Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Hukum,

Solat berjemaah dengan mulut bau durian, apa hukumnya?

by Nurizan Abu KassanJune 22, 2022
3
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (24)
BUAH durian mengandungi vitamin A,C,E,B1, B2, kalsium, protein, dan serat karbohidrat yang bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

MUSIM durian datang lagi! Durian yang dikenali sebagai ‘raja buah’ memang menjadi kegemaran ramai. Pasti ramai orang akan membelinya dan kadang-kadang ada yang akan mengadakan jamuan atau pesta makan durian.

Tidak kira apa jenis durian, sama ada durian kampung, kunyit hinggalah musang king atau black thorn memiliki bau yang kuat lagi menyengat. Namun teksturnya yang lembut, rasa lemak berkrim lagi enak serta warna kekuningan semestinya menarik perhatian penggemar durian untuk menikmatinya.

Islam tidak pernah melarang makan durian tetapi jika semerbak baunya mengganggu jemaah lain dengan sendawa atau bau mulut, maka sah atau tidak solat seseorang itu?

PAKAR Sains Makanan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Wan Rosli Wan Ishak.

Tahukah anda, buah durian yang sudah tua dan terlalu masak mengandungi alkohol. Perkara ini dijelaskan oleh Pakar Sains Makanan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Wan Rosli Wan Ishak.

Jelas beliau seperti yang disiarkan di dalam Berita Harian, kajian menunjukkan terdapat lebih 100 jenis sebatian meruap yang memberi perisa dan aroma dikenal pasti dalam durian.

IKLAN

Baca juga Zikir selamatkan mangsa ‘hilang’ di kebun durian

“Antaranya ialah kumpulan ester, sebatian bersulfur, sebatian karbonil, sebatian beralkohol, hidrokarbon.

“Sebatian ini bergantung kepada spesis. Sebatian kimia bersulfur dan ester ini sangat mudah meruap. Oleh itu durian ini dapat dihidu walaupun dari jarak jauh dan apabila dimakan dalam kuantiti banyak, bahan kimia bersulfur meruap dalam durian ini mungkin boleh mengaktifkan sistem penghadaman tertentu menyebabkan sensasi ‘panas’.”

Disebabkan itulah, jika dimakan secara berlebihan, ia boleh memabukkan, malah boleh menyebabkan muntah kerana panas dari dalam.

Namun, menurut pandangan ulama seperti Mufti Indonesia, Imam Abu Hanifah berkata ia bukanlah alkohol yang sampai kepada hukum haram.

Menurut beliau lagi, hukum memakan durian adalah berbalik kepada hukum asal, iaitu harus dan tidak haram. Hal ini kerana, segala jenis buah dan juga jus buah adalah halal untuk dimakan. Berbeza keadaannya dengan buah atau bijirin yang diproses seperti arak iaitu perlu melalui proses penapaian (fermentasi) selama tiga hari atau lebih.

Perlu diingatkan untuk tidak memakan durian secara berlebihan kerana bimbang boleh mengundang mudarat. Hal ini ada disebut dalam Surah al-A’raf ayat 31 yang bermaksud:

“Dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau sesungguhnya ALLAH tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”

Memetik artikel Al-Kafi siri ke-1653 yang disiarkan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah persekutuan menerangkan bahawa pengambilannya perlu dielakkan sebelum ingin menunaikan solat.

IKLAN

Hal ini kerana, baunya yang boleh menganggu kekhusyukan sesiapa sahaja dalam solat. Bukankah ALLAH telah berpesan bahawa apabila menunaikan solat perlu meletakkan dunia dan isinya di luar agar tidak mengganggu ibadah.

“Dan berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.” (Surah al-Mu’minun, ayat 1-2)

Larangan yang khusus kepada mereka yang memakan makanan yang berbau supaya tidak mendekati atau dalam kata lain menghadiri masjid jika mulut tidak dibersihkan terlebih dahulu dari bauan tersebut.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar RA beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang makan dari pohon ini iaitu bawang putih maka janganlah dia mendekati masjid kami.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Menurut tafsir al-Allam Syarh ‘Umdatul Ahkam, makruh hukumnya memakan benda-benda yang berbau jika ingin solat selepasnya.

IKLAN

DALAM keseronokan menikmati durian, harus diingatkan buah itu mendatangkan bau yang tidak senang kepada orang sekeliling.

Oleh itu, muslim dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada memakan durian atau makanan lain yang berbau seperti petai, jering, tempoyak, budu, cencaluk dan bawang atau selain makanan seperti rokok yang menghasilkan bauan yang busuk.

Baca juga Terlelap ketika solat. Batal atau tidak?

Ia bukan sahaja untuk mengelakkan daripada jemaah lain tidak terganggu, malah malaikat dan makhluk lain di dalam masjid juga.

Inisiatif yang boleh dilakukan ialah dengan membersihkan mulut untuk menghilangkan bau seperti bersugi atau menggosok gigi dengan bersih agar kesucian diri dan keselesaan orang lain juga terjaga.

Jelaslah, makan durian tidak salah, tetapi perlulah beringat dan tidak berlebihan agar tidak memudaratkan diri sendiri dan jemaah lain.

Islam tidak pernah melarang untuk merasa nikmat dunia seperti buah durian, tetapi perlu berjaga-jaga agar tidak merosakkan ibadah solat yang boleh menjurus kepada perbuatan makruh.

Foto: Berita Harian & Canva

IKLAN
Previous

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

June 22, 2022
Next

Amalkan doa ini supaya orang membayar hutang kita

June 23, 2022

Related posts

Resume
Hukum,

Tak boleh tipu resume untuk dapat kerja, jawatan tertentu

by Nurulfatiha MuahJanuary 18, 2023
Deposit
Hukum,

Tuan rumah guna wang deposit penyewa tanpa izin, ini hukumnya yang wajib kita tahu

by Nurulfatiha MuahJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (42)
Hukum,

Garis halus antara judi dan cabutan bertuah, fahami penjelasan dari sudut syarak

by Fatin Fatihah HussinJanuary 13, 2023
poligami
Hukum,

Cara giliran bermalam antara isteri dalam perkahwinan poligami. Ini saranan Islam.

by Sarrah MohsinJanuary 11, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.