang tidak terkira terhadap ketaatan dan amal bakti yang dicurahkan oleh seorang anak kepada ibu bapanya seprti berikut:

Pertama : Mentaati ibu bapa, dapat menambahkan umur dan meluaskan rezeki.

Hadis daripada Anas Bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Sesiapa yang suka bahawa dilanjutkan usianya dan ditambah rezekinya hendaklah ia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya dan menyambungkan kasih sayangnya (iaitu terhadap mereka)”. (Riwayat Imam Ahmad)

BACA JUGA Hebatnya lelaki dukung bapa tunai umrah ibarat kisah Uwais al-Qarni

IKLAN

Kedua : Berbakti kepada ibu bapa menghapuskan dosa.

Daripada Ibnu Umar RA menceritakan bahawa seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah SAW lalu berkata, “wahai Rasulullah!, bolehkah aku bertaubat?” maka baginda bersabda, “adakah kamu mempunyai ibu?” Jawab lelaki itu, “tiada”. Lalu, baginda bertanya lagi, “adakah kamu mempunyai ibu saudara perempuan?” jawabnya, “ya!”. Sabda baginda “berbaktilah kepadanya”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi).

sambut bayi baru lahir

JIKA dididik dengan baik, anak tu pasti akan membuka jalan ke syurga buat ibu dan bapanya. 

IKLAN

Amat jelas sekali seperti yang dinyatakan dalam hadis di atas, betapa pentingnya berbakti kepada ibu bapa, meskipun kepada saudara ibu bapa. Hal ini kerana dengan berbakti, seorang anak dapat menghapuskan dosa-dosa besar.

Ketiga : Berbakti kepada ibu bapa menjamin masuk syurga.

Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia,”. Lalu baginda ditanya: “Siapa ya Rasulullah?” jawab Rasulullah SAW, “Sesiapa yang mendapati kedua orang tuanya (dalam usia lanjut), atau salah seorang daripada keduanya, tetapi dia tidak berusaha masuk syurga (dengan memelihara orang tuanya sebaik-baiknya).

BACA JUGA Agar proses bersalin berjalan lancar, para ibu boleh melazimkan doa ini

Setiap orang harus sedar, ibu dan ayah membesarkan anak-anaknya dengan cinta. Marah seorang ibu dan ayah dengan cinta, mereka memukul anaknya dengan cinta. Dia balut luka hatinya dengan cinta.

Maka bagi sesiapa yang masih mempunyai kedua orang tua, berbaktilah kepada mereka, ziarahi mereka, telefon mereka, peluk mereka, cium mereka, bawa mereka mengerjakan umrah dan haji atau kemana-mana mereka suka sekiranya mampu dan sentiasa mendoakan mereka.

IKLAN
Previous

Solat tidak jejaskan urusan, prestasi seseorang – Mufti Pulau Pinang

February 14, 2023
Next

Masyarakat dunia bantu mangsa gempa Turkiye-Syria, ada sinar di sebalik bencana

February 14, 2023

Related posts

Rumah terbuka
Isu,

Ziarah-menziarahi tidak terikat ketika Aidilfitri sahaja, tetapi juga pada hari-hari lain

by Nurulfatiha MuahMay 5, 2023
Raya berjemput
Isu,

Hendak raya rumah orang pun kena berjemput ke? Ketahui pandangan Islam dalam hal ini

by Nurulfatiha MuahMay 5, 2023
buka tudung
Isu,

Isu buka tudung dan perkara lagha, ini pesan Nabi SAW terhadap orang yang ‘berubah’ ke arah kurang elok

by Sarrah MohsinApril 26, 2023
Zikir
Isu,

Boleh amalkan zikir daripada ulama dan salafussoleh, tapi pastikan tiada elemen-elemen yang dilarang syarak

by Nurulfatiha MuahApril 7, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.