Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian
Hukum,

Sunat berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharam

by Fatin Fatihah HussinAugust 4, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untitled design - 2022-08-04T181442.892
MENJELANG bulan Muharam, sudah tentu umat Islam akan mengingati tarikh 10 Muharam dengan pelbagai amalan dan ibadah yang dilakukan.

BERPUASA sunat begitu dianjurkan dalam Islam. Masakan tidak, ia menjadi medium untuk mengumpul pahala dan meningkatkan keimanan kepada ALLAH SWT. Terutama puasa sunat yang paling dekat adalah pada pada 9, 10 dan 11 Muharam.

Salah satu puasa sunat yang begitu masyhur disebut-sebut dalam hadis adalah berpuasa pada bulan Muharam atau lebih tepat lagi pada 10 Muharam.

Menerusi hantaran di laman sosial Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tanggal 10 Muharam itu turut dinamakan sebagai hari Asyura.

Terlalu banyak peristiwa penting berlaku pada tarikh keramat berkenaan yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan serta kebenaran.

TERLALU banyak keistimewaan dan kelebihan yang ada pada hari ke 10 dalam bulan Muharam ini.

Disebabkan itu, umat Islam menghormati hari Asyura sepertimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Betapa signifikannya 10 Muharam itu sehinggakan umat Islam disunatkan untuk berpuasa yang dipanggil sebagai puasa al-Asyura.

IKLAN

Baca juga Benarkah buku amalan diangkat pada awal Muharam? Berikut perinciannya

Bukan sahaja pada hari berkenaan, Mazhab Syafie menyatakan, sunat untuk kita berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharam.

Perkara itu ada dijelaskan oleh Imam Syafie Rahimahullah dalam Kitab al-Umm dan al-Imla’: “Disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a), kesepuluh (Asyura) dan kesebelas bulan Muharam, tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharam sahaja.”

Sesungguhnya, ia bukan sekadar anjuran semata-mata. Di sebalik ibadah sunat itu, terselit fadilat yang bukan calang-calang. Antara kelebihan terbesar puasa pada 10 Muharam yang tidak sepatutnya diabaikan adalah diampunkan dosa seorang hamba itu bagi tempoh setahun yang lalu!

HADIS mengenai kelebihan puasa Asyura.

Fakta itu jelas dinyatakan dalam riwayat yang masyhur iaitu daripada Abu Qatadah Al-Anshari RA, katanya: “Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda: “Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang”. Kemudian nabi ditanya pula tentang puasa hari Asyura (10 Muharam). Jawab baginda SAW: “Dapat menghapus dosa tahun yang lalu“. (Hadis Riwayat Muslim)

NIAT PUASA HARI TASU’A DAN ASYURA

1. PUASA SUNAT TASU’A

• Puasa Tasu’a berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu تِسْعَة (tis’ah) yang bermaksud sembilan.

IKLAN

• Puasa sunat ini dilakukan pada setiap 9 Muharam dalam kalendar hijrah Islam.

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Abbas RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan (Muharam).” (Hadis Riwayat Muslim, Hadis Sahih)

 

Lafaz Niat Puasa Sunat Tasu’a
نَوَيْتُ صَوْمَ تَاسُعَاء سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari Tasu’a pada hari esok kerana ALLAH Ta’ala”.

 

IKLAN

2. PUASA SUNAT ASYURA

• Asyura berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu عَشَرَة (‘asyarah) yang bermaksud sepuluh.

 

Lafaz Niat Puasa Asyura
نَوَيْتُ صَوْمَ عَشُرَ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari ‘Asyura pada besok hari kerana ALLAH Ta’ala”.

 

Ayuhlah bersama ambil peluang ini untuk melazimi puasa sunat dalam bulan Muharam.

JANGAN dilepaskan peluang dan kesempatan untuk melakukan ibadah ini. Kerana besar fadhilat menanti. 

Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang yang dimasukkan ke dalam syurga melalui pintu ar-Rayyan sebagaimana yang tercatat dalam hadis sahih.

Daripada Sahal bin Sa’d RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama al-Rayyan khusus untuk ahli puasa memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat kelak. Selain mereka tidak dibenarkan masuk.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

IKLAN
Previous

Terpaksa kongsi bilik tidur dengan anak? Ini yang perlu dilakukan ibu bapa

August 3, 2022
Next

Mom’s Coffee Talk 2.0 angkat isu keibuan, jangan lupa tonton malam ini

August 5, 2022

Related posts

solat sunat wuduk
Hukum,

Solat sunat wuduk, antara amalan ahli syurga

by Sarrah MohsinAugust 17, 2022
amalan ringkas rasulullah
Hukum,

12 amalan ringkas Rasulullah SAW. Rupanya senang nak dapat pahala

by Sarrah MohsinAugust 17, 2022
solat secara duduk
Hukum,

Perihal solat secara duduk yang anda perlu tahu

by Sarrah MohsinJuly 27, 2022
Untitled design (98)
Hukum,

Rupanya sudah 15 tahun ibadah tidak sah gara-gara tidak sempurna mandi wajib

by Fatin Fatihah HussinJuly 27, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.