Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Soal Jawab Agama,

Wajib bayar fidyah solat? Berikut hukumnya yang perlu kita tahu

by Nurul Fatiha MuahMay 10, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Fidyah beras
FAHAMI perihal hukum-hakam tentang fidyah solat yang ditinggalkan.

BERCERITA tentang fidyah, ia sering kali dikaitkan dengan denda wajib dibayar oleh seseorang yang meninggalkan puasa Ramadan atas sebab-sebab diizinkan oleh syarak.

Misalnya, fidyah wajib dibayar oleh mereka yang tidak sempat menggantikan puasa Ramadannya pada tahun lalu sehingga bulan mulia itu kembali pada tahun semasa.

Begitu juga dengan orang sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa dan tiada harapan untuk sembuh.

Andai seseorang itu meninggal dunia tanpa sempat menggantikan ibadah yang ditinggalkan, maka waris perlulah melunaskannya.

Begitupun dalam bab solat, benarkah terdapat fidyah solat? Ini kerana terdapat segelintir orang berhasrat untuk membayar fidyah solat bagi menggantikan sembahyang orang tua masing-masing yang tertinggal.

Terpanggil menjawab soalan warga maya, Ketua Penolong Mufti (Bahagian Penyelidikan) Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed memperincikannya dalam hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

IKLAN

DR SYED SHAHRIDZAN

Terlebih dahulu, beliau menjelaskan maksud fidyah solat supaya jelas difahami oleh semua orang.

Ujar beliau, maksud fidyah solat ialah sembahyang yang ditinggalkan oleh seseorang sehingga meninggal dunia dan ia tidak atau belum sempat diqadakan. Maka solat yang ditinggalkan oleh si mati tadi digantikan dengan fidyah yang dibayar oleh warisnya.

Begitupun, pendakwah tersebut menjelaskan, umat Islam tidak disyariatkan untuk melakukan fidyah solat sebagaimana fidyah puasa untuk si mati.

“Demikian pendapat muktamad dalam Mazhab Imam Syafie. Malah, fakta berkenaan turut turut dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam Kitab Raudah al-Tolibin: ‘Jika seseorang mati dan dia berhutang solat atau iktikaf (nazar), maka walinya tidak dapat mengqadakannya dan tidak gugur (hutang solat itu) dengan fidyah’.

“Ini bermakna, andai seseorang itu membayar fidyah atau mengqadakan hutang solat seseorang yang sudah meninggal dunia, maka amalan ini tidak sah menurut pendapat yang muktamad.

“Ini kerana tiada nas sama ada daripada al-Quran mahupun hadis sahih yang menunjukkan pensyariatan amalan ini,” katanya.

Baca juga Jangan Culas Bayar Fidyah

Pandangan yang menyatakan tidak sah ganti solat, iktikaf nazar untuk si mati dan bayar fidyah solat, kata Dr Syed Shahridzan, ia merupakan pendapat yang difatwakan oleh Imam Syafie sendiri dalam Kitab al-Umm dan Mukhtasar al-Muzani.

“Namun begitu, dalam Mukhtasar al-Buwaiti meriwayatkan, Imam Syafie mengharuskan pewaris si mati menggantikan iktikaf sahaja, tetapi tidak pada solat,” jelasnya.

Meskipun demikian, agamawan itu menjelaskan, terdapat pandangan kedua (marjuh) di sisi Mazhab Syafie tentang perkara tersebut.

Fidyah solat

PENDAPAT muktamad dalam Mazhab Syafie menyatakan, fidyah solat tidak disyariatkan.

Jelas beliau, sebahagian ulama Mazhab Syafie berpendapat, harus membayar fidyah solat untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

IKLAN

Ia sebagaimana yang dinyatakan oleh Sheikh Abu Bakar Syato dalam karyanya, I’anah al-Tolibin bahawa: ”Sesiapa yang telah meninggal dunia dan dia ada hutang solat, maka tiada baginya qada mahupun fidyah. Menurut sebahagian imam-imam mujtahid bahawa ia mesti diqada (oleh waris yang masih hidup). Oleh sebab itu, sebahagian ulama-ulama kami (Mazhab Syafie) memilih pandangan ini dan ia diamalkan oleh al-Subki (mengqada solat-solat) untuk sebahagian keluarganya. Ibn Burhan meriwayatkan satu fatwa (lama) Syafie bahawa wali wajib qada dengan mengerjakan solat jika si mati meninggalkan harta warisan, sepertimana puasa. Ramai ulama-ulama kami (Ashab al-Wujuh) berpendapat bahawa setiap solat (yang ditinggalkan) diberi makan (kepada fakir/miskin) dengan kadar satu cupak.”

Melihat fakta berkenaan, Dr Syed Shahrizan berkata, jelaslah permasalahan fiqh yang satu itu diperselisihkan oleh para ulama mazhab berkenaan.

Baca juga Adakah anda tergolong dalam golongan wajib membayar fidyah puasa?

“Namun, pendapat yang muktamad dalam mazhab adalah amalan fidyah solat ini tidak disyariatkan, manakala pandangan kedua membenarkan amalan ini terhasil daripada hukum yang diqiaskan dengan fidyah puasa yang dibayar oleh pewaris si mati.

“Pendapat kedua ini disokong oleh sebahagian ulama-ulama nusantara sepertimana yang tercatat dalam beberapa kitab-kitab fiqh Melayu Jawi lama. Pendapat ini juga merupakan pandangan muktamad Mazhab Hanafi,” katanya.

IKLAN
Fidyah solat

PELIHARALAH solat dengan baik kerana ia menjadi amalan pertama yang akan dihitung pada hari akhirat kelak.

Bolehkah orang awam mengamalkan pandangan kedua ini?

Menurut perspektifnya, beliau secara peribadi berpandangan: “Saya memilih pandangan muktamad mazhab yang mana amalan ini tidak disyariatkan.

“Namun tidak dinafikan bahawa isu ini merupakan permasalahan yang diperselisihkan oleh para ulama Mazhab Syafie sendiri dan antara empat mazhab.

“Oleh yang demikian ia termasuk dalam kategori khilaf yang muktabar (diterima), maka ia boleh diamalkan oleh masyarakat.”

Justeru, berpeganglah kepada pandangan yang muktamad dalam hal ini. Ingatlah, solat menjadi ibadah pertama yang akan dihitung di hari akhirat kelak.

Peliharalah solat kita dengan sebaiknya. Kewajiban yang satu itu tidak akan gugur meskipun seseorang itu sakit.

Foto: Bernama, Freepik, Unsplash & Pexels

IKLAN
Fidyah solatsinarislamplussolat yang tertinggal
Previous

5 ciri mukmin berjaya menurut Islam, berikut perinciannya

May 10, 2022
Next

Empat tips kekalkan semangat beribadah selepas Ramadan

May 11, 2022

Related posts

Tidur lepas Asar
Hukum, Soal Jawab Agama,

Mengapa tidak boleh tidur selepas Asar? Ini penjelasannya

by Nurul Fatiha MuahMay 12, 2022
Puasa tetapi tidak solat
Soal Jawab Agama,

Status puasa apabila meninggalkan solat

by Nurul Fatiha MuahApril 29, 2022
Zakat fitrah
Soal Jawab Agama,

Terlupa bayar zakat fitrah, ini yang perlu kita tahu

by Nurul Fatiha MuahApril 29, 2022
Sebelum berbuka waktu mustajab doa
Hukum, Soal Jawab Agama,

Sebelum berbuka antara waktu mustajab berdoa, usah abaikan detik ini

by Nurul Fatiha MuahApril 12, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.