Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Isu,

Aidilfitri gamit ingatan pada ibu ayah sudah meninggal, namun masih ada kesempatan untuk kita raih keredaan mereka

by Nurul Fatiha MuahMay 9, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Aidilfitri gamit ingatan pada ibu ayah
RAMAI yang akan pulang ke kampung meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama orang tua masing-masing. Namun, bagi mereka yang sudah tiada lagi ibu dan ayah, usahlah bersedih.

Oleh DR ZAIZUL AB RAHMAN

MASIH terngiang-ngiang suara ibu yang memecah kesunyian di dapur ketika kita asyik dalam persiapan menyambut Aidilfitri. Kalau ibu tiada memang kosonglah juadah ketupat dan rendang untuk santapan di pagi hari lebaran yang mulia ini. Tetapi, itu cuma hanya ilusi kenangan yang kembali mengusik memori silam. Kini suara itu berakar bisu disaksikan oleh nesan di pusara sepi menantikan kunjungan tiba anak-anak yang soleh di pagi raya.

Memang jauh di sudut hati terlintas secuit kenangan indah gurindam rindu bersama ibu tersayang yang sering menyebabkan kita banjir air mata. Bertuahlah badan sekiranya ibu dan ayah masih ada di sisi berkongsi kegembiraan dan kesyukuran di pagi Syawal. Justeru, teruslah berbakti kepada empunya rahim dan titisan susu ibu walau sesibuk manapun kita mengejar urusan duniawi.

Sesungguhnya, bila ibu telah tiada di sisi, kita sudah kehilangan sumber doa yang amat mustajab yang sentiasa mendoakan kesejahteraan, harapan dan kekuatan kepada kehidupan kita.

Sedar tak wahai insani, ibu mana yang sanggup mendoakan kecelakaan kepada anak-anaknya walaupun seringkali kita mendengar kisah ibu yang dibuang anak umpama lagenda Si Tanggang yang disumpah oleh ibunya menjadi batu kerana kederhakaannya.

Hakikatnya, masih terdapat ramai ‘Si Tanggang moden’ yang asyik lena mengejar kelunakan fatamorgana duniawi tanpa langsung menelefon, apatah lagi menjenguk makan minum dan sakit jerih ibunya di kampung. Ingat tak masa kecil dahulu, kita asyik menikmati juadah masakan ibu tanpa kita sedari makanan itu belum lagi dimakan oleh ibu kita. Banyak pengorbanan raga, jiwa dan segalanya demi kesejahteraan kita. Lebih-lebih lagi si ibu terus bersemangat berdoa tanpa rasa bosan atau putus asa untuk kebahagiaan kita walaupun jiwa menjadi taruhannya.

IKLAN
Aidilfitri gamit ingatan pada ibu ayah

KEMAAFAN ayah dan bonda sering kali dipohon terutama pada Hari Raya Aidilfitri.

Lupakah kita air susu ibu selama dua tahun yang menjadi darah daging yang dapat tak dibalas walau dengan jutaan emas sekalipun. Bergetar tak jiwa kita bila mendengar lagu dendangan Dato‘ Jamal Abdillah ‘Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya saudara masa berada, berkorban raga rela binasa, berkorban nyawa tanda kasihnya’.

Air mata manusia mana yang tidak gugur bila teringatkan dosa-dosa yang mungkin pernah dilakukan -walaupun tanpa disedari- kepada ibu yang melahirkan.

Baca juga Walaupun ibu bapa telah uzur dan nyanyuk, jangan culas jalankan tanggungjawab kepada mereka…

Ayah bonda adalah segalanya

Sebagai anak, ibu bapa adalah segalanya berbanding orang lain. Ini kerana Islam meletakkan kemuliaan ibu bapa selepas ALLAH SWT dan RasulNYA. Ketahuilah, jika ibu bapa reda kepada anaknya maka ALLAH SWT akan reda kepadanya, sebaliknya jika ibu bapanya berkecil hati atau marah kepada anaknya maka ALLAH juga akan murka kepada anak tersebut.

