Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

3 Golongan Umat Islam Selepas Tamat Ramadan

by Nurulfatiha MuahMay 10, 2021
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Amalan khurafat
JANGAN sesekali menjebakkan diri dengan perkara yang boleh merosakkan akidah dan keimanan kita.

KURANG daripada tiga hari, Ramadan bakal melabuhkan tirainya. Ini bermakna, bulan paling mulia dalam kalendar Islam itu akan kembali menjengah hanya pada tahun berikutnya.

Jika diizinkan-NYA, dapatlah kita sekali lagi bertemu bulan yang begitu dinanti-nantikan kehadirannya.

Walaupun kita mungkin sibuk dengan persiapan menyambut Syawal yang dijangka tiba Khamis ini, namun janganlah terlalu berseronok sehingga melampaui batas sepatutnya.

Ketahuilah bahawa umat Islam akan dikategorikan kepada tiga bahagian sebaik sahaja Ramadan berlalu pergi. Ia sebagaimana pendapat yang dinukilkan oleh Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandhlawi.

Sarjana Islam itu menyatakan bahawa bulan Ramadan dapat dibahagikan kepada tiga bahagian. Ini kerana secara umumnya manusia boleh dikategorikan kepada tiga golongan yang berkait dengan kemampuan mereka dalam memaksimumkan bulan Ramadan.

Tiga golongan umat Islam selepas Ramadan yang dimaksudkan adalah:

3 golongan selepas tamat Ramadan

BERUNTUNGLAH barang siapa yang mendapat keampunan ALLAH SWT pada bulan Ramadan.

IKLAN

1. Orang yang tidak memiliki beban dosa.

2. Orang yang beban dosanya tidak terlalu berat. Golongan ini telah menerima pengampunan ALLAH SWT selepas berpuasa selama satu pertiga Ramadan.

3. Orang yang memikul dosa besar. Golongan ini akan menerima keampunan selepas mengerjakan sebahagian besar puasa pada Ramadan.

Baca juga Nafsu Di Kuarantin; ‘Self-Control’ Anugerah Istimewa Ramadan

Dalam kitabnya Fadhilah Ramadhan, Syeikh Muhammad Zakariyya menjelaskan, beruntunglah mereka yang telah menerima rahmat ALLAH SWT pada hari permulaan, maka tidak ada dosa yang perlu diampunkan.

“Sesungguhnya mereka memperoleh kurnia yang sangat besar,” katanya.

Bagaimana kita hendak mengetahui bahawa amal ibadah puasa kita diterima oleh ALLAH SWT atau tidak?

Memetik artikel Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-152: Tanda-Tanda Penerimaan Amalan Puasa yang disiarkan menerusi laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat tiga tanda-tanda yang menjadi petunjuk bahawa puasa kita diterima olehnya iaitu:

IKLAN

1. Berterusan melakukan ketaatan kepada ALLAH SWT.

3 golongan selepas tamat Ramadan

TETAP istiqamah melakukan ketaatan selepas Ramadan.

Dalam hal ini, Imam Ibn Rajab al-Hanbali berpandangan, sesiapa yang melakukan ketaatan kepada ALLAH dan selesai melaksanakannya, antara tanda diterima amalan itu, seseorang akan berterusan melakukan ketaatan yang lain selepas itu.

Sehubungan itu, antara tanda tertolaknya suatu amalan adalah apabila amalan itu diikuti dengan sesuatu maksiat.

Ketahuilah bahawa apa jua kebaikan yang dilakukan selepas kejahatan akan menghapuskan kejahatan tersebut. Sudah pasti yang terbaik adalah melakukan kebaikan selepas membuat kebaikan yang lain.

2. Melazimi berpuasa.

IKLAN

Jelas Ibn Rajab, mereka yang diterima amalan puasanya akan melazimkan dirinya untuk terus melakukan ibadah itu meskipun bulan Ramadan sudah berlalu.

“Sesungguhnya ALLAH SWT jika menerima suatu amalan daripada seorang hamba, maka ALLAH SWT akan memberinya taufik untuk melakukan amalan soleh setelahnya.” (Lihat Lata’if al-Ma’arif, hlm. 244)

Bukan itu sahaja, Nabi Muhammad SAW pernah bersada: “Amalan yang paling dicintai oleh ALLAH adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit.” (Riwayat Muslim)

3. Menjadi lebih baik.

3 golongan selepas tamat Ramadan

ANTARA petanda amalan puasa kita diterima oleh ALLAH adalah kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Golongan yang diterima amalannya oleh ALLAH SWT akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya dan sentiasa merasakan bahawa amal soleh yang dilakukannya masih belum sempurna.

Ia sehinggakan orang yang benar-benar mengenal ALLAH, kata Ibn al-Qayyim dalam kitabnya, Madarij al-Salikin menyatakan, mereka sentiasa beristighfar selepas selesai melakukan ibadah.

Berdoalah semoga kita diberikan kekuatan untuk istiqamah dalam melakukan setiap perintahnya. Pada masa sama, kita mampu berjihad melawan nafsu dan syaitan daripada melakukan perkara yang dilarang oleh-NYA.

IKLAN
3 golongan selepas tamat Ramadanramadansinarislamplus
Previous

Seruan Illahi dari London Bridge

May 10, 2021
Next

Lailatulqadar disambut berbeza Seluruh Dunia

May 11, 2021

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (74)
Isu,

Suka tengok gusti, Ustaz Azhar Idrus jelaskan hukum melihat aurat ahli gusti

by Fatin Fatihah HussinJanuary 19, 2023
GAMBAR PORTAL FB (71)
Isu,

Adakah pengurus masjid perlu mengganti duit masjid yang dicuri?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
ambil hutang
Isu,

Kawan liat bayar hutang, bolehkah ambil wangnya secara senyap-senyap?

by Sarrah MohsinJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (58)
Isu,

Jauhkan diri daripada pengampu

by Fatin Fatihah HussinJanuary 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.