Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Hukum,

Tidak boleh niat menunjuk-nunjuk, menyerupai mata binatang berikut pemakaian kanta lekap dalam Islam

by AzliyanaApril 18, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
contact lens

KINI pemakaian kanta lekap bukan sahaja dipakai oleh golongan yang mengalami masalah rabun tapi ia turut dipakai untuk kelihatan lebih menawan.

Namun, adakah pemakaian kanta lekap dibenarkan di dalam Islam?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pemakaian kanta lekap berwarna ataupun tidak adalah dibenarkan.

Pemakaian kanta lekap dengan tujuan kecantikan juga adalah dibenarkan di dalam Islam.

Tiada dalil yang mengatakan bahawa pemakaiannya adalah haram, sebagaimana firman ALLAH SWT di dalam surah al-A’raaf ayat ke-32:

IKLAN

قُلۡ مَنۡ حَرَّمَ زِينَةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِيٓ أَخۡرَجَ لِعِبَادِهِۦ وَٱلطَّيِّبَٰتِ مِنَ ٱلرِّزۡقِۚ قُلۡ هِيَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا خَالِصَةٗ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۗ كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ ٱلۡأٓيَٰتِ لِقَوۡمٖ يَعۡلَمُونَ

Yang bermaksud:

Katakanlah: “ Siapa yang mengharamkan perhiasan dari ALLAH yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pula yang mengharamkan) rezeki yang baik?”
Katakanlah: “ Semua itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka sahaja) di hari kiamat.” Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang yang mengetahui.

Kebiasaannya kanta lekap digunakan oleh golongan yang rabun sebagai satu alternatif bagi menggantikan penggunaan kaca mata.

Baca juga: Wuduk Kita Tetap Sah Walaupun Pakai Kanta Lekap, Berikut Penjelasannya

Ya, penggunaan kanta lekap sebenarnya lebih selesa di samping tidak perlu bimbang akan terlupa di mana kaca mata setelah ditanggalkan.

Namun, bagi golongan yang rabun dan ingin menggunakan kanta lekap perlulah berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mengelakkan berlakunya masalah mata kelak.

IKLAN

Bagaimanapun, para ulama menetapkan beberapa syarat pemakaian kanta lekap yang perlu diketahui:

1) Pemakaian kanta lekap tidak memudaratkan mata si pemakai.
2) Tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain terutamanya di hadapan bukan mahram.
3) Isteri yang mendapat keizinan suaminya untuk memakai kanta lekap.
4) Tidak berlaku pembaziran semata-mata untuk membeli kanta lekap yang dijual dengan harga yang mahal.
5)Corak kanta lekap hendaklah tidak menyerupai mata binatang kerana menyerupai binatang adalah dilarang di dalam Islam.

6) Wanita yang ingin bertunang tidak dibenarkan memakai kanta lekap di hadapan bakal tunangnya semata-mata ingin kelihatan cantik kerana terdapat unsur penipuan.

Bagi si pemakai kanta lekap, pasti ikuti syarat yang telah dinyatakan oleh para ulama supaya tidak jatuh hukum haram.

IKLAN

Semoga bermanfaat!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Baca juga: Pakai Kanta Lekap Tidak Membatalkan Puasa, Ini Sebabnya

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

The post Tidak boleh niat menunjuk-nunjuk, menyerupai mata binatang berikut pemakaian kanta lekap dalam Islam appeared first on Sinar Plus.

IKLAN
Previous

Ayuh segarkan setiap detik dalam bulan Ramadan dengan amalan kebaikan

April 15, 2022
Next

Memburu Lailatul Qadar, 3 amalan Rasulullah 10 malam terakhir Ramadan

April 18, 2022

Related posts

Resume
Hukum,

Tak boleh tipu resume untuk dapat kerja, jawatan tertentu

by Nurulfatiha MuahJanuary 18, 2023
Deposit
Hukum,

Tuan rumah guna wang deposit penyewa tanpa izin, ini hukumnya yang wajib kita tahu

by Nurulfatiha MuahJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (42)
Hukum,

Garis halus antara judi dan cabutan bertuah, fahami penjelasan dari sudut syarak

by Fatin Fatihah HussinJanuary 13, 2023
poligami
Hukum,

Cara giliran bermalam antara isteri dalam perkahwinan poligami. Ini saranan Islam.

by Sarrah MohsinJanuary 11, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.