Suami isteri guna panggilan manja ‘mama’ dan ‘papa’, hati-hati jangan sampai jadi zihar.
JIKA dilihat sirah dan kehidupan Rasulullah SAW dengan para isterinya, baginda suka memberi gelaran yang baik-baik terhadap suri hati serta anak-anaknya bagi menambahkan lagi kemesraan dalam keluarganya.
Sebagai contoh, Nabi SAW pernah memanggil isterinya, Siti Aisyah dengan panggilan ‘Ya Aisy’ yang bermaksud ‘kehidupan’ sambil memegang hidungnya apabila Saidatina Aisyah merajuk.
Baca juga Jangan terlalu berkira dengan isteri, suami kedekut jauh dari syurga
Dalam masyarakat kita, budaya yang hampir sama dapat dilihat menerusi panggilan seperti ‘mama’, ‘papa’, ‘abi’, ‘ummi’ dan sebagainya, yang kerap kali digunakan pasangan suami isteri.
Ada yang menggunakannya sebagai panggilan manja sesama pasangan, manakala tidak kurang juga yang melazimi gelaran tersebut atas tujuan mendidik anak-anak.
Pun begitu, ada sebahagian ulama yang menegah panggilan sedemikian antara suami isteri kerana berpendapat ia adalah sama seperti kita memanggil ibu bapa kita dan mampu menyebabkan zihar dalam perkahwinan.
Turut disyorkan Suami isteri ‘enjoy’ rakam video intim, seronok hari ini namun celaka menanti kerana ia perbuatan haram
Baca juga Kepada para suami, teladani layanan ‘tip-top’ Rasulullah SAW terhadap isteri-isteri baginda
Apa itu Zihar
Dinukil daripada laman web Mufti Wilayah Persekutuan, zihar sebenarnya berasal daripada Bahasa Arab, iaitu ظَاهَرََ daripada ungkapan ‘zahara min imra’atihi’ ظَاهَرََ مِن َامْرَأتَِهَِ yang bermaksud ‘menziharkan isterinya’.
Dari segi istilah, ia adalah perkataan suami yang menyamakan isterinya yang masih sah (belum diceraikan) secara bain (nyata).
Ia telah dinamakan zihar kerana orang Arab Jahiliyah dahulu sering menyamakan isteri mereka dengan bahagian belakang ibunya. Dalam konteks ini, ia seolah-olah perkara yang haram kerana seorang anak lelaki diharamkan untuk bersetubuh dengan ibunya.
Firman ALLAH SWT, “Orang-orang yang “ziharkan” isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah), sesungguhnya ALLAH Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.” (Surah Al-Mujaadalah, ayat 2)
Turut disyorkan [Video] Benarkah perempuan berusia tidak diwajibkan memakai tudung?
Baca juga Haram Bin Atau Bintikan Anak Angkat Kepada Nama Bapa Angkat
Lafaz menyebabkan zihar
Lafaz zihar boleh terjadi dengan dua keadaan, iaitu lafaz sarih (jelas) dan kinayah (kiasan).
Lafaz yang jelas adalah dengan menyebut, “rambut kamu adalah sama dengan rambut ibuku” atau “kaki kamu sama sahaja dengan kaki ibuku.” Dalam konteks ini, seorang suami itu telah membuat lafaz zihar dan wajib ke atasnya untuk membayar kafarah.
Manakala, bagi lafaz kiasan pula, “panjangnya rambutmu mengingatkan aku kepada ibuku” atau “melihatmu membuat aku tenang seperti aku melihat ibuku.” Melalui lafaz ini, ia perlu dilihat berdasarkan niat seseorang. Sekiranya orang itu memaksudkannya dengan zihar, maka ia telah dikira zihar dan sekiranya tidak, maka Imam Syafi’e dan Abu Hanifah menganggap ia adalah bukan zihar.
Baca juga ‘Kehilangan sebenar apabila seorang masuk syurga dan pasangannya pula ke neraka’
Baca juga Suami mengaku bujang atau duda. Awas, jangan sampai jatuh talak
Kafarah zihar
Pada zaman jahiliyyah, zihar dianggap sebagai talak, kemudian ALLAH memberikan keringanan (rukhsah) dengan tidak menganggapnya sebagai talak, namun hanya kafarah.
Oleh itu, bagi para suami yang melafazkan zihar, talak tidak akan jatuh disebabkan perbuatan itu. Namun, mereka perlu bertaubat dan melaksanakan kafarah.
Berdasarkan firman ALLAH dalam Surah al-Mujaadalah ayat 3 dan 4, terdapat tiga cara untuk melaksanakan kafarah, iaitu:
1. Membebaskan hamba
2. Berpuasa selama dua bulan berturut-turut
3. Memberi makan 60 orang miskin
Turut disyorkan Rupanya wujud suami nusyuz, kenal pasti ciri-cirinya
Hukum panggilan ‘mama’ dan ‘papa’ sesama suami isteri
Islam tidak menetapkan panggilan yang khusus sesama pasangan. Dalam masyarakat kita, sering kita dengar panggilan manja antara suami isteri, iaitu sayang, abang, mama dan papa, umi dan abi serta lain-lain.
Menurut jumhur ulama dan beberapa fatwa yang telah dikeluarkan, panggilan-panggilan seperti ini, jika dinyatakan dengan niat untuk menambahkan lagi kemesraan sesama suami isteri atau untuk memberi penghormatan dan kemuliaan, maka ia adalah tidak mengapa dan tidak jatuh hukum zihar ke atasnya.
Namun, jika seseorang memanggil isterinya dengan panggilan ‘mama’ atau ‘ummi’ dengan meniatkan ia adalah sama dengan panggilan terhadap ibu kandungnya, di sini sudah jatuh hukum zihar dan wajib ke atasnya membayar kafarah.
Perkahwinan mereka masih sah, namun mereka tidak boleh melakukan hubungan suami isteri selagi kafarahnya belum selesai.
Baca juga Lakukan amalan ini bersama, rahsia suami isteri bina ‘rumah’ di syurga
Adapun sebahagian ulama menjatuhkan hukum makruh terhadap panggilan seperti ini berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Tamimah al-Hujaimi.
“Katanya bahawa seorang lelaki telah berkata kepada isterinya dengan panggilan “saudara”. Maka, Rasulullah SAW bersabda, “dia kakakmu”. Baginda berfikir dan melarangnya.” (Hadis Riwayat Abdullah Ibn Abbas)
Oleh itu, tidak salah sebenarnya untuk bermanja dan bermesra sesama pasangan kerana ia merupakan sunnah yang boleh diamalkan bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga suami isteri.
Namun, perlu berhati-hati dalam bergurau senda agar tidak jatuh hukum zihar atau talak secara sengaja.
Sumber: Tzkrh & Portal Mufti Wilayah Persekutuan
Foto: Canva & Pexels