Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

Adakah pengurus masjid perlu mengganti duit masjid yang dicuri?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB (71)
DUIT masjid yang hilang dalam jagaan rapi tidak perlu diganti manakala jika hilang kerana kecuaian hendaklah diganti oleh penjaga tersebut.

DUIT hilang sering menjadi isu yang amat sensitif dalam kalangan masyarakat. Tidak kiralah duit daripada tabung masjid, tabung sekolah, bank dan sebagainya.

Realiti hari ini, apabila duit mampu menjadikan manusia bertindak di luar kawalan tanpa berfikir panjang akan soal halal atau haram.

Berbalik kepada apa yang diutarakan oleh salah seorang AJK masjid yang ditugaskan untuk mengawasi tabung masjid apabila duit tabung dalam simpanannya telah dicuri. Adakah duit tersebut perlu diganti?

Menjawab persoalan tersebut, Mufti Wilayah di laman Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-596: Adakah Pengurus Masjid Perlu Mengganti Duit Masjid Yang Dicuri? menyatakan duit masjid yang hilang dalam jagaan yang rapi tidak perlu diganti manakala jika hilang kerana kecuaian hendaklah diganti oleh penjaga tersebut.

IKLAN

Jelas Mufti, masjid merupakan salah satu institusi yang mempunyai peranan yang penting di dalam Islam. Masyarakat meletakkan satu kepercayaan yang utuh kepada institusi masjid sebagai wadah dalam penyatuan ummah melalui aktiviti yang dijalankan oleh pengurusan masjid.

solat 3 kali

MASJID merupakan salah satu institusi yang mempunyai peranan yang penting di dalam Islam. -Foto: Unsplash

“Setiap masjid akan mempunyai tabung sendiri bagi mengumpul dana dalam memastikan setiap aktiviti masjid dalam menegakkan syiar Islam dapat berjalan dengan baik.

“Pengurusan tabung masjid akan diuruskan oleh jawatankuasa yang telah diberikan amanah terhadap tabung tersebut. Segala perbelanjaan, keselamatan tabung tersebut menjadi amanah bagi jawatankuasa yang terlibat agar tidak hilang atau rosak.

“Penjagaan yang teliti harus dititikberatkan oleh pemegang amanah agar wang tersebut selamat sama ada dicuri atau berlaku penyalahgunaan. Hal ini kerana, kutipan tabung masjid boleh mencapai ribuan bahkan ratus ribu ringgit.

BACA JUGA Singgah masjid tapi tak solat tahiyyatul masjid ‘perbuatan kurang baik’

IKLAN

“Justeru, adalah menjadi kewajipan bagi pemegang amanah untuk memastikan ia selamat dengan penjagaan yang rapi. Sikap sambil lewa hanya akan membawa kepada perkara yang tidak diingini seperti hilang dicuri dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkongsi lagi, jika duit masjid yang dijaga hilang di dalam jagaannya yang rapi maka pemegang amanah tersebut tidak wajib menggantinya. Namun, jika kehilangan itu disebabkan kecuaiannya, maka pemegang amanah tersebut wajib menggantikannya.

“SETIAP harta yang rosak di tangan pemegang amanah dengan tanpa kecuaian maka dia tidak perlu menggantikannya”

IKLAN

“Sebagai contoh, wang tersebut hilang di dalam pejabat yang dikunci rapi, maka dia tidak wajib menggantikannya kerana tidak sengaja. Namun, jika dia meninggalkan wang tersebut di mana-mana tanpa pengawasan yang rapi maka dia wajib menggantikannya kerana berlaku kecuaian.

“Perkara ini dinyatakan oleh Imam Khatib al-Syarbinie di dalam kitabnya: “Setiap harta yang rosak di tangan pemegang amanah dengan tanpa kecuaian maka dia tidak perlu menggantikannya”. (Rujuk Mughni al Muhtaj 4/143)

Berdasarkan keterangan di atas, Mufti Wilayah menyimpulkan jawatankuasa yang menguruskan tabung masjid haruslah sentiasa memastikan tabung masjid berada dalam keadaan yang selamat.

“Sebarang kecuaian hendaklah dielakkan kerana jawatankuasa merupakan pemegang amanah yang bertanggungjawab ke atas keselamatan tabung masjid. Jika kehilangan disebabkan kecuaian adalah menjadi kewajipan pemegang amanah untuk menggantikannya kembali,” ungkapnya di laman sosial berkenaan.

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

Hilang di Mekah, usaha mencari Ustaz Musthafa masih diteruskan

January 18, 2023
Next

Al-Fatihah tidak boleh ditinggalkan dalam solat kerana itu dialog kita bersama ALLAH SWT

January 18, 2023

Related posts

semut
Isu,

‘Jadilah seperti semut, tahu menjaga bangsa sendiri’ – Habib Ali Zaenal Abidin

by Sarrah MohsinJanuary 30, 2023
Bekerja
Isu,

Bukan semata-mata dapatkan gaji, ketahui konsep sebenar bekerja dalam Islam

by Nurulfatiha MuahJanuary 27, 2023
Amanah
Isu,

Abaikan amanah dilabel munafik dan tidak sempurna iman

by Nurulfatiha MuahJanuary 27, 2023
perkahwinan poligami
Isu,

Manisnya perkahwinan poligami jika dilakukan dengan betul

by Sarrah MohsinJanuary 25, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.