Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Hukum,

Tak boleh letak atau tanam pokok di dalam tandas? Ini pencerahannya

by Nurulfatiha MuahFebruary 1, 2021
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
scott-webb-C6oPXOatFD8-unsplash

JIKA dahulu, kebanyakan orang akan menanam pokok di luar rumah. Masakan tidak, rata-rata kediaman ibu bapa dan nenek moyang kita semuanya mempunyai halaman yang luas.

Tiada masalah untuk bercucuk tanam di luar rumah. Namun, zaman semakin berubah. Pada masa sekarang, terdapat banyak jenis kediaman yang ada di negara kita.

Malah, ada rumah berstrata seperti apartmen dan kondominium yang mungkin tiada tempat khusus untuk menanam pokok. Jadi, ramai juga yang mengambil inisiatif mencantikkan kediaman dengan menanam pokok di dalam rumah.

Memang ada tanaman-tanaman tertentu yang boleh hidup subur walaupun diletakkan di dalam rumah. Bahkan, ia seakan menjadi satu bentuk dekorasi rumah yang nampak segar dan sedap mata memandang.

Kini, seakan menjadi trend pula apabila orang mula letak pokok hidup pula dalam tandas. Sekali pandang, memang nampak cantik jika kita pandai menghiasnya.

IKLAN

Namun begitu, ada pula segelintir orang kurang bersetuju dengan tindakan itu. Kata orang, tanam pokok dalam tandas tidak dibenarkan kerana ia juga berzikir. Sedangkan, umum mengetahui bahawa tandas itu sinonim sebagai tempat yang kotor.

Benarkah kita tidak boleh tanam atau meletakkan pokok hidup di dalam tandas? Apakah pandangan Islam tentang perkara itu?

Pokok dalam tandasYa, memang benar ALLAH SWT menciptakan makhluk-makhlu-NYA tanpa sesuatu yang sia-sia. Semua makhluk tidak kiralah tumbuhan, haiwan, langit dan bumi sentiasa berzikir memuji-NYA.

Betapa besarnya kekuasaan dan kebesaran ALLAH SWT yang menjadi Sang Pencipta kepada semua yang ada di muka bumi ini.

ALLAH SWT berfirman: “Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi ALLAH; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-NYA; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya IA adalah MAHA PENYABAR, lagi MAHA PENGAMPUN.” (Surah al-Isra’, ayat 44)

IKLAN

Dalam perkara berkaitan zikir, kita memang ditegah berbuat demikian di dalam tandas. Begitupun, larangan itu hanyalah tertakluk kepada manusia sahaja.

Memetik artikel Al-Kafi #1785: Hukum Meletak Pokok di dalam Tandas kerana Pokok itu Berzikir yang disiarkan menerusi laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tegahan itu kerana manusia merupakan makhluk yang ditaklifkan dan dipertanggungjawabkan dengan hukum-hukum syarak.

“Dalam penjelasan istilah hukum itu sendiri memberi maksud perintah dan larangan ALLAH SWT yang tertakluk kepada perbuatan mukalaf iaitu mereka yang dipertanggungjawabkan sahaja.

“Oleh itu, jelaslah bahawa setiap sesuatu hukum itu hanya tertakluk dengan perbuatan dan tingkah laku hamba-NYA yang mukalaf dan dipertanggungjawabkan untuk melakukan ibadah, dengan mengikut apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh ALLAH SWT berpandukan apa yang ditetapkan oleh syarak,” kata artikel berkenaan.

Pokok dalam tandas

TUMBUHAN tidak menerima beban hukum mengikut hukum syarak sebagaimana manusia. Justeru, harus hukumnya meletakkan pokok di dalam tandas.

IKLAN

Artikel tersebut turut menjelaskan, seseorang yang berzikir di dalam tandas, hukumnya adalah makruh. Ia sebagaimana yang dinyatakan dalam Kitab al-Futuhat al-Rabbaniah ala al-Azkar al-Nawawiyah bahawa makruh berkata-kata dan berzikir ketika sedang menunaikan hajat sama ada di padang pasir atau di dalam binaan.

Baca juga [VIDEO] Jangan main petik buah daripada pokok tidak bertuan. Ini dia adab yang Islam ajar jika kita nak manfaatkan buah-buahan tadi

Berdasarkan hujah berkenaan, jelaslah bahawa tumbuhan tidak menerima beban hukum mengikut hukum syarak sebagaimana yang diperintahkan ALLAH SWT kepada manusia.

Justeru, tidak salah menanam pokok di dalam tandas atau bilik air. Hukumnya adalah diharuskan. Bahkan, tiada nas atau dalil syarak yang melarang kita berbuat demikian.

Semoga penjelasan itu dapat meleraikan kekeliruan kita selama ini.

Sumber: Al-Kafi #1758: Hukum Meletak Pokok di dalam Tandas kerana Pokok itu Berzikir, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Freepik & Unsplash

IKLAN
berita-semasalifestylesinarharianPokok dalam tandassinarislamplus
Previous

Tempoh minimum haid adalah 24 jam. Kalau kurang, bukan period namanya…

January 31, 2021
Next

Sama ke pahala baca al-Quran guna telefon dengan mushaf? Jom baca penjelasan ini…

February 2, 2021

Related posts

Resume
Hukum,

Tak boleh tipu resume untuk dapat kerja, jawatan tertentu

by Nurulfatiha MuahJanuary 18, 2023
Deposit
Hukum,

Tuan rumah guna wang deposit penyewa tanpa izin, ini hukumnya yang wajib kita tahu

by Nurulfatiha MuahJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (42)
Hukum,

Garis halus antara judi dan cabutan bertuah, fahami penjelasan dari sudut syarak

by Fatin Fatihah HussinJanuary 13, 2023
poligami
Hukum,

Cara giliran bermalam antara isteri dalam perkahwinan poligami. Ini saranan Islam.

by Sarrah MohsinJanuary 11, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.