Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

2 Nabi Ini Paling Dibenci Bangsa Yahudi

by Nurulfatiha MuahMay 20, 2021
3
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Nabi dibenci bangsa Yahudi
BANGSA Yahudi tidak suka dengan nabi yang tidak menepati 'selera' mereka. -Gambar hiasan

APA yang berlaku kepada rakyat di Palestin dalam kejadian serangan baru-baru ini sememangnya sukar diterima oleh akal yang waras. Ia seharusnya menimbulkan kemarahan sesiapa pun yang melihatnya dengan mata hati.

Sejak negara haram Israel diasaskan pada 1948 lagi, pelbagai emosi dan sentimen berlegar-legar dalam kalangan umat Islam. Dengan insiden terbaharu ini, mood kebencian terhadap Zionis Yahudi semakin membuak-buak.

Apatah lagi, kekejaman puak-puak berkenaan memang ada dirakamkan dalam al-Quran secara jelas.

Firman ALLAH SWT: “Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik.” (Surah al-Maidah, ayat 82)

Maka, tidak hairanlah mengapa bangsa Yahudi begitu membenci dua orang nabi ALLAH SWT sebagaimana yang disebutkan oleh pendakwah Elyas Ismail ketika sesi siaran langsung Kuliah Subuh menerusi laman sosial Facebooknya pagi tadi.

USTAZ ELYAS

Dalam perkongsian ilmunya, Elyas menjelaskan, nabi pertama yang tidak disukai oleh kaum Yahudi ialah Nabi Isa AS.

Ini kerana katanya, baginda AS membawa kitab Injil yang mana pada pandangan mereka, ia seolah-olah menjadi saingan atau hendak melawan kitab Taurat ataupun pegangan kaum Yahudi selama ini.

“Sebab itulah mereka tidak boleh terima sama sekali ajaran Nabi Isa AS. Sedangkan, baginda membawa risalah yang sama daripada ALLAH SWT.

Baca juga Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

IKLAN

“Malangnya, mereka tetap tidak boleh menerimanya hinggakan sanggup melakukan pelbagai cubaan untuk membunuh Nabi Isa AS sampai pada saatnya, mereka merasakan berjaya membunuh nabi ALLAH itu ketika peristiwa baginda disalib,” katanya.

Nabi dibenci bangsa Yahudi

KAUM Yahudi begitu membenci Nabi Isa AS kerana kitab Injil yang dibawakan melawan kitab Taurat yang menjadi pegangan mereka selama ini.

Firman ALLAH SWT: “Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, rasul ALLAH”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa)…” (Surah an-Nisa’, ayat 157)

Bahkan, jelas Elyas, Nabi Isa AS telah diangkat ke langit yang kedua dan dengan izin ALLAH, baginda akan turun apabila dunia hendak menuju kiamat nanti.

“Baginda AS akan memimpin tentera umat Islam pada ketika itu untuk melawan Dajal al-Masih,” katanya.

Menyambung hujahnya, pendakwah itu menjelaskan nabi kedua yang dibenci oleh puak-puak Yahudi ialah Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya kebencian yang dizahirkan mereka bukanlah bersifat ‘biasa-biasa’ sahaja.

Sebaliknya, agamawan itu menjelaskan, betapa dahsyatnya darjah kebencian mereka sehinggakan ia ada dicatatkan dalam sirah.

Elyas kemudian memetik sebuah Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim yang mana Saidatina Aisyah RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah disihir oleh seorang Yahudi dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin al-A’sam.

“Bukan setakat itu sahaja, ada seorang wanita Yahudi pernah meracuni Rasulullah SAW. Diceritakan bahawa ada seorang wanita Yahudi pernah mendatangi nabi dengan membawa daging kambing yang sudah diracun.

Nabi dibenci bangsa Yahudi

SEORANG wanita Yahudi pernah memberikan hidangan kambing yang beracun kepada Nabi Muhammad SAW untuk membunuh baginda. -Gambar hiasan

“Kemudian Rasulullah SAW memakan daging tersebut dan wanita itu dipanggil untuk menghadap baginda nabi, kemudian Rasulullah bertanyakan perbuatan wanita tersebut dan dia mengaku dengan terang dan jelas tanpa berselindung lagi bahawa dirinya hendak membunuh baginda SAW.

“Lantas Rasulullah SAW bersabda, ‘ALLAH tidaklah memberimu kekuatan untuk tujuanmu tadi’,” ujarnya.

IKLAN

Demikianlah sikap kaum Yahudi yang mana mereka sanggup membunuh jika dirasakan ada para anbia yang tidak menepati ‘selera’ mereka, ungkapnya.

