Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian
Hukum,

Status solat dalam keadaan takut dan risau

by Nurul Fatiha MuahJune 27, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Solat dalam keadaan takut
KETIKA sedang mengerjakan solat, anak kecil yang berada di sisi tiba-tiba sahaja memanjat kerusi membuatkan kita takut dan bimbang kerana ia boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak tersebut.

SEBAHAGIAN kita adakalanya solat dalam keadaan takut atau risau. Lebih-lebih lagi ketika sedang ‘menghadap’ ALLAH, boleh pula anak kecil kita memanjat kerusi dan sebagainya sehingga tindakannya membuatkan diri terkejut bukan kepalang.

Itu tindakan refleks biasa yang dialami oleh semua orang apabila melihat sesuatu yang berbahaya. Ya, begitulah fitrah setiap insan.

Dalam situasi berkenaan, apakah status solat kita apabila dalam keadaan takut dan terkejut? Adakah batal sembahyang yang didirikan tadi?

Pendakwah Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed menjelaskan, andai situasi sedemikian berlaku, ia tidak membatalkan solat kita selagi gerakan refleks tadi tidak mencapai tiga kali berturut-turut.

DR SYED SHAHRIDZAN

IKLAN

“Demikianlah pendapat yang muktamad (rajih) dalam Mazhab Syafie iaitu pergerakan tidak disengajakan yang banyak (tiga kali berturut-turut) tetap membatalkan solat. Perkara itu ada dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam Kitab Minhaj al-Tolibin.

“Namun, pendapat kedua dalam Mazhab Syafie iaitu pandangan sebahagian ashab mazhab menyatakan bahawa pergerakan tidak sengaja yang banyak, tidak membatalkan solat,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Baca juga Makruh tahan kencing ketika mendirikan solat, tapi ramai yang masih lakukan perkara ini…

Begitupun, dalam satu situasi lain yang mana ketika seseorang itu sedang mengerjakan solat, kemudian menghadapi satu situasi yang menjadikan dirinya takut, Dr Syed Shahridzan yang juga Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan) Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, pergerakan yang banyak tersebut tidak membatalkan sembahyangnya.

Beliau turut memberikan contoh mudah iaitu apabila seseorang terpaksa bergerak banyak ketika solat untuk menyelamatkan anaknya daripada bahaya. Maka dalam situasi itu, solatnya tidak batal.

Menurut Mazhab Syafie, ujar beliau, pergerakan yang banyak melebihi tiga kali berturut-turut dalam keadaan sangat takut itu tidak membatalkan solat.

Solat

PERGERAKAN yang banyak melebihi tiga kali berturut-turut dalam keadaan sangat takut tidak membatalkan solat.

IKLAN

Dalam Kitab Bughyah al-Mustarsyidin ada menyebutkan satu contoh situasi solat dalam keadaaan takut, seperti yang dinyatakan: “Jika hartanya diambil seperti seseorang mencuri seliparnya atau seekor kucing mengambil daging (miliknya) sedangkan dia dalam keadaan bersolat maka dia boleh mendapatkannya, ini solat syiddatul khaf (Solat dalam keadaan sangat takut) jika ditakuti kehilanganan barang itu.” (Nukilan fatwa Imam Ramli)

Baca juga Solat cepat sangat macam ‘ribut’, hati-hatilah sebab takut tak sah, kena ulang balik

Fatwa dalam kitab Bughyah dan fatwa Imam Ramli ini dijelaskan lagi oleh dalam kitab Hasyiah al-Sibyan oleh Tuan Guru Chik bin Abdullah yang menjelaskan:

“Jika seorang dalam sembahyang, tiba-tiba datang perampas ambil hartanya bawa lari dan jikalau sedikit sahaja hartanya itu sekalipun, maka ia hambat pergi rebut ambil balik hartanya dengan berlari-lari dan berpaling daripada kiblat dan lawan bertumbuk, nescaya tidak batal sembahyang itu dengan syarat jangan bercakap-cakap dan jangan terjejak najis kerana dinamakan sembahyang syiddatul khauf (sangat takut)”.

IKLAN

Oleh itu, jelas Dr Syed Shahridzan, jika seseorang sedang mendirikan, solat tiba-tiba mendapati anaknya dalam bahaya, maka dia boleh bergerak untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut daripada bahaya, kemudian menyambung kembali ibadahnya meskipun pergerakan tersebut tiga kali berturut-turut atau lebih.

“Namun begitu, solat itu hendaklah disambung pada tempat dia menyelamatkan anaknya tadi, tanpa kembali ke tempat asal dia mendirikan solat.

Solat

TIDAK berdoa andai kita membatalkan solat fardu kerana kecemasan atau sangat takut demi menyelamatkan anak.

“Ini kerana kembali ke tempat asal bukanlah satu keperluan, melainkan tempat itu tidak sesuai untuk solat seperti ruang yang sempit contohnya di atas tangga rumah dan kawasan bernajis, maka dia boleh pergi tempat sesuai yang berdekatan,” terangnya panjang lebar.

Baca juga Terlelap ketika solat. Batal atau tidak?

Bukan itu sahaja, agamawan itu menjelaskan bahawa seseorang yang solat dalam keadaan takut boleh juga memutuskan solatnya. Ia sebagaimana dinyatakan oleh Imam Ibn Hajar.

“Maksudnya, tidak berdosa jika membatalkan solat fardu kerana kecemasan atau kerana sangat takut. Jadi dalam situasi ini, si ibu boleh membatalkan solatnya untuk menyelamatkan anaknya,” ujar beliau.

Foto: Freepik & Pexels

IKLAN
anak kecilbahayasinarislamplussolatsolat dalam keadaan takut
Previous

Bolehkah membaca surah yang sama dalam solat?

June 27, 2022
Next

Hati-hati pilih pemimpin, jangan sampai ke neraka bersamanya

June 27, 2022

Related posts

Untitled design - 2022-08-04T181442.892
Hukum,

Sunat berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharam

by Fatin Fatihah HussinAugust 4, 2022
solat secara duduk
Hukum,

Perihal solat secara duduk yang anda perlu tahu

by Sarrah MohsinJuly 27, 2022
Untitled design (98)
Hukum,

Rupanya sudah 15 tahun ibadah tidak sah gara-gara tidak sempurna mandi wajib

by Fatin Fatihah HussinJuly 27, 2022
Untitled design (90)
Hukum,

Mukbang di dalam Islam, adakah dibolehkan?

by Fatin Fatihah HussinJuly 21, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.