Ini jelas sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Daripada Abdullah bin Amru, Nabi SAW bersabda: “Keredaan ALLAH terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan ALLAH terletak pada kemurkaan ibu bapa.” (Riwayat al Imam at-Tirmizi)

IKLAN

Benarlah kata orang tua-tua, seorang ibu boleh melahirkan dan membesarkan 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu yang akhirnya rumah orang tua menjadi destinasi terakhir.

Janganlah hendaknya berulang lagi kisah al-Qamah seorang ahli ibadat yang sangat banyak beribadat di zaman Rasulullah. Tetapi selepas berkahwin terlalu memberikan perhatian kepada si isteri, lalu mengabaikan ibunya sehingga menyebabkan beliau tidak dapat melafazkan syahadah pada penghujung hayatnya.

Baca juga Jangan jadi anak tak kenang budi, jangan ambil kesempatan atas kebaikan, kemurahan hati ibu bapa

Al-Hakim dan al-Ashbahani meriwayatkan semua dosa akan ditunda oleh ALLAH hukumannya sampai hari kiamat nanti, kecuali mereka yang derhaka kepada ibu bapa. Maka, ALLAH akan segera memberi hukumannya di dunia sebelum mereka meninggal.

Kecamuk rindu menghadirkan sesalan

IKLAN

Ironinya, apabila melalui detik kehilangan orang tua, amat terasa sekali penyesalan dan hati begitu teringin untuk memutarkan waktu kembali. Lalu ketika itu akan hadir perasaan kecamuk rindu untuk pulang berbakti kepada mereka.

Kita seperti hilang arah dan tidak keruan mencari-cari di mana ibu, di mana ayah untuk dicium tangan, memohon ampun dan keredaan lebih-lebih lagi di pagi Aidilfitri.

Bagaimanapun, janganlah berasa terlalu kecewa kerana peluang itu sebenarnya masih ada walaupun mereka sudah berangkat ke negeri abadi. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa saja yang menziarahi kubur kedua orang tuanya atau salah satu dari keduanya sekali setiap jumaat maka nescaya ALLAH SWT menghapus dosanya, dan ia pun dinilai sebagai anak yang berbakti kepada orang tuanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim)

Aidilfitri gamit ingatan pada ibu ayah

ZIARAHILAH pusara kedua ibu bapa yang sudah meninggalkan kita di dunia ini dan perbuatan itu dinilai sebagai anak yang berbakti kepada orang tuanya. -Foto: SINAR HARIAN

Kemudian dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seseorang yang derhaka ketika kedua orang tuanya meninggal, lalu ia mendoakan keduanya selepas keduanya meninggal, nescaya ALLAH SWT akan mencatatnya sebagai anak yang berbakti.”

***Dr Zaizul Ab Rahman ialah Pensyarah Kanan dan Penolong Dekan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Foto: Freepik

IKLAN
Aidilfitri gamit ingatan pada ibu ayahsinarislamplus
Previous

Fahami lima waktu diharamkan solat

May 9, 2022
Next

5 ciri mukmin berjaya menurut Islam, berikut perinciannya

May 10, 2022

Related posts

pexels-tima-miroshnichenko-7991579
Isu,

Menonton wayang di pawagam, syarat dan garis panduan yang diharuskan.

by Fatin Fatihah HussinJuly 4, 2022
cinta negara
Isu,

Kita perlu cinta dan pertahankan negara seperti Nabi SAW

by Sarrah MohsinJuly 4, 2022
wuduk penyeri wajah
Isu,

Naikkan seri wajah dengan air wuduk, benarkah begitu?

by Sarrah MohsinJuly 3, 2022
sutrah
Isu,

Sutrah, penghadang daripada orang ramai ketika solat

by Sarrah MohsinJuly 2, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.