Kisah Yahudi peluk Islam

Dalam sesi kuliah tersebut, Elyas turut menceritakan tentang kisah seorang pendeta Yahudi yang memeluk agama Islam. Individu yang dimaksudkan ialah Abdullah bin Salam.

Ujar beliau, nama asalnya ialah al-Husain dan pendeta itu begitu masyhur dalam kalangan bangsa Yahudi kerana beliau menjadi antara pakar rujuk mereka.

“Namun, ketika Nabi Muhammad SAW menjejakkan kaki ke Yathrib (Madinah), al-Husain ini antara orang yang mengintai-intai untuk melihat nabi dan rasul utusan ALLAH SWT yang terakhir.

“Untuk mengesahkan bahawa baginda ialah nabi dan rasul akhir zaman, beliau telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanyakan tiga soalan kepada baginda.

IKLAN

Baca juga Saladin : Penjaga Kota Baitulmaqdis Yang Dihormati Musuh

“Akhirnya, tiga soalan berkenaan dapat dijawab oleh baginda dengan bantuan Malaikat Jibril. Sebaik sahaja mendengar jawapan yang benar daripada Nabi Muhammad SAW, al-Husain atau nama Islamnya Abdullah bin Salam lantas bersyahadah, ‘Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan engkau Rasulullah SAW ialah pesuruh ALLAH’,” katanya.

Ada sesuatu kisah yang menarik selepas pengislaman pendeta Yahudi itu. Ujar Elyas, dalam satu peristiwa, Rasulullah SAW memanggil pembesar Yahudi ke rumah baginda dan bertanyakan tentang sikap al-Husain.

Nabi dibenci bangsa Yahudi

SEORANG pendeta Yahudi memeluk Islam selepas melihat kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ketika baginda ke Yathrib (Madinah)

“Ketika itu, mereka tidak tahu bahawa al-Husain sudah memeluk Islam. Lalu mereka menyatakan bahawa ‘Al-Husain pemimpin kami dan anak pemimpin, selain ulama dan cendekiawan kami.’

“Namun, tatkala mereka maklum bahawa al-Husain sudah memeluk Islam, kenyataan yang diberikan mereka tadi terus diputar belit dengan menyatakan beliau ialah penjahat dan anak orang jahat, selain jahil,” katanya.

Berdasarkan kisah berkenaan, Elyas menambah, benarlah kata Abdullah bin Salam bahawa Yahudi ialah kaum yang berbohong, suka tuduh orang, degil dan keras kepala.

Melihat ungkapan berkenaan, ujar beliau, jelaslah bahawa kebencian mereka terhadap Nabi Muhammad SAW rupa-rupanya adalah kerana baginda datang daripada jalur keturunan berbeza daripada Yahudi.

“Rasulullah SAW berbangsa Arab. Orang Yahudi mahukan nabi akhir zaman datang daripada jalur keturunan yang sama dengan mereka iaitu Bani Israel.

Nabi dibenci bangsa Yahudi

PERTEMPURAN Armageddon antara orang Islam dan Yahudi akan tercetus menjelang hari penamat dunia kelak yang tidak diketahui tarikhnya.

“Sedangkan, kita diajar untuk menerima kebenaran walaupun datang daripada sesiapa pun kerana ia adalah daripada ALLAH SWT.

“Sebab itulah yang menjadi kemuncak pertempuran atau peperangan antara Muslim dan juga kaum Yahudi yang akan menjurus kepada satu keadaan dipanggil sebagai Armageddon (al-Malhamal al-Kubra) iaitu peperangan berskala besar yang dahsyat sebelum menjelangnya akhir zaman nanti,” ujarnya.

Foto: Freepik

IKLAN
Nabi dibenci bangsa Yahudipalestinsinarislamplus
Previous

Sayyidul istighfar penghapus dosa, janji syurga, rugi jika tidak amalkan

May 20, 2021
Next

Mengutuk Jenayah Negara Haram Israel: Anti-Zionisme atau Anti-Semitik?

May 20, 2021

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (74)
Isu,

Suka tengok gusti, Ustaz Azhar Idrus jelaskan hukum melihat aurat ahli gusti

by Fatin Fatihah HussinJanuary 19, 2023
GAMBAR PORTAL FB (71)
Isu,

Adakah pengurus masjid perlu mengganti duit masjid yang dicuri?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
ambil hutang
Isu,

Kawan liat bayar hutang, bolehkah ambil wangnya secara senyap-senyap?

by Sarrah MohsinJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (58)
Isu,

Jauhkan diri daripada pengampu

by Fatin Fatihah HussinJanuary 